View: 5483|Reply: 20
|
Semua Untukmu… Anuar Zain TV3 [Raya ke-3, 6.00pm @ TV2]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 3-8-2010 12:42
Program Muzikal Raya Semua Untukmu… Anuar Zain TV3 July 23rd, 2010 |
credit : Budiey
Hari Raya pastinya kurang meriah tanpa sajian program-program menarik TV3 khusus untuk tontonan semua di musim perayaan.
Terus mengekalkan tradisinya, tahun ini para penonton setia TV3 bukan sahaja bakal menyaksikan barisan artis-artis tanahair terkenal seperti Yuna, Aizat, Hujan dan Datuk Siti Nurhaliza melalui program muzikal istimewa Syawal seperti Akustika 2010 dan Stylistika Siti, jangan lepaskan peluang untuk meraikan suasana lebaran bersama keluarga dan sahabat-handai bersama penyanyi popular, Anuar Zain di dalam program muzikal Raya “SEMUA UNTUKMU … ANUAR ZAIN”.
Selain dari persembahan solo lagu-lagu popular beliau, para penonton pastinya akan teruja menyaksikan persembahan duet istimewa Anuar Zain bersama kakaknya, Ziana Zain, penyanyi bersuara lantang untuk memeriahkan lagi suasana lebaran sambil berhibur di studio Sri Pentas 2!
Pembaca dan peminat Anuar Zain sekalian, boleh la datang memeriahkan sesi rakaman ini. Jangan lupa pakai baju raya ya.
Program : SEMUA UNTUKMU … ANUAR ZAIN
Tarikh : 29 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 mlm (Rakaman bermula jam 9.00 mlm)
Tempat : Sri Pentas 2
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
|
|
|
|
|
|
|
|
wah best tu....tapi keje n jauh la plak kat KL..ate teman di Perak...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya ZZ |
|
|
|
|
|
|
|
anuar zain{:1_147:}{:1_147:} |
|
|
|
|
|
|
|
anuar i lap u.. !!! |
|
|
|
|
|
|
|
xsabor nk tgok zz abg nuar pon de |
|
|
|
|
|
|
|
Wah brapa lagu ZZ nyanyi??? |
|
|
|
|
|
|
|
besttt...tp tnggu siaran kat TV jer....{:2_70:} |
|
|
|
|
|
|
|
wah ini ada kakakkuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Semua Untukmu... Anuar Zain Pada Hari Raya Ke-3
Selasa Ogos 3, 2010
Semua Untukmu... Anuar Zain Pada Hari Raya Ke-3
Oleh KEMALIA OTHMAN Anuar dan Ziana Zain beraksi dalam Program muzikal Semua Untukmu...Anuar Zain yang bakal disiarkan pada hari raya ketiga. Foto MOHD SAHARMISNI
SEMPENA menyambut bulan Syawal yang akan datang, penyanyitersohor Anuar Zain tidak melepaskan peluang menjayakan program rayabagi menceriakan lagi hari raya Aidilfitri kali ini.
Program berjudul Semua Untukmu... Anuar Zain ini merupakan programkhas yang menampilkan 20 koleksi lagu-lagu popular Anuar sejakberkecimpung dalam industri ini.
Selain itu, Program selama satu jam setengah ini turut memaparkan enam segmen yang merangkumi genre lagu-lagu Pop dan Balada.
Menurut penyanyi lagu Lelaki Ini, program ini istimewa ditujukan khas buat peminat-peminat yang lama menantikan kemunculannya di televisyen.
"Saya sudah lama tidak muncul di program-program televisyenterutamanya di TV3, jadi sempena hari raya ini saya mengambilkesempatan untuk memberi persembahan yang istimewa buat peminat-peminatsaya.
"Lagu-lagu yang disampaikan pada program musikal ini merupakankoleksi lagu-lagu hit saya sejak berkecimpung dalam industri ini. Sayatelah senaraikan banyak tetapi kita terpaksa pilih yang terbaik.
