CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14481|Reply: 92

Konspirasi Dunia- MU dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan

[Copy link]
Post time 12-7-2010 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by white_snake at 12-7-2010 16:01

   

Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).


Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:





Normal 0 false Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka **** bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.

Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R

E=5, R=18
18-5
=13

N,C,H,E,S,T

N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20

1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:


Salib Templar

Salib Kristian

Salib Templar di Logo AC Milan

Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.



Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.



Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t.


sumber: http://holywar-efairy.blogspot.c ... an-ac-milan_02.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 03:11 PM | Show all posts
kbyakan artikel ni bukan dikaji oleh org melayu tetapi org barat yg beragama islam.. blogger malaysia ni just cedok n translate dalam bm..ok pe aku rasa...good information
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 04:00 PM | Show all posts
Intresting, Boleh dikaji artikel nih. ada juga banyak terselit kebenaran. jangan mudah terpengaruh atau mudah menolak atas sebab tertentu. buka minda dan mari bincang secara ilmiah.
Artikel ni bukan melayu yg tulih, cuma ceduk je. Dan tak semua yg anti freemason tu islam, banyak juga yg kafir pada istilah kita. dah depa tak suka freemason, depa kaji lah keburukan pertubuhan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:27 PM | Show all posts
nasib baik aku tak sokong dua2 team..
aku sokong johorfc je..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 07:59 AM | Show all posts
Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri.


...dan juga Liverpool, Bayern Munich, Roma dan apa2 jua yang ada warna merah termasuk Selangor dengan Kelantan

Hebat betul imaginasi conspiracy theorists nih......
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:23 AM | Show all posts
baca teori ini dengan hati yang lapang dan terbuka..bersedia menerima hakikat, itu yang paling penting.ada benarnya jugak teori yang diperkatakan ni..

nama pun red devils kan (setan merah)..ramai jugak kawan2 akuyang pakai jersey ni masa solat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 08:35 AM | Show all posts
Wahahahahahaha!!!Makin lama makin merapu teori-teori konspirasi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:38 AM | Show all posts
baca teori ini dengan hati yang lapang dan terbuka..bersedia menerima hakikat, itu yang paling penti ...
billionman78 Post at 13-7-2010 08:23


Apa yang benarnya dalam teori nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 08:41 AM | Show all posts
Apa yang benarnya dalam teori nih?
Neraka Bulan Post at 13-7-2010 08:38


ye la sedikit sebanyak pada aku ada benarnya jugak, walaupun tak semuanya benar..at the 1st place kenapa dinamakan red devils? ye ramai kawan2 aku yang sentap bila aku kutuk man u..diorang backing giler2..betullah tu apa yang teori ni cakap..ramai penyokong red devils yang beria2 backing kelab ni..

ni just pandangan aku..tak semestinya betul. tak semestinya salah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:50 AM | Show all posts
ye la sedikit sebanyak pada aku ada benarnya jugak, walaupun tak semuanya benar..at the 1st plac ...
billionman78 Post at 13-7-2010 08:41


Nickname Red Devils datangnya daripada nickname kelab rugby Salford. Sir Mat Busby tertarik dengan nickname kelab ragbi itu, jadi beliau pun menjadikan "Red Devils" sebagai nickname kelab Man Utd jua.


Itu aje, semudah itu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by Neraka Bulan at 14-7-2010 13:07
ye la sedikit sebanyak pada aku ada benarnya jugak, walaupun tak semuanya benar..at the 1st plac ...
billionman78 Post at 13-7-2010 08:41


Oh ya, kalau kau  Man Utd maka ianya normal utk penyokong setia mereka sentap..

Kalau ko kutuk Barcelona, maka ianya normal untuk penyokng setia mereka sentap.

Sama jua jika kau kutuk kelab Norwish County, maka ianya adalah normal penyokong setia mereka sentap..

Dan kalau kau kutuk pasukan bolasepak Parit Buntar FC, maka mereka pun akan tersentap jua.

Nampak tak apa yang aku cuba utarakan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:00 AM | Show all posts
Oh ya, kalau kau  Man Utd maka ianya normal utk penyokong setia mereka sentap..

Kalau ko kutu ...
Neraka Bulan Post at 13-7-2010 08:58


lah tak abis lagi ke? hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:11 AM | Show all posts
lah tak abis lagi ke? hehehhe
billionman78 Post at 13-7-2010 09:00


Apa yang tak abis? Bukan ke ini satu perbincangan?..

Dapat tangkap tak apa yang aku cuba sampaikan di atas? Penyokong sentap tak sentap tiada kena mengena dengan teori konspirasi. Ianya adalah normal bagi setiap manusia jadi tidak perlu dikonspirasikan.

