CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12848|Reply: 66

Ziana Zain Ambil Masa Sebulan Pujuk Suami

[Copy link]
Post time 29-7-2010 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Khamis Julai 29, 2010         
                      Ziana Zain Ambil Masa Sebulan Pujuk Suami         
                     
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ        Ziana dilantik sebagai duta Antabax.- Foto oleh NORAFIFI EHSAN

PENYANYI terkenal Ziana Zain,42, terpaksa mengambil masa sebulan untuk memujuk suaminya, Armin Zaharin berlakon dalam iklan Antabax.
Antabax adalah produk penjagaan diri anti bakteria.
Selama ini kata Ziana, Armin enggan muncul di mana-mana rancangan televisyen ataupun media lain selepas mereka berumah tangga.
Bagaimanapun selepas sebulan memujuk, akhirnya Armin bersetuju untuk bersama-sama Ziana memenuhi permintaan tersebut.
“Saya rasa mesti orang terperanjat sebab agak susah juga untuk ajak dia sama-sama menjadi duta Antabax. Tetapi dia bersetuju selepas fikirkan tentang pentingnya kebersihan.
“Alhamdulillah, saya juga selesa dengan produk ini kerana halal dan baunya menyegarkan,” katanya ketika majlis memperkenalkan Ziana sebagai duta Antabax di One Utama, Rabu.
Antabax merupakan jenama produk kelapan yang menjadi pilihan Ziana sebagai duta selepas Slim World, Vono, Loreal dan Omega.
Memandangkan usianya semakin meningkat, Ziana dia tidak putus-putus bersyukur kerana popularitinya masih bertahan dan menganggap semuanya berkat rezeki anak kembarnya iaitu Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh.
“Saya tak sangka lepas melahirkan anak kembar, saya masih mendapat peluang untuk menjadi cover dan duta produk. Saya rasa masa bujang pun tak pernah dapat peluang seperti sekarang ini.
“Bagaimanapun, saya rasa sudah selesa dan bersyukur dengan kehidupan sekarang ini. Saya juga rasa sangat seronok apabila mendapat anak perempuan.        Ziana hadir bersama-sama suaminya, Armin Zaharin ketika majlis memperkenalkan duta Antabax di One Utama, Rabu.

“Walaupun sibuk dan tak menang tangan dengan hendak menguruskan anak-anak, saya rasa belum masanya untuk bersara sebagai penyanyi setakat ini,” ceritanya lagi.
Selain kembar tersebut, Ziana turut mempunyai dua lagi anak iaitu Muhammad Ammar Amin,7, dan Muhammad Aiman,10.
Bercerita mengenai salah satu produk kesihatan penyembur itu Ziana  berkata dia dan keluarga sentiasa membawanya ke mana-mana bagi kerana ia merupakan pembasmi kuman selain dapat mengelakkan penyakit.
“Penyembur sanitasi itu amat mudah dan senang di bawa dalam beg tangan. Saya rasa ia sangat bagus kerana saya selalu gunakan di rumah, tandas awam dan bilik hotel. Saya juga menggunakan produk itu di mana-mana termasuk menyemburnya di bantal, tombol pintu dan di beberapa tempat lain," katanya.
Mengenai aktiviti seninya pula, Ziana ketika ditanya sama ada  masih teringin untuk bergelar Mentor jika ditawarkan sekali lagi akan pertimbangkan dahulu.
Alasannnya, dia tak menang tangan ketika terlibat dalam musim keempat lalu.
Penyanyi lagu Dingin itu juga sedang menunggu kemunculan single terbarunya yang masih terperap.

sumber: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2010 07:55 PM | Show all posts
Reply 1# zeonite



video semasa pelancaran produk antabax

credit to:http://runwitme.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 08:05 PM | Show all posts
Ziana Zain appointed Antabax ambassador          
Share
               
       
Wednesday, 28 July 2010 19:31

PETALING JAYA – Ziana Zain has been appointed the first brand ambassador for Antabax.
zianazain1
Ziana with her husband, Amrin Zahari, at the Antabax event today.
The singer, actress and entrepreneur said she has been using Antabax personal care products for her family over the past two years.


