View: 27544|Reply: 207
|
Melayu/Bugis Cape Town Berasal dari Kepulauan Asia Tenggara
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by nobito at 15-2-2012 13:26
Afrika Selatan Susuri Garis Keturunan Orang Bugis
DARImanakah sebenarnya asal usul orang Bugis yang kini bermukim di AfrikaSelatan? Dari Malaysia atau dari Makassar? Pertanyaan itulah yangdibawa Duta Besar Afrika Selatan untuk Indonesia Graffits Memela ketikabertemu Gubernur Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo dalamkunjungannya ke Sulsel, Senin (12/5) malam.
Sebab, menurutGraffits, selama ini ada anggapan bahwa orang Bugis di negaranyaberasal dari Male (Malaysia). Sementara itu, pemerintah Sulselmenyatakan orang Bugis di Afrika itu berasal dari Sulsel. “Mana yangbenar?” Begitu kira-kira pertanyaan yang dilontarkan Graffits kepadaSyahrul Limpo dalam pertemuan silaturahmi kedua pejabat di rumahjabatan Gubernur Syahrul.
Menjawab keraguan Graffits itu,Syahrul yang baru sebulan dilantik sebagai Gubernur Sulsel periode2008-2013 menegaskan bahwa orang Bugis Makassar di Afrika adalahketurunan Syeh Yusuf, ulama dan pejuang yang berasal dari SulawesiSelatan yang dibuang pemerintah Belanda ke negara itu pada abad ke-16.“Syekh Yusuf adalah keturunan Raja Gowa (Sulsel) yang diasingkanpemerintah Belanda ke Afrika yang kemudian mengajarkan agama Islamsekaligus berjuang membela Afrika dari penindasan penjajah di negaratersebut,” katanya. Lalu, dari hasil perkawinan pengikut Syekh Yusufinilah berkembang keturunan orang Bugis Makassar hingga saat ini diAfrika.
Bahkan, tambah Syahrul, kuburan ulama kharismatik danpejuang dari Gowa itu ada di Afrika dan di kabupaten Gowa, Sulsel. Inimembuktikan bahwa hubungan darah antara rakyat Afrika dan Indonesiakhususnya Gowa sudah menyatu sehingga perlu dijalin kerjasama budayadan pendidikan di negara itu. Kerja sama pembangunan PertemuanSyahrul-Graffis itu sendiri dilakukan dalam kaitan rencana pembangunanarsitektur rumah adat Balla Lompoa di Cape Town oleh Pemprov Sulselpada tahun 2009 nanti.
Graffits sendiri berharap agarpembangunan miniatur balla lompoa di negaranya termasuk bangunanperpustakaan serta duplikat benda-benda bersejarah dan budaya orangBugis-Makassar itu segera direalisasikan. Dalam pembicaraan singkatsebelum dijamu makan malam bersama isteri dan sejumlah rombongan yangmenyertainya, Dubes Arfika Graffits menambahkan bahwa negaranya jugaakan membangun pendidikan di Afrika Selatan supaya masyarakat bisaberbahasa Indonesia dan mengenal lebih dekat budaya Indonesia khususnyabudaya Sulawesi Selatan.
“Pemerintah Afrika dan Indonesia sudahmenandatangani kerja sama (MoU) bidang pendidikan dan kebudayaan saatPresiden Susilo Bambang Yudhoyono berkunjung ke Afrika tahun lalu,”ungkapnya. Syahrul didampingi Bupati Gowa, Ichsan Yasin Limpomenambahkan bahwa rencana pembangunan Balla Lompoa dan perpustakaan diCape Town akan direalisasikan tahun 2009 sebagai perwujudan sejarahantara pemerintah Indonesia (Sulsel) dan pemerintah Afrika. “Bahanbangunan arsitek miniatur Balla Lompoa akan diangkut kapal laut yangdimasukkan dalam kontainer ke negara tersebut,” ungkapnya.
Sumber : Antara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 15-2-2012 13:31
Erti merdeka bagi seorang Melayu/Bugis Cape
Lebih sebulan sudah berlalu, kita kian terlupa Hari Kemerdekaan. Pada ketika tarikh 31 Ogos itu semakin dilupai, elok saya ceritakan tentang seorang rakan saya, Mogammat Toffar. Mogammat tinggal di Cape Town, Afrika Selatan.
