CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3422|Reply: 9

Youtube Faizal Tahir & Edrie Hashim - More Than Words [10.7.2010]

[Copy link]
Post time 11-7-2010 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 11-7-2010 15:01

Faizal Tahir & Edrie Hashim @ Bengkel HotFM Kita Punya


CreditL avapumpkinsadore
Workshop Hotfm di Wisma Bentley.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 04:21 PM | Show all posts
semalam g Ikea jumpe Edrie Hashim
napela die x jalan2 ngan FT
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 07:11 PM | Show all posts
menyampah tgk rambut edry
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:34 PM | Show all posts
Best bestttt... suke jerk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:24 AM | Show all posts
suara FT dah ok
kat fb FT ada fan tengok FT perform best semalam kat Bukit Bintang
rupanya sempena final World Cup, bunkface pun ada
tak aware pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 03:02 PM | Show all posts
kat tweet die kan die ckp sore die da okey pas sebulan rest
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 06:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 14-7-2010 05:26

Rahsia cipta lagu hit didedah
Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
2010/07/13   

  SATU pendekatan baru memperbaiki tahap pengurusan artis baru serta menangani kemalapan industri muzik diadakan melalui Woksyop stesen HotFM Kita Punya.

Woksyop menampilkan ikon berpengalaman dalam pengurusan artis, komposer, penyanyi dan pemuzik. Sesi tujuh jam bermula 12 tengah hari diadakan di Audtitorium, Bentley Music, Mutiara Damansara, Sabtu lalu, menarik seramai 150 peserta terdiri daripada pendengar Hot FM dan artis, Lufya. Topik diketengahkan adalah Muzik dan Bagaimana mencipta lagu hit, Pengurusan Muzik pemasaran dan Penerbitan, Pengurusan Artis: Syarikat Pengurusan dan Artis Indie dan Kisah Kejayaan Artis.

Panel jemputan mengadakan sesi dialog, penerangan dan aspek permainan teknikal dram dan muzik. Antara nama besar menjayakannya adalah penyanyi, Faizal Tahir, Taja Meet Uncle Hussain (MUH), gitaris, Edrie Hashim dan komposer, Audi Mok. Nama besar pengurusan artis dan repertoire adalah Che Mok (Warner Music Malaysia), pengurus syarikat rakaman Monkey Bone, Edris Adrian, ketua Rangkaian Radio Prima, Ahmad Izham Omar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.


Beberapa panel lagi adalah Norman KRU, guru vokal, Cikgu Shafizawati Sharif dan pemain dram profesional, Arthur Kam, pernah memenangi pelbagai pertandingan dram dan mengiringi artis terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal.
Antara isu menarik adalah topik Pengurusan Artis oleh Syarikat Pengurusan dan Artis Indie oleh Norman KRU dan Taja. Norman menjelaskan peranan label rekod, penerbit muzik, kontrak rakaman, golongan sasaran pendengar dan konsep muzik bernilai komersil.


"perniagaan muzik adalah perniagaan serius, besar dan membabitkan urusan antara RM110 hingga RM120 juta ringgit setiap tahun. "Bidang industri rakaman sudah berusia 14 tahun dan kita sepatutnya sudah mampu membuat lagu dan terus menjualnya berjuta-juta. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku.


"Jadi, kita memerlukan syarikat rakaman, penerbit muzik dan pengurusan artis untuk mencapai sasaran itu. Untuk artis baru atau pihak mahu menceburi bidang muzik secara serius, mereka perlu memahami pendengar sasaran mereka. Jika berkonsep rock, golongan pendengar anda bukan dari kalangan tidak meminatinya.


"Sama juga seperti artis rap, R&B atau jazz. Seseorang perlu tahu sasaran mereka atau jika tidak, mereka tidak mampu menembusi pasaran diharapkan. Terus terang, pasaran muzik kita adalah 99 peratus bertema lagu cinta," katanya.


Anggota kumpulan KRU itu turut menerangkan mengenai bagaimana syarikat rakaman membantu artis menguruskan kerjaya dari segi tawaran kontrak, jemputan persembahan, imej dan peraturan melindungi hak penciptaan lagu. Pemain dram termuda lulus kursus dram profesional, Arthur Kam, 19 menerangkan teknik dan asas bermain dram genre hard rock, jazz, fusion dan pop dengan betul. Berikutan kejayaan Meet Uncle Hussain (MUH) memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL23), Taja memberikan tips untuk artis Indie.


Kata Taja: "Ramai orang menganggap tersalah anggap indie sebagai satu genre muzik.


"Artis Indie ada kekuatan tersendiri. Jika mahu maju, mereka perlu sanggup peka perkembangan semasa. Mereka perlu memahami format radio malah muzik pop senang diterima ramai pihak.



"Mereka perlu memahami peminat sangat memberi dedikasi mendengar muzik kumpulan Indie jika ia bagus dan menarik pendengar tersendiri.


"Banyak kumpulan indie menghasilkan muzik berbeza yang menarik pendengar, jadi indie mampu menjadi antara penyumbang kepada peningkatan muzik yang menceriakan seni muzik tempatan," katanya.


Kata Edrie, kini menjayakan projek band, Pistolnya, berkongsi tip serta idea mengenai teknik gitar solo. Dia mengakhiri woksyop Hot FM Kita Punya dengan persembahan unplugged bersama Faizal. "Woksyop Hot FM Kita punya perlu diadakan lebih kerap mengenengahkan banyak idea baru muzik setiap genre.


"Saya mengharapkan gitaris mempunyai kualiti dalam setiap genre muzik. Mereka tidak perlu segan bertanya memperbaiki teknik. Jika kurang faham boleh bertanya atau merujuk kepada pihak lebih mahir, katanya. Hot FM Kita Punya adalah satu slot dua jam setiap Sabtu sebelum diketengahkan ke pentas utama Hot FM. Slot mendapat sambutan baik melalui woksyop dianjurkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 03:26 PM | Show all posts
pepon mmg gabungan yg mntap edrie n ft neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 01:25 AM | Show all posts
wa... I like! hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 11:58 PM | Show all posts
best dapat dgr balik sore ft normal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.317862 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list