“A big factor in choosing Antabax for my family is that it is halal," said the mother of two boys.

In conjunction with the appointment, Antabax maker Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd also launched a new range of personal care products at 1Utama Shopping Centre here today.

These included a hand sanitiser spray which it claimed could kill 99.9% of germs on hands and other surfaces – such as hand rails, door knob, and toilet seats.

Antabax products comprise shower cream, liquid hand soap, instant hand sanitiser and cleansing wipes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 08:12 PM | Show all posts

Kepercayaan dan Komunikasi Penting Bina Keluarga Bahagia - Ziana Zain                       
                                        Ditulis oleh Nonie                                                                           Khamis, 29 Julai 2010 12:20                         

       

                  
                              
                                                                                                                                                                                             
Kepercayaan dan Komunikasi Penting Bina Keluarga Bahagia - Ziana Zain                       
                                        Ditulis oleh Nonie                                                                           Khamis, 29 Julai 2010 12:20                         





12 tahun melayari bahtera perkahwinan dan Ziana masih kukuh di persada industri muzik Malaysia. Bukan mudah bergelar isteri, ibu kepada empat orang cahayamata dan penyanyi dalam satu masa. Mengakui hakikat itu, Ziana menekankan pentingnya keluarga untuk didahulukan dalam apa jua aspek kehidupan.

Lebih senang menggelarkan dirinya 'akak' di kalangan wartawan, kehadiran Ziana Zain di Majlis Pelancaran Rangkaian Produk Baru Antabax penuh anggun dan kekal langsing. Nampaknya satu lagi tugas sukar yang berjaya diharungi wanita bergelar ibu ini.

"Walau apa saja yang akak lakukan, keluarga akan menjadi keutamaan. Risau kalau terlalu sibuk sampai keluarga terabai dan mungkin nanti timbul masalah lain. Kalau terpaksa juga uruskan kerja macam program Mentor yang lepas, akak pastikan masa terluang yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Makan malam pun sudah cukup untuk bermesra dengan keluarga.

"Akak cukup beruntung kerana anak-anak faham dengan kerja dan kesibukan ibu dan ayah mereka. Dan pastikan tanam sifat percaya pada suami dan jika ada masalah, bincang kerana komunikasi yang baik penting dalam keharmonian rumahtangga. Kita makin lama makin tua, janganlah asyik hidup dalam keadaan curiga.

"Syukur kepada Allah kerana kurniakan keluarga yang bahagia. Akak selesa dengan kehidupan sekarang. Tak perlulah wang berjuta-juta, cukuplah dengan keluarga yang akak ada," ujarnya teruja bakal menyambut puasa dan raya bersama anak perempuan buat pertama kali.

Duta Antabax

Nampaknya saham pelantun suara Madah Berhelah ini makin mencanak naik. Pernah menjadi jurucakap kepada 13 jenis produk termasuk Omega, Head and Shoulders, Pewarna rambut L'Oreal, dan Vono, Ziana sekali lagi dilantik menjadi duta produk penjagaan diri, Antabax. Bukan hanya Ziana, malah kempen terbaru ini bakal melibatkan suami dan anak-anaknya. Pemilihan Ziana tepat sekali kerana wanita ini sememangnya seorang yang sangat mementingkan kebersihan.

"Sebenarnya akak dah gunakan Antabax sejak dua tahun lepas bila anak yang sulung mencecah usia enam tahun sebab dia begitu lasak. Risau kerana jangkitan boleh tersebar melalui udara dan ketika bermain di luar so akak cuba Antabax kerana ia mempunyai perlindungan antibakteria serta memiliki ramuan penjagaan kulit yang berkesan.

"Satunya yang benar-benar menarik adalah kerana ia diyakini halal kerana sebagai orang Islam, pengiktirafan halal sangat penting untuk menjamin kebersihan dalam setiap apa yang kita lakukan," katanya yang bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.







