CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3865|Reply: 1

sejarah JRA tawan AIA building dibukukan!!

[Copy link]
Post time 10-7-2010 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Kisah JRA

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar HAYAT SUEET

ANTARA pelakon utama (dari kiri) Yusmal Ghazalli, Shahruddin Thamby dan Azhar Sulaiman.




Generasi kini mungkin tidak tahu tentang sejarah hitam pernah berlaku di negara ini tanggal 4 Ogos 1975.

Lima orang pengganas dari kumpulan Tentera Merah Jepun (JRA) telah menawan bangunan AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mereka menjadikan 53 orang yang tidak berdosa sebagai tebusan termasuk pegawai Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden.

Suasana tegang menyelubungi negara ketika itu sekali gus mengejutkan dunia apabila pasukan radikal itu berbuat demikian demi menuntut supaya rakan mereka yang dipenjarakan di Jepun dibebaskan.

Bersifat bengis dan menggunakan kekerasan, akhirnya hasil darpada rundingan damai, pengganas itu membebaskan tebusan mereka 79 jam kemudian.

Semua itu tidak tertulis di dalam sukatan pelajaran Sejarah ketika di sekolah mahupun diterangkan di muzium. Ia membuatkan ramai yang kurang arif peristiwa menggemparkan itu pernah terjadi di negara sendiri melainkan mereka membesar pada ketika itu.

Atas rasa tanggungjawab, pihak Astro terpanggil untuk mendokumentasikan kisah bersejarah itu dalam bentuk drama bersiri serta dokumentari bagi tatapan umum menerusi slot Suatu Ketika.

Berjudul Suatu Ketika… 1975 : Serangan Tentera Merah, ia ditayangkan di dua buah saluran Astro iaitu Astro Prima (saluran 105) dan Astro Citra (saluran 131).

Astro Prima akan menayangkan dokumentari yang berdasarkan fakta sejarah berjudul Suatu Ketika… 1975 : Serangan Tentera Merah pada setiap hari Ahad pukul 4.30 petang.

Manakala Astro Citra pula akan menayangkan drama bersiri yang berjudul Suatu Ketika… Soldadu Merah.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, program yang mula dilancarkan Mei tahun lalu adalahinisiatif dan komitmen Astro dalam memberi sokongan bagi memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia.

Sebelum ini pelbagai peristiwa sejarah telah diceritakan seperti Rosli Dhoby, Si Tanggang, Mahsuri, Mokhtar Dahari, Tragedi Pos Dipang, Laskar Senoi, Puteri Gunung Ledang, Thomas Cup, Botak Chin dan yang terbaru Sybil Kathigesum.

Dokumentari itu akan dimulakan dengan mengimbas kembali kejadian serangan ke atas bangunan AIA yang berlaku tepat pukul 10.45 pagi, pada 4 Ogos 1975.

Lima orang anggota kumpulan radikal JRA Army telah menahan lebih daripada 50 orang tebusan di bangunan AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menempatkan beberapa buah kedutaan.

Mereka menyerbu masuk ke bangunan yang menempatkan lebih daripada 1,000 orang pekerja.

Segala kejadian yang berlaku hingga ke hari terakhir tebusan dibebaskan akan dipaparkan secara teliti dalam dokumentari ini.
Untuk pertama kalinya, persoalan yang berlaku sebelum serangan ke atas bangunan AIA akan turut dibincangkan.

Bukan itu sahaja, penonton akan diberi gambaran yang lebih jelas tentang proses perundingan yang membawa kepada pembebasan kesemua 53 orang tawanan.

Temuramah bersama anggota-anggota JRA sehingga mereka menjelaskan berkenaan perancangan yang telah diambil sebelum serangan dilakukan dapat diikuti melalui dokumentari selama sejam ini.

Malah gambaran yang lebih jelas mengenai proses penyeludupan senjata api dan bahan letupan yang dibawa masuk ke negara ini turut dikongsi. Ia merupakan maklumat yang tidak diketahui oleh pasukan keselamatan negara sebelum ini.

Tarikan unik kepada dokumentari ini apabila ia menayangkan buat pertama kalinya di kaca televisyen temuramah bersama tebusan dan anggota Japanese Red Army di Jepun yang dipercayai merupakan salah seorang daripada lima orang anggota yang telah menawan bangunan AIA pada tahun 1975.





aku pernah baca pasal JRA tawan AIA nih...  siap kena tawan pastu ada tebusan sumer... bagus gak buatkan dokumentari film pasal nih.... bley ingatkan balik sejarah JRA ni!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 09:31 AM | Show all posts
Peristiwa tu tak melibatkan korban nyawa.....sebab tu kurang kick!

Happy ending.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036175 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list