View: 3128|Reply: 15
|
Menang atau kalah orang tetap mengata
[Copy link]
|
|
Menang atau kalah orang tetap mengata
![](http://img227.imageshack.us/img227/7055/hi021.jpg)
Ziana Zain dan Mohd. terharu dengan kemenangan yang diraih dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 pada malam kemuncak pertandingan Mentor yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Ahad lalu.
DARI awal hinggalah ke akhir program, juara Mentor musim keempat Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd. tetap kelihatan naif dan tidak menangkap pesona mata.
Mohd. masih sebongkah permata yang harus dicanai dan digilap. Mentor hanyalah jeti untuk menghantar ke pelayaran pertamanya.
Sepanjang program, ramai yang berbisik bukan Mohd. yang menjadi tarikan sebaliknya, mentornya, Ziana Zainlah yang menjadi tumpuan.
Peminat mengundi Ziana dan bukanlah Mohd., seolah-olah peminat mahukan Ziana yang menjadi juara Mentor bukan protegenya.
Sudah seminggu siri pertandingan realiti itu tamat tempoh siaran tapi cakap-cakap memperkecilkan Mohd. masih kedengaran.
Paling tidak digemari ialah Ziana dikatakan menangguk untung sepanjang menjayakan program berkenaan.
Sensasi Bintang: Selepas Mentor, anda pasti ada rancangan untuk membuat kemunculan sendiri?
ZIANA ZAIN: Buat masa sekarang hingga bulan Ogos, jadual saya padat dengan undangan persembahan serta satu projek baru yang saya akan umumkan kemudian.
Kami sekeluarga ditawarkan menjadi duta barangan penjagaan diri, jadi banyak perbincangan dan penggambaran komersial harus diselesaikan.
Single terbaru saya juga masih dalam proses termasuk lagu nukilan Ajai dan Sharon Paul.
Anak didik anda, Mohd., menjuarai Mentor, malangnya ramai mendakwa itu bukan kemenangan Mohd. sebalik kemenangan Ziana Zain?
Kemenangan saya kemenangan protege saya juga. Nama pun program Mentor (ketawa). Itu kerjasama dan strategi kedua-dua pihak. Mentor dan protege kena sama-sama bagus.
Buat apa nak rasa tertekan, buat sakit hati dan buang masa sahaja. Saya menang atau kalah, orang tetap akan mengata, sama sahaja.
Ada yang memperkecikan protege anda, kononnya klon kepada protege Mas Idayu sebelum ini, Black. Apa pendapat anda?
Klon rupa dan imej boleh dimaafkan, tapi jangan klon suara. Sebab itulah selalu saya tekankan, Mohd. kena cari imej sendiri. Bagi saya dakwaan itu tidak benar, Mohd. dan Black jauh berbeza. Vokal Black lain. Suara Mohd. lebih jantan.
Mohd. ibarat juara yang gagal menyerlah dan hala tujunya nampak kabur...
Saya akui bahawa Mohd. itu budak kampung yang sangat naif, lurus bendul dan nak bercakap pun tak pandai. Dia hanya mahu belajar jadi seorang penyanyi.
Sebab itulah apabila dia mengikat kontrak dengan Monkey Bone, pihak syarikat kena betul-betul memberi penekanan terhadap imej yang sesuai dengan Mohd, material yang tepat dan strategi promosi yang berkesan.
![](http://img715.imageshack.us/img715/8180/hi022.jpg)
ZIANA sering menjadi perhatian dan tidak pernah kalah gaya sepanjang muncul di kaca TV selepas agak lama menyepi kerana melahirkan anak kembarnya Julai tahun lalu.
Jika idea saya diminta untuk membantu kemunculan Mohd kelak, saya tidak keberatan.
Jika ditawarkan menjadi mentor sekali lagi pada masa akan datang, adakah Ziana akan terima?
Saya bukan mahu mendabik dada atau bercakap besar tetapi kalau boleh, saya tidak akan ambil tawaran itu lagi. Dari luar, kerja jadi mentor nampak macam mudah tapi cabarannya bukan kepalang.
Saya pula ada anak, yang masih bayi dan ada yang sudah bersekolah. Selama beberapa bulan terlibat dengan program itu, jadual saya sangat padat sampai nak buat rawatan muka pun tak sempat.
Sepanjang dalam Mentor, anda yang kelihatan lebih-lebih mahu bertanding dan melaram seolah-olah lepas geram sebab lama tidak muncul di kaca TV?
(Ketawa) Sebenarnya, pereka fesyen saya, Rizman Ruzaini yang mahu lepas geram. Belum apa-apa lagi, dia beritahu sudah menyiapkan beberapa pasang baju untuk saya. Saya pun melaramlah macam saya pula yang bertanding.