Jadi apa lagi yang benarnya dalam teori itu? Nombor 13? Tanduk syaitan? Lambang satu mata?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:12 AM | Show all posts
ala.....just bola je la.....kecoh2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:19 PM | Show all posts
Aku sekadar memberi pendapat,ini takde kena mengena dengan sentap ke apa ke. Pada aku perkataan red devils tu sendiri dah menunjukkan kepada syaitan. tak kira la matt busby tu ambik dari team ragbi ke atau team apa2 pun. Kita sbg org Islam kena la ada sensitif sikit pasal perkara mcm ni,terutama kalau pakai jersi tu masa solat. Mungkin bagi mat saleh bagi diorang benda mcm ni takde apa-apa pun,tapi kita as a muslim kena la alert. Ni just pendapat aku,aku nak berforum dengan baik bukan nak menyinggung perasaan sapa2. Korang nak sokong mana2 team itu hak korang, tapi jangan la sampai kita tak leh terima pendapat orang. K,that's all.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:32 PM | Show all posts
iklan: jadi tengok je la liga German dan bg sokongan pada muslim footballers brbakat besar yg brmain di liga German tu... cukup2lah koya jd british... x puas2 lagi ke kene jajah? muka jawa totok sawa matang brangan jd british... ptuiiiihhh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply 13# Neraka Bulan


    Ko apsal ni?tau la ko die hard fan man u.tp xyah la fanatik sangat.open minded skit.ko beria2 backing team ni apa ko dapat?aku bukan sokong mane2 fan,tapi 1 yang aku xgemar tentang fan man u ni.bersungguh sangat klu tentang man u.team dia je betul.ko mesti biasa dengar 'typical man u fan'.mcm ko ni la.pas2 ko libatkan fan kelantan lak.ko tau ke kisah sebenarnya psal fan kelantan merusuh hari 2?aku pun bkan fan kelantan tp aku dapat tau info dari member aku yang ada di tempat kejadian,fan merusuh sb bukan pasal bola.tp sebab polis pukul sorang budak.sb 2 diorang bakar trak polis.just nk share info kt sini je.apa2 pun,ckup2 la fanatik sangat.lama2 org akan kate ko ni 'bodoh sombong' lak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neraka Bulan at 13-7-2010 12:59
Reply  Neraka Bulan


    Ko apsal ni?tau la ko die hard fan man u.tp xyah la fanatik sangat.ope ...
yosh Post at 13-7-2010 12:44


Kau paham tak apa yang aku cuba sampaikan di atas tuh? Dapat tangkap tak point yang aku cuba utarakan di atas itu? Omputih kata "see the bigger picture".

Ini bukan pasal aku penyokong Man Utd ke, Milan ke atau anti Kelantan. Point yang aku cuba sampaikan adalah betapa taksubnya ahli2 teori konspirasi cuba mengaitkan apa sahaja yang mereka nampak dengan konspirasi2 yang tidak berasas lansung. Daripada Disney, penjelajahan bulan, logo syarikat ternama, 2012, hybrid manusia-djin, angka 13, Illuminati, Baphomet, Knight Templar, pemuda bani tamim dari bangsa Melayu sehinggalah kepada kelab lambang kelab serta warna kelab bolasepak itu sendiri.

Seriuslah, hangpa  tak terasa ini semua satu kefanatikan yang tidak rasional ke hapa? Tak terasa ini semua kerja bodoh ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:59 PM | Show all posts
iklan: jadi tengok je la liga German dan bg sokongan pada muslim footballers brbakat besar yg brmain ...
JodoKast Post at 13-7-2010 12:32



    Player Jerman yg muda2 tu boleh mengejutkan peminat bola berbanding player england yg berstatus 'star' dan banyak skandal tu.
Nak sokong mana2 team terpulanglah,takde orang nak marah,tapi cubalah menghormati pendapat orang bukan dengan 'membelasah' orang yang bagi pendapat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 01:20 PM | Show all posts
Ini adalah parodi yang dibuat demi untuk menyindir ketaksuban ahli-ahli teori konspirasi. Kredit kepda forummist white_snake.

FREEMASON ada dimana-mana.

Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US, tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees. Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.

Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..
maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :

http://www.amazon.com/Complete-I ... sonry/dp/1592574904

Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia. Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat. Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.

Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??

tapi itu tak penting,
asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri
sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.
malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..

Mari kita lihat contoh-contohnya :


Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.
Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.
Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) ..

mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..


ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.
ini adalah konspirasi tahap tinggi
iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus
yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.


Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.
nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat


ihat dengan teliti persamaan dalam gambar.
adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai ‘the all seeing eye’

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?
atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai “supreme being’ yg selalu menjadi tanda tanya selama ini

Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.
Ia berkeupayaan menyerap.
Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita
dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.

Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..
maka aku cuba terangkan pasal bacaan …

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.
2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.

yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri
dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.

Semoga bijak mencerna.


Link:Kaitan Freemason dengan seluar dalam

Aku baru perasan forumer yang sama memaparkan thread ini dengan thread Freemason seluar dalam. Aku rasa dia pun saja nak menyindir teori2 konspirasi ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.079358 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list