Saya kenalinya ketika membuat liputan di negara tersebut pada pertengahan Mei lalu. Usia Mogammat kini 46 tahun, tetapi suatu ketika dahulu, Mogammat tidak dapat membayangkan dari manakah asal-usulnya.
Mogammat dilahir dan besarkan bersama 60,000 orang penduduk District Six. Itulah kawasan petempatan masyarakat kulit berwarna, yang disebut sebagai Melayu Cape. Melayu ini pula bukanlah Melayu seperti yang kita fahami di negara ini. Tetapi Melayu Cape bermaksud kaum pendatang dari Malaysia, Indonesia, India, Madagascar dan Arab.
Setelah itu, mereka yang berbeza latar belakang, warna kulit dan asal keturunan ini berkahwin, lalu membentuk sebuah komuniti baru bersilangan darah. Yang menyatukan mereka adalah satu perkara - Islam. Maka, Mogammat beridentitikan Melayu, Bugis Islam dan warga Afrika Selatan jati.
Bagaimana pun, apabila usianya meningkat, Mogammat tertanya-tanya, kalau dirinya tidak berkulit hitam seperti pribumi negara tersebut, maka dari mana asal-usul keturunannya yang Melayu/Bugis itu?
Ibu bapanya bertutur bahasa Inggeris dan Afrikaans, tetapi datuknya seringkali bercakap dengannya menggunakan satu bahasa yang dia tidak fahami.
Menurut bapanya, Toffar Gassan, nenek moyangnya berasal dari Makasar. Makasar letaknya di Pulau Sulawesi, Indonesia. Ibunya, Aminah Hartley, pula menceritakan, nenek moyangnya berasal dari Melaka, letaknya di Malaysia.
Mereka adalah cucu-cicit kepada hamba abdi masyarakat kulit putih yang datang menjajah Afrika Selatan sejak zaman berzaman, sampailah perhambaan dihapuskan oleh Inggeris pada 1834.
Di kalangan masyarakat Melayu, khususnya di District Six, Mogammat sering mendengar cerita yang sama, iaitu keturunan asal mereka adalah dari Indonesia, Malaysia, India, Madagascar dan benua Arab. Mereka adalah Melayu/Bugis.
Tetapi Mogammat tidak dapat membayangkan bagaimanakah yang dikatakan rupa masyarakat Melayu/Bugis yang sebenar, yang hidup di Malaysia dan kepulauan Nusantara. Bagaimanakah adat budaya mereka?
Mogammat hidup pada zaman Apartheid sedang berleluasa sejak diperkenalkan pada 1948. Pada zaman Apartheid itu, Mogammat merasakan dirinya seperti pendatang haram. Hina. Masyarakat kulit berwarna sepertinya ditindas, walaupun tidak sekejam penindasan terhadap masyarakat kulit hitam.
Disebabkan kulitnya berwarna sawo matang, dia hanya mula dimasukkan ke sekolah Tadika ketika berusia tujuh tahun dengan kemudahan pelajaran yang sederhana, sedangkan anak penduduk kulit putih, bermula pada usia empat tahun. Kemudahan pelajaran serta guru mereka yang terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 15-2-2012 13:28
Paling buruk
Kanak-kanak kulit hitam lebih teruk. Mereka hanya dibenarkan ke - Tadika ketika berusia 10 tahun, dengan kemudahan pelajar dan guru yang paling buruk.
Mogammat aktif dalam sukan. Dia adalah pelari pecut Cape Town. Tetapi disebabkan kulitnya sawo matang, tempatnya diambil oleh anak warga kulit putih, biarpun dia dan kawan-kawannya yang berkulit hitam, menewaskan anak kulit putih itu semasa ujian pecut.
Kemudian, Mogamat tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Cape Town, walaupun layak. Tempatnya diambil oleh anak warga kulit putih.
Disebabkan berkulit sawo matang juga, adik Mogamat, namanya Abu Bakar, dibiarkan tanpa rawatan secukupnya apabila diserang trauma yang kritikal selepas menyaksikan suatu kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian.
