CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10755|Reply: 23

Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?

[Copy link]
Post time 27-7-2010 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.



Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.
Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:


Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)


Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!


Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.

Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud

National Millennium Monument, Putrajaya




Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

St. Peter Square, Vatican.



Luxor Obelisk, Paris.



Central park, New York.



Buenos Aires, Argentina.



Pheonix Park, Dublin.



Sao Paolo. Brazil.



Istanbul, Turki.




London, England.


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13

sumber:http://feryco.com/konspirasi-dunia-obelisk-di-putrajaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 06:09 PM | Show all posts
suka betoi freemason,illuminati bagai kat malaysia ni nooo..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 06:48 PM | Show all posts
skang jamratul dah tak guna 'obelisk' lagik dah.. so takde dah iluminati, yay..
mostly org2 yang obelisk ni dijadikan sbg hiasan jek, not more than that..or mungkin ianya misil2 dajal dimana piramid kat puncak tu akan terbukak lalu mengeluarkan misil..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:03 AM | Show all posts
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.


Kisah di sebalik melontar jamrah ialah kerana sempena peristiwa penyembelihan Nabi Ismail A.S. Tiang tu cumalah marker sahaja...apa kena mengena pulak dengan Firaun?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:16 AM | Show all posts
dia buat lagi ...hahahhahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 02:54 PM | Show all posts
hahaha..... tak faham -.-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 03:22 PM | Show all posts
Reply 1# white_snake

Obelisk di Putrajaya

    tepek la gambo..mana aku nak tau obelisk kat putrajaya tu mcm mana? hehe malas nak google nor masuk blog tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:43 PM | Show all posts
wa nak marking dulu..nanti wa baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 04:04 PM | Show all posts
Kisah di sebalik melontar jamrah ialah kerana sempena peristiwa penyembelihan Nabi Ismail A.S. T ...
alphawolf Post at 28-7-2010 08:03

aku pun pelik gak..mana dia dpt fakta mcm nie..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 04:24 PM | Show all posts
Reply  white_snake


    tepek la gambo..mana aku nak tau obelisk kat putrajaya tu mcm mana? heh ...
KimoraHakim Post at 28-7-2010 15:22




Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:01 PM | Show all posts
tak nampak gambar bang...abelisk nih jenis 2 tiang or 1 tiang??? bukan ker tiang kat jamratul ade tenaga?? sama mcam kaabah yg punya tenaga,tenaga paer saya pn tak pasti,sebab kaabah kan kiblat kiter,so energy tu maybe energy yg baik arr..tu pon saya penah terbaca kajian mat saleh gak..lupa da ape benda..

any way ape nak pelik,bukan ker kiter ni dulu pernah kena jajah ngan 4 jenis bangsa?? baper banyak plak perkara brainwash camni diserap kan??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:02 PM | Show all posts
setahu aku jamrah dibina sempena nabi ismail melempar batu dkt iblis tuk mghasut nabi ibrahim supaya tdk sembelih nabi ismail..mcm lari je dr kisah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:25 PM | Show all posts
Sometimes fakta sejarah diputar belit untuk sedapkan teori TT huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:25 PM | Show all posts
Start dah, baik mengkaji al-Quran lagi baik dari dok mengkaji Freemason ke hulu, ke hilir, meh aku bagi lagu Illuminati jap, buat tenang jiwa TT~

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 02:14 AM | Show all posts
nTAH hapa2 ntah:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 02:33 AM | Show all posts
salam..hang pun tak tido lagi ke.aku boring tengah keja.jom sembang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 09:08 AM | Show all posts
klu nak sekadar baca boleh la kot...nak mempercayai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:51 AM | Show all posts
Reply 11# akulasaiful

betol2..ko try gi kat youtbe and taip "the arrivals",. dia da citer pasal tenaga2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:23 PM | Show all posts
gambarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:40 PM | Show all posts
fakta yg xsahih...siasat la dulu sebelum tempek..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073135 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list