Sumber:http://www.manggaonline.com.my/b ... gia-ziana-zain.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:52 PM | Show all posts
first, baju sheols hazab

second; err tak berkenan la, tayang2 hubby ni, tak kira la apa pun tujuannya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:04 PM | Show all posts
ok apa fesyen kak ziana...aku suka warna biru tu masuk ngan tone kulit kak ziana

dan lagi satu dia bukan tayang laki dah memang armin tu pon duta kepada produk antabax...so kena la posing ikut kehendak wartawan kan...

lagipon kan suami dia kalu boleh tak mau publisiti..sampai kena pujuk sebulan..so ni hanya tuk majlis pelancaran ni..tak salah rasanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2010 10:39 PM | Show all posts
first, baju sheols hazab  

second; err tak berkenan la, tayang2 hubby ni, tak kira la apa p ...
cik.panda Post at 29-7-2010 21:52


Cik panda, ZZ and her family dilantik sebagai duta Antabax. Sbb tu die and hubby die ade skali.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:41 PM | Show all posts
Cik panda, ZZ and her family dilantik sebagai duta Antabax. Sbb tu die and hubby die ade skali.
zeonite Post at 29-7-2010 22:39


i know tapi personally ai fikir, ZZ sorang je cukuplah, tak payahlah tiru retis2 lain yang enteprem husband, enteprem satu keluarga. yang jadi celebrity cuma dia, bukan husband dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2010 10:50 PM | Show all posts
i know  tapi personally ai fikir, ZZ sorang je cukuplah, tak payahlah tiru retis2 lain yang en ...
cik.panda Post at 29-7-2010 22:41


memang mcm tu ZZ sblum ni. mana ada die bwk hubby die. tp disebbkan hubby die pun duta produk tu, maka dia harus dtg gak. kehendak pengurusan Antabax la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:06 AM | Show all posts
Waaaaahhhhh... Terus famous produk Antabax ni...




Begitu juga dengan Vono dulu... daripada orang ramai tak tahu, terus jadi famous produk2 ni...





Haaaaa ni baru gambar abg Armin yg sebenarnya... yg kat iklan tu seperti telah di edit...





                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 02:28 PM | Show all posts
tahniah kak jena........tp lagi ske klu suami n ank2 tak terlibat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 02:35 PM | Show all posts
susah sangat nak tengok laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 02:44 PM | Show all posts
setau aku dia memang jenis tak suke menayang laki...kali nih je dia interprame laki dia sbb iklan tuh...ok je....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply 8# cik.panda

saje la kot, ada yg tak kenal lagi laki dia, di samping mengelakkan speku kata umah tangga bergolak bagai ... rasanya last skali tgk laki dia kt media masa kawen dulu je.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:04 PM | Show all posts
i know  tapi personally ai fikir, ZZ sorang je cukuplah, tak payahlah tiru retis2 lain yang en ...
cik.panda Post at 29-7-2010 22:41



ade penah selama ni dia tayang laki die kat dlm majalah2 ke posing2..ade?

ade everytime dia hangkut laki dia pegi award shows? patu masuk newspaper bagai?

laki dia memang tak suke terlibat dlm industri ni.. sbb dia tahu ZZ je artis, dia bukan. ZZ pun tader la nak menebeng kat laki dia 24 jammm.. dah Antabax yang nak amek laki die jadi duta..sbb tu la dia kena tayang laki dia this time. takde istilah tiru mana2 artis aku rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:32 PM | Show all posts
tayang laki utk dirampas ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 03:45 PM | Show all posts
ok per laki dia join skali..bukan dia selalu tunjuk laki pun kan kan...tak mcm artis tuh sorang..asyik nak tunjuk laki jer hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:55 PM | Show all posts
ye ziana bukan jenis tanya laki macam SITI tu
semedang bawak khalid mcm dia sorang berlaki

lagi satu kalo orang tak tau armin ni macam mana mesti kata sombong
dia okay jer, siap senyum angkat tangan
takdelah mcm org kabo sombong muka masam bla bla

aku selalu jer jumpa dia kat bj ni ha
kekadang beli nasi lemak kat anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 04:33 PM | Show all posts
Khamis Julai 29, 2010         
                      Ziana Zain Ambil Masa Sebulan Pujuk Suami     ...
zeonite Post at 29-7-2010 19:54



    Ziana Zain?
  Najib punya kawan kat Port Dickson?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 04:38 PM | Show all posts
makin cantik zz nie...bertuah armin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.105737 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list