CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2756|Reply: 4

RENCANA: Drama dulu drama sekarang - Utusan Malaysia 21/06/2010

[Copy link]
Post time 21-6-2010 02:47 PM | Show all posts |Read mode
SEORANG teman yang berusia setengah abad baru-baru ini merungut tentang kualiti sebahagian besar program drama di televisyen. Sebenarnya bukan sekadar merungut malah kelihatan marah dengan sikap sambil lewa mereka yang menghasilkan drama untuk televisyen. Dia seorang profesional merasa banyak drama-drama mutakhir ini tidak tahu hala tujunya.



Drama seram yang hanya untuk memberi keseraman dan ketakutan tetapi tidak ada isi. Drama masyarakat pula tidak melampaui perbezaan status sosial, antara dua darjat dan drama mengenai kelas elit pula tidak terlepas daripada isu klise tentang tipu helah dan konspirasi menjatuhkan sesama mereka. Kata teman itu, adakah ini disebabkan kepala pembuat drama sudah kering dan perlu disimpan dalam peti sejuk saja?

Rungutan yang serupa kerap didengari sebelum ini dan saya setuju dengan sebahagian besar rungutan itu bahawa sebahagian besar pembuat drama berfikir seperti sebuah mesin. Tugas mereka mengeluarkan drama sama seperti kilang belacan yang terus mengeluarkan belacan disukai ramai.


Saya selalu berkata kepada pembuat drama bahawa mereka bukan mesin, sebaliknya seorang pemikir yang melontarkan pemikiran untuk dikutip dan dimanfaatkan oleh masyarakat.


Tetapi kata mereka pula, sekarang orang buat drama untuk rating kerana rating boleh membuatkan mereka jadi kaya. Saya pun tidak berkata apa-apa lagi dan melarang diri saya menonton drama-drama mereka.

Bercakap mengenai drama-drama televisyen terhebat, kita tidak boleh melupakan keunggulan RTM. Menerusi slot Drama Minggu Ini (DMI) misalnya, RTM telah menyajikan banyak drama hebat, pemikiran besar dan idealisme yang tinggi.


Dari segi teknologi memanglah DMI tidak canggih seperti sekarang, apa lagi ketika itu hanya hitam putih. Tetapi kualiti drama bukan saja kepada teknologi tetapi bagaimana teknologi dimanfaatkan.

Kalau mengambil kira Tetamu Malam (1964) karya Norzah arahan Aziz Wok sebagai drama televisyen pertama, ini bermakna kita telah 44 tahun menonton drama menerusi televisyen. Tetamu Malam ditayangkan di RTM pada 13 November 1964 adalah titik awal peralihan medium drama dari pentas kepada televisyen.


Drama yang mengisi DMI pada waktu itu ada stail tersendiri. Nama-nama pengarah (istilah TV disebut penerbit) seperti Hashim Amir Hamzah, Abdullah Zainol, Aziz Abas, Aziz Wok, Zain Mahmood, Adman Salleh adalah penggerak yang memberi stail kepada DMI.
Bagi penonton, DMI menjadi cermin kepada pergolakan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Tetapi sekiranya mereka masih berkarya hari ini, drama-drama mereka sudah tidak ada nilai.

Nilai kepada drama-drama televisyen sekarang bukan ditentukan oleh orang yang membuat tetapi mereka yang menonton. Nilai berpaksi kepada rating kerana rating menentukan kemasukan iklan. Drama-drama yang popular dianggap "baik" dan yang begitulah menjadi ikutan oleh yang lain.


Pembuat drama sudah berhenti bercakap tentang kualiti, mereka sibuk bercakap fasal populariti. Teruslah membuat drama yang ratingnya tinggi. Saya terlupa bila kali terakhir saya menonton drama. Tetapi saya tidak lupa belacan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 03:19 PM | Show all posts
sekarang pun kualiti lakonan pelakon2 kite pun dah kurang...berlakon hanya untuk wang,populariti dan pikat datuk2 kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 08:36 AM | Show all posts
mmg tak dinafikan drama dulu kaya dgn ciri-2 kemanusiaan dan morality, tp tak dinafikan zaman telah berubah. Dewasa ini,nilai-2 estetika spt material dan personality lebih memainkan peranan dan menonjol disamping mengetengahkan personalty pelakon itu sendiri..Unsur-2 iklan dan popularity pelakon juga memainkan peranan utk menaikkan kehebatan sesuatu cerita itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 02:16 PM | Show all posts
dah lama tak tgok drama melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 05:54 PM | Show all posts
suka tengok drama SPEKTRA masa tahun 1998 kalau tak silap...masa tu aku darjah 1 camtu....tapi setiap kol 8.30 malam mesti kumpol dengan family untuk tengok drama spektra....ingat-ingat balik rasa rindu zaman tu dan drama2 macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042860 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list