Saya tak kisah, orang dah buat, saya pakai. Itu namanya situasi menang-menang. Saya boleh bergaya dan dalam masa yang sama dapat uar-uarkan siapa pereka baju saya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
ziana zain la satu-satunya artis yang dari dulu sampai la skrang tak pernah takbur dengan kata-kata2 dia...apa yg dia cakap itulah yg dia buat...takde mcm sesetengah artis yg press confrence sana sini heboh buat itu buat ini...prinsip sana sini..last2 memakan diri...
so itulah punca dan penanda aras kak ziana kekal sampai hari ini....berbanding artis yg sezaman dengan kak ziana....beberapa contoh...amy mastura, ramlah ram, fauziah latif, erra fazira....
nama kak ziana masih panas lagi dan org tak terlepas pandang.......
aku akan sokong ziana zain selagi dia masih dalam dunia seni......
aminnnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
mulut org mne bleh tutup.....![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kak ziana very humble.. sbb tu dia ramai peminat & penyokong setia termasuk iols..
kak ziana berada di level nyer tersendiri!! kukuh!! ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kak ziana antara artis yg ramai supporter dan ramai gak artis/selebriti yang mengagumi kak ziana so tak heran la sheols still maintain fufular even takder new projek or single org tetap akan igt kak ziana kta nie..so byk la mulot2 puaka n longkang yg makan hati...kak ziana tak layan la ckp2 org busok ati ni..kan ahkak???curlasst kak ziana![](static/image/smiley/grapeman/06.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kak ziana antara artis yg ramai supporter dan ramai gak artis/selebriti yang mengagumi kak ziana so tak heran la sheols still maintain fufular even takder new projek or single org tetap akan igt kak ziana kta nie..so byk la mulot2 puaka n longkang yg makan hati...kak ziana tak layan la ckp2 org busok ati ni..kan ahkak???curlasst kak ziana![](static/image/smiley/grapeman/06.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
I Love ZZ.. bakat sejati! kagum dgn beberapa siri persembahan Live dia.. nak2 masa pertengahan 90 an.. mantaps gler2... kagum |
|
|
|
|
|
|
|
walau usia dah menjakau 40++... persembahan kak ziana x pernah menghampakan...
dirimu satu kak ziana....... tiada dua tiada 3... huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
aku rindu giler time konsert unpluuged dia tahun 1996 seingat aku....sape ada ek vcd dia...aku ada kaset je....dulu kan time video.skang ni mana ada dah.hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku rindu giler time konsert unpluuged dia tahun 1996 seingat aku....sape ada ek vcd dia...aku ada k ...
the_builder Post at 12-7-2010 13:07 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
dulu i olss ingt ziana nih sombong, rupe2 nye ziana lah manusia yg plg baik n humble. n kelakar skali |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# the_builder
kat youtube rasanya ada...
[ZZ antara penyanyi wanita M'sia yg saya kagumi]. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rindu giler time konsert unpluuged dia tahun 1996 seingat aku....sape ada ek vcd dia...aku ada k ...
the_builder Post at 12-7-2010 13:07 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
VCD konsert unplugged ZZ thn 1996 dlu ada jual byk esp kat area utara ni..
pnah trjmpa kat kdai jual cd n kaset2 lama kat KOMTAR..tp tak beli..time nk g bli dah takder
vcd konsert tu ada 2 part..tp yg heran lagu Bersama Akhirnya tak dimuatkan pun...
lagi satu napelah BMG tak kuarkan cd n vdeo konsert live mega road tour 1998 dulu???
pnah tgk kat TV2 time raya skali dulu tu jah... |
|
|
|
|
|
|
|
VCD konsert unplugged ZZ thn 1996 dlu ada jual byk esp kat area utara ni..
pnah trjmpa kat kdai ...
moskito_81 Post at 14-7-2010 11:17 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
yang konsert dalam taman tu lak ader jual x?
tingin ngok konsert tu.....![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yang konsert dalam taman tu lak ader jual x?
tingin ngok konsert tu.....
selimutpurple Post at 14-7-2010 12:49 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
X DER la selimut... vcd konsert dlm tmn tu under BMG (thn 2002)
kak gee quit from BMG thn tu gak..so derang x nak release album tue..cam hampeh ja..
yg iolss igt ada 2 lagu baru satu tajuk Kepastian dan satu lgi lagu ciptaan Melley Goeslow tak tau tjuk
BMG ni klu fkir balik selalu wat sial...pastu leh lak kluar album satu penghargaan (Ratu) lepas kak gee
kuarkan album no.1's live..saja nak caras...jahat sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
X DER la selimut... vcd konsert dlm tmn tu under BMG (thn 2002)
kak gee quit from BMG thn tu gak. ...
moskito_81 Post at 19-7-2010 11:50 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
   tol tu.. tapi x per...cimut beli 2 2 album tu.. yang ratu tu siap ader baju kan.. huuuhuh... entah mana thah baju tu..adoyai.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|