Pertama kali cuba watak hantu
Oleh Ramlah Zainal
2010/06/19
Dalam drama bersiri sebanyak empat episod arahan Javerd Nizar itu, Intan memegang dua watak utama iaitu sebagai Siti dan Amirah.
Kata Intan atau nama sebenarnya, Intan Azura Sulaiman, 31, antara pengalaman ngeri yang masih menghantuinya sampai hari ini ialah ketika dia beraksi sebagai roh Siti yang menakutkan dan kembali untuk membalas dendam.
"Siti adalah wanita yang dibunuh dan mayatnya dicampakkan ke dalam perigi. Selepas penggambaran babak itu selesai, saya pun melihat wajah saya sebagai Siti yang buruk itu dirakamkan menerusi kamera dan telefon bimbit saya.
"Namun, saya berasa pelik kerana saya sudah tidak kenal wajah saya lagi kerana wajah Siti nampak seperti orang lain," katanya.
Pemegang Diploma Pemasaran dan Perhubungan Awam dan Diploma Penyiaran Akademi TV3 itu berkata, pengalaman paling mengerikan pula ketika dia bawa watak roh Siti dalam keadaan mengilai.
"Suasana memang menyeramkan dan hujan juga turun dengan lebatnya ketika itu. Saya sudah jangka perkara pelik itu berlaku kerana bulu roma saya remang ketika saya menjayakan babak Siti menangis dan mengilai kerana saya terdengar ada suara lain pula bersahutan di belakang.
"Badan saya rasa seram sejuk dan kaki pun macam dah tak pijak ke lantai. Saya difahamkan, penggambaran drama ini juga di rumah pusaka dan tuan rumah itu memang tidak menetap di rumah berkenaan.
"Babak lain yang menyeramkan ialah Siti berada dalam perigi pada jam 3 pagi dan ketika bulan mengambang pada malam Jumaat. Hati saya memang tidak tenteram sepanjang penggambaran babak berkenaan," katanya.
Intan berkata, dia terima tawaran buat cerita itu kerana ingin mencuba watak hantu pula.
"Ia julung kalinya saya mencuba watak hantu sepanjang 11 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Apa yang mencabar, saya bawa empat karakter berbeza iaitu Siti, Amirah, Siti wajah cantik dan Siti wajah hodoh," katanya.
Kata Intan, pada mulanya, dia berasa berat hati untuk berlakon dalam cerita genre hantu itu.
"Saya masih ingat lagi, ketika nak bertolak ke lokasi penggambaran drama ini di Seremban, saya duduk termenung lama di rumah. Saya teruskan juga kerana mendengar nasihat ayah supaya tidak mungkir janji apabila sudah berjanji dengan orang," katanya.
Terus terang, kata Intan, dia tidak sempat buat kajian mendalam mengenai cerita hantu itu.
"Maklumlah, saya menggantikan pelakon asal drama ini iaitu Ozlynn Waty yang tidak jadi berlakon dalam drama ini.
"Saya juga hanya ada masa dua jam untuk baca skrip yang diterima menerusi e-mel dan tidak berpeluang membaca skrip cerita ini sepenuhnya. Saya juga tidak buat rujukan daripada cerita hantu lain dan hanya menjiwai watak mengikut cara dan imaginasi saya sendiri.
"Saya juga terima tawaran buat cerita ini kerana ramai kru produksi ini kawan-kawan sendiri dan mereka yang mencadangkan nama saya untuk buat cerita ini," katanya.
Pelakon lain yang terbabit dalam cerita ini ialah Wan Raja (pelakon filem ... Dalam Botol), Zarina Zainuddin dan Md Jamil. Drama bersiri terbitan Juara Filem untuk saluran Astro Prima ini akan disiarkan pada 4 Julai nanti.
Sebelum Bisikan Arwah, Intan juga berlakon dalam drama Sayang Cendana yang disiarkan di TV3.
Ketika dihubungi Rap, Intan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Setelah Kau Tiada arahan Jurey Latiff Rosli di Muar, Johor.
"Saya bawa watak utama dalam cerita ini iaitu ibu tunggal dua anak, Maria yang bekerja keras mengerjakan ladang suaminya. Pelakon yang bawa watak suami saya ialah Zed Zaidi tapi dia hanya muncul dalam satu episod.
"Cabaran bawa watak Maria datangnya daripada pengarah sendiri yang melihat bagaimana saya menjiwai watak itu. Maklumlah, saya masih bujang, belum berkahwin dan ada anak.
"Saya akan berkampung selama dua bulan di Muar sehingga menjelang Ramadan nanti. Saya memang tiada ruang untuk berehat dan fokus pada drama ini dulu," katanya.
Sepanjang menghambakan diri dalam bidang lakonan, Intan sudah membintangi lebih 200 drama bersiri dan telefilem. Sampai hari ini, Intan masih menjadi pilihan produser dan pengarah.
Lakonannya paling berkesan tahun lalu menerusi watak Fatiha dalam drama bersiri sebanyak 26 episod dan Wadi Unung arahan Raja Ahmad Alauddin.
Intan juga Bergandingan dengan Siti Shahrizah atau Eja (watak Azrin) selaku teraju utama.
Antara lakonannya tahun lalu adalah drama bersiri 13 episod untuk saluran RTM, Milik Siapakah Hati Ini, drama bersiri Puteri Aurora Beradu untuk slot lagenda TV3, Terminal Cinta bergandingan dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Khai.
Mengenai perancangan untuk berkahwin pula, Intan yang pernah putus cinta sebelum ini mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang dikenali sejak dua tahun lalu.
"Teman saya itu adalah ahli perniagaan dan masih bujang. Kalau ingin berkahwin, dia perlu datang berjumpa ibu bapa saya terlebih dulu untuk mendapat restu mereka. Sebagai manusia biasa, biarlah soal jodoh ini Tuhan yang menentukannya," katanya.
PROFIL
NAMA: Intan Azura Sulaiman
ASAL: Kuala Lumpur
USIA: 31 tahun
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada empat beradik.
PENDIDIKAN: Diploma Pengiklanan, Kolej Stamford dan Diploma Penyiaran Akademi TV3
KERJAYA: Pelakon dan Pengacara
TELEFILEM/DRAMA: Lebih 200 drama seperti Insyirah, Dalam Hati Ada Cinta, Hanya Untukmu, Imansipasi, Ika, Miftahul Jamilah, Qana'ah, Nuraishah, Menantu Vs Mertua, Dilema Wanita: Anak Angkat, Dosa Kelmarin, Sifu dan Bila Tsunami Melanda, Wadi Unung, Milik Siapakah Hati Ini, Puteri Aurora, Terminal Cinta dan Sayang Cendana.
bujang..hee..
neez_cookies Post at 22-6-2010 12:14 AM
"Saya bawa watak utama dalam cerita ini iaitu ibu tunggal dua anak, Maria yang bekerja keras mengerjakan ladang suaminya. Pelakon yang bawa watak suami saya ialah Zed Zaidi tapi dia hanya muncul dalam satu episod.
"Cabaran bawa watak Maria datangnya daripada pengarah sendiri yang melihat bagaimana saya menjiwai watak itu. Maklumlah, saya masih bujang, belum berkahwin dan ada anak.
"Saya akan berkampung selama dua bulan di Muar sehingga menjelang Ramadan nanti. Saya memang tiada ruang untuk berehat dan fokus pada drama ini dulu," katanya.
tajuk mmg scary mary...
jagn la nnt citenya hampeh.
bukan ape, drama asteruk ni banyak yg hampeh je..
nk2 nye cite kapow & kubungman tu, x penah nye kita tengok cite tu