"Lebih menarik saya diberi peluang oleh penerbit untuk menyanyikanlagu kegemaran saya dan lagu terbaru yang saya minati dan belum pernahsaya bawakan sebelum ini dengan nafas baru dan segar," jelasnnya ketikasidang akhbar selepas rakaman Program Semua Untukmu... Anuar Zain.
Dalam pada itu penyanyi wanita popular yang tidak asing lagi bagiAnuar iaitu kakaknya Ziana Zain turut tampil sebagai menyanyi undangan.
"Saya gembira kerana digandingkan bersama Ziana Zain kerana sudahlama rasanya kami tidak menyanyi bersama. Ini merupakan kali kedua kamidigandingan di TV3.
"Bagi bulan Ramadan dan Syawal ini saya akan terlibat dengan beberapa program bersama TV3 seperti Singgah Sahur, dan Sampaikan Salam pada malam raya nanti" katanya.
Menurut penerbit dan pengarah program ini, Ahmad Shaifullizam Arshad(Gbam), konsep secara langsung yang dibawakan oleh Alwyn Santiago’sBand ini pasti membawa kelainan dari program-program muzikal raya yanglain.
"Kita tidak mahu penonton bosan dengan program raya yang lain yangbanyak menyanyikan lagu raya, jadi kami hidangkan dengan lagu-lagupopular dari penyanyi yang disayangi ramai ini.
"Bagaimanapun kebanyakan lagu-lagu ini kami telah ubah susunan muzikagar lebih segar dengan memberi nafas baru. Kami yakin bahawapersembahan yang ringkas tetapi memukau oleh Anuar Zain pasti menjaditarikan utama kepada para penonton TV3. Pihak produksi juga menekankanpenggunaan kesan-kesan khas daripada peralatan lampu seperti LED secarakreatif untuk persembahan yang lebih mantap di samping mewujudkansuasana yang menyenangkan dalam studio,” jelasnya.
Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh Anuar Zain dalam enam segmen iaitu medley Pandangan Pertama, Permata, Suria Siarra. Medley Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta. Medley Perpisahan Ini, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Semua Untukmu. Medley Hanya Kau Yang Mampu, Terima Kasih Cinta, medley Jerat, Fly Me To The Moon, Sesucinya Cintamu dan juga medley Bila Resah dan Kau Bunga Cintaku.
Penampilan istimewa oleh Ziana Zain, turut menyemarakkan lagisuasana di studio dengan persembahan solo lagu Dingin. Manakala, AnuarZain juga berduet dengan lagu Lara dan Suasana Hari Raya sebagaipenutup persembahan program tersebut.
Semua Untukmu... Anuar Zain ini diterajui oleh Muhamad Sufian Isaselaku penerbit eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selakupenerbit dan pengarah dari Primeworks Studios. Ia bakal ke udara padaHari Raya Aidilfitri ketiga, jam 6.00petang, eksklusif di TV3.
Credit Mstar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Syd
Semua Untukmu... Anuar Zain Pada Hari Raya Ke-3
Oleh KEMALIA OTHMAN
Anuar dan Ziana Zain beraksi dalam Program muzikal Semua Untukmu... Anuar Zain yang bakal disiarkan pada hari raya ketiga. Foto MOHD SAHAR MISNI
SEMPENA menyambut bulan Syawal yang akan datang, penyanyi tersohor Anuar Zain tidak melepaskan peluang menjayakan program raya bagi menceriakan lagi hari raya Aidilfitri kali ini.
Program berjudul Semua Untukmu... Anuar Zain ini merupakan program khas yang menampilkan 20 koleksi lagu-lagu popular Anuar sejak berkecimpung dalam industri ini.
Selain itu, Program selama satu jam setengah ini turut memaparkan enam segmen yang merangkumi genre lagu-lagu Pop dan Balada.
