Post Last Edit by catalina at 3-8-2010 13:06
Thread tu mmg wujud cuma dah melebihi 200 muka dan telah ditutup.
Jadi saya rasa, elok juga buka ...
Kacip_Fatimah Post at 3-8-2010 10:46
tqvm momod....
ini beskut lain yg kmila guna acuan tart pastu terap guna acuan lain
jd dia ada garis2 timbul atasnya
resepinya Coco Belang tp kmila tuka nama jd zebra lak
lih tgk resepi di citarasawan klu x silap
Bahan-bahan
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
50gm kelapa kering - di kisar halus
4 Tbsp santan KARA
Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hinggakembang.
2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering diikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser denganmajerin/shortening. Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
4. Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.
5. Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.
*** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.
yg ni lak guna acuan lekor yg kuar membulat, kmila potong2 jdkan dia pendek2...cepat kejanya & mudah. |