Ketika itu Abu Bakar berusia empat tahun. Trauma itu menyebabkan Abu Bakar tidak boleh bertutur kerana terlalu panik, sampailah sekarang, walaupun asalnya dia seorang yang petah bercakap.
Apa yang menyakitkan hati Mogamat, selepas Apartheid runtuh pada 1994, seorang doktor memberitahu, adiknya itu pasti takkan menjadi bisu jika diberikan rawatan secukupnya sejurus selepas kemalangan.
Kezaliman Apartheid tidak perlu diceritakan lagi. Mogammat telah menyaksikan segala penindasan itu, termasuk keluarganya dan masyarakat Melayu District Six, Simonstown dan sebagainya dihalau dari kediaman mereka.
Apabila Apartheid runtuh dan demokrasi bermula di Afrika Selatan pada 1994 dengan Nelson Mandela menjadi pemimpinnya, Mogammat makin mengerti hakikat kebebasan dan kemerdekaan yang sebenarnya.
Pada 1993, sebuah rombongan dari Malaysia datang ke Cape Town untuk mencari masyarakat Melayu/Bugis di Afrika Selatan. Rombongan itu terdiri daripada cendekiawan, budayawan, ahli politik serta wartawan. Kedatangan rombongan itu menggembirakan seluruh masyarakat Melayu/Bugis di negara tersebut.
Ketika itu, mereka dapat merasakan diri mereka benar-benar Melayu/Bugis. Mereka dapat melihat sendiri orang Melayu/Bugis yang mereka cari-cari selama ini. Mereka juga dapat merasakan persaudaraan serta kasih sayang antara dua komuniti yang dipisahkan oleh laut dan benua itu.
Begitulah juga dengan Mogammat, yang ketika itu menjadi wartawan akhbar Argus.
Sumber: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahan dgn tajuknye..
mcm
"Sirap Limau dibuat dari Sirap" |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahan dgn tajuknye..
mcm
"Sirap Limau dibuat dari Sirap"
unekspekted Post at 25-6-2010 09:37
Untuk memberi penjelasan kepada Jawe dan Indonesia... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti Wak JF konar baik punya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# HangPC2
itu sudah tentu... tunggu masa ja ni |
|
|
|
|
|
|
|
bagus2, teruskan brjuang demi kebenaran... yang hak pasti menang, yg batil pasti hancur... |
|
|
|
|
|
|
|
wak JF tak masukla...dia busy download vidz peterporn.... |
|
|
|
|
|
|
|
yes... akhirnye ada gak fakta yg benar ttg melayu Cape nih...satgi musti wak pratamak bikin pusing ngebur fakta lak.... :re::re: |
|
|
|
|
|
|
|
wak JF tak masukla...dia busy download vidz peterporn....
pisang69 Post at 25-6-2010 11:55
Peterpondan |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua world cup punye pasal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Deedat ni mcm melayu juga rupanya.. sebijik cam atuk aku.... dgar cite dia pon ade darah melayu...dia asal India tapi stay kt South Africa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Deedat ni mcm melayu juga rupanya.. sebijik cam atuk aku.... dgar cite dia pon ade darah melay ...
morpheus Post at 25-6-2010 23:54
Yang masuk dalam Jejak Rasul tu dia ka? |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak p cape town, nak tengok world cup..sape2 melayu kat sane, ley tumpang umah, |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 26-6-2010 11:23
Semalam aku tengok TV1..ada cerita pasal sorang ahli perniagaan dari Malaysia asal Kelantan yang berniaga dekat Afrika Selatan... Bangga sungguh aku tengok dia..macam2 perniagaan dia buat..business batu permata, peralatan sukan dan pelancongan..yang paling mengkagumkan dia dpt amik tender untuk FIFA World Cup... |
|
|
|
|
|
|
|
aku mcm ada baca satu novel berasaskan citer melayu di capetown.. alaa lupa laa novel tajuk apa... die mcm novel2 sastera tahun 90an.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat uia ramai gak budak melayu cape ni.. skrg ni kira indon bangsat nk tuduh Malaysia maling org2 melayu cape la ni? bloody hell indon.. idiotic. |
|
|
|
|
|
|
| |
|