Menurut penyanyi lagu Lelaki Ini, program ini istimewa ditujukan khas buat peminat-peminat yang lama menantikan kemunculannya di televisyen.
"Saya sudah lama tidak muncul di program-program televisyen terutamanya di TV3, jadi sempena hari raya ini saya mengambil kesempatan untuk memberi persembahan yang istimewa buat peminat-peminat saya.
"Lagu-lagu yang disampaikan pada program musikal ini merupakan koleksi lagu-lagu hit saya sejak berkecimpung dalam industri ini. Saya telah senaraikan banyak tetapi kita terpaksa pilih yang terbaik.
"Lebih menarik saya diberi peluang oleh penerbit untuk menyanyikan lagu kegemaran saya dan lagu terbaru yang saya minati dan belum pernah saya bawakan sebelum ini dengan nafas baru dan segar," jelasnnya ketika sidang akhbar selepas rakaman Program Semua Untukmu... Anuar Zain.
Dalam pada itu penyanyi wanita popular yang tidak asing lagi bagi Anuar iaitu kakaknya Ziana Zain turut tampil sebagai menyanyi undangan.
"Saya gembira kerana digandingkan bersama Ziana Zain kerana sudah lama rasanya kami tidak menyanyi bersama. Ini merupakan kali kedua kami digandingan di TV3.
"Bagi bulan Ramadan dan Syawal ini saya akan terlibat dengan beberapa program bersama TV3 seperti Singgah Sahur, dan Sampaikan Salam pada malam raya nanti" katanya.
Menurut penerbit dan pengarah program ini, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam), konsep secara langsung yang dibawakan oleh Alwyn Santiago’s Band ini pasti membawa kelainan dari program-program muzikal raya yang lain.
"Kita tidak mahu penonton bosan dengan program raya yang lain yang banyak menyanyikan lagu raya, jadi kami hidangkan dengan lagu-lagu popular dari penyanyi yang disayangi ramai ini.
"Bagaimanapun kebanyakan lagu-lagu ini kami telah ubah susunan muzik agar lebih segar dengan memberi nafas baru. Kami yakin bahawa persembahan yang ringkas tetapi memukau oleh Anuar Zain pasti menjadi tarikan utama kepada para penonton TV3. Pihak produksi juga menekankan penggunaan kesan-kesan khas daripada peralatan lampu seperti LED secara kreatif untuk persembahan yang lebih mantap di samping mewujudkan suasana yang menyenangkan dalam studio,” jelasnya.
Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh Anuar Zain dalam enam segmen iaitu medley Pandangan Pertama, Permata, Suria Siarra. Medley Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta. Medley Perpisahan Ini, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Semua Untukmu.
Medley Hanya Kau Yang Mampu, Terima Kasih Cinta, medley Jerat, Fly Me To The Moon, Sesucinya Cintamu dan juga medley Bila Resah dan Kau Bunga Cintaku.
Penampilan istimewa oleh Ziana Zain, turut menyemarakkan lagi suasana di studio dengan persembahan solo lagu Dingin.
Manakala, Anuar Zain juga berduet dengan lagu Lara dan Suasana Hari Raya sebagai penutup persembahan program tersebut.
Semua Untukmu... Anuar Zain ini diterajui oleh Muhamad Sufian Isa selaku penerbit eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit dan pengarah dari Primeworks Studios. Ia bakal ke udara pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, jam 6.00petang, eksklusif di TV3. |
|
|
|
|
|
|
|
pas tu serbu panggung wayang nengok magika lak..................... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya!! tak sabar nak tgk show ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka lah abg dini ni |
|
|
|
|
|
|
|
amboi2 puasanya blum dah heboh2 citer pasal raya? |
|
|
|
|
|
|
|
uols2 suma...korang taw tak pic ahkak zz nagn az msa nyanyi kat ats tu telah dijadikan bhn lawak kat ...
moskito_81 Post at 5-8-2010 09:15
Biarkan....mereka semua itu org yg berfikiran sempit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|