CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3633|Reply: 10

Dewata Worang Greek, Greek's Gods Pantheon

[Copy link]
Post time 1-8-2010 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Dedicated kat kawan yang beri cadangan. Kita discuss pasal pantheon gods worang Greek atau Yunani. Worang Yunani sebenarnya jenis worang yang praktikal n depa suka beri kehormatan kepada benda2 yang berbentuk sifat. Contoh sifat pembelit, ada wakil n dewa dia. Sifat kecantikan n jalang, ada dewa-dewi yang represent dia. Perkataan Greek yang merujuk dewo-dewi ni adalah theos (thevos).

Dalam deity (kedewataan) worang Greek, depa ni adalah makhluk2 yang x nah mati2. Ada terbahagi sebanyak lapan bahagian jenis smuanya.

1) Protogenoi (dewa2 yang awal tercetus), dalam bentuk literal contoh Gaia (Bumi), Ponthos (Laut), Thalassa semua bentuk2 dewa ni adalah pompuan sebab perkataan2 tu semua gender dia pompuan.
2) Daemones n Nymphae (semangat2 n antu2) yang ada dalam alam sekeliling dok dalam utan, dalam air sungai, penunggu2.
3) Daemones yang bagi kesan kat fikiran n fizikal worang, mcm benci (eris), suka (euphrosyne), ngantuk (hypnos), mati (thanathos), cinta (eros), tua (geras), len2.
4) Theoi (dewa2) yang kawal alam sekitar n bagi kurniaan seni untuk perkembangan tamadun manusia.
5) 12 dewa Olympus, depa ni macam Zeus, Hera, Poseidon, Demetry, Artemis, Apollo, Aphrodite, Athene, Hephaistos, Hermes, Dionysos, Hestia.
6. Constellations, dewa2 yang muncul kat langit kelam waktu malam macam zodiak signs.
7. Menatang2 macam gigantes (gergasos), drakones (naga2), Centauroi (Centaurs), Cerberus, Sphinx,Sirens, n len2 yang ada kaitan rapat ngan dewa2. Depa ni separa-dewa.
8. Heroe Hemothoi atau hero2 atau raja2 yang separa dewa (dipercayai ada unsur dewa, tuhan), disembah lepas depa mampuih mcm Achilleus, Theseus, Helena, Perseus, Kadmos, n Pelops.

Ni la dolu buah lagang........... {:1_145:}{:1_144:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2010 01:10 AM | Show all posts
hades - king of the underworld.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2010 05:47 PM | Show all posts
Kesah2 dewa2 Protogenoi

Tartaros

Dia ni antara yang terawal muncul masa alam terjadi. Dia ni adalah lambang personifikasi bagi lohong api kat bawah bumi yang mana puak Titan kena kurung. Dia ni berlawanan dengan Ouranos. Ouranos personifikasi bagi langit belah atas bumi. Dia sebelah bawah bumi.

Nama len bagi Tartaros adalah Heides atu dunia bawah. Tartaros maksud dia neraka. Bagi fahaman worang2 non strict-monotheists. Depa percaya, roh worang mati akan masuk dalam dunia bawah. Kalu hangpa tgk gambar2 worang puteh pong, depa akan tunjuk roh worang jahat akan masuk dalam dunia bawah. Cina pong caya macam itu, lepas mati, masuk dunia bawah. Tengok cereta2 hari raya hantu cina, bulan 7 kalender lunar ada tunjuk. Indu pong cakap begitu, boleh banding dengan neraka dalam Hinduism.

Ikot Apollodorus n Hesiodos, Tartaros ada dapat anak dengan Gaia, nama dia Typhoeos. Hesiodos ada sebut mengenai kelahiran Typhoeos dengan bantuan Aphrodite lepas kekalahan Gigantes (Garagasi). Kesah len drpd Hyginus Fabulae ceritakan yang Tartaros dilahirkan dengan saiz besar n ada kepala naga beratus2 nampak menakutkan n mak dia nama Tartara.

Tartaros bukan saja personifikasi kepada neraka, tapi jugak dewa bagi neraka. Hedios menceritakan bahawa pernah terjadi peperangan antara Zeus dengan Typhoes. Zeus marah teramat sangat, baling Typhoes kat Tartaros. Kata mitos, kalu besi tongkol katok besi tu jatuh dari langit akan ambik masa 9 hari 9 malam n hari ke-10 baru akan sampai masuk dalam Tartaros (Neraka).

Sekeliling Tartaros ada pagar2 diperbuat dari tembaga oleh Poseidon. Malam dalam Tartaros merebak dalam tiga garis memenuhi ruang Tartaros macam dikelilingi oleh rantai leher. Atas Tartaros tumbuh akar bumi n lautan tarak hasil. Tembok2 sekeliling Tartaros dan gelap saja, berkabut, lembap, sejuk, menjijikkan n dewa2 pon meluat tengok.

Tartaros ni kawasan dia macam gurun yang luas. Kalu manusia masuk dalam gerbang dia, takkan dapat keluar sepanjang tahun. Dia akan terkena letupan2 n diseksa kejam. Kena pukul dengan tukul, dewa2 yang x buleh mati pong x tahan.

Tartaros pon ada anak pompuan nama Nemesis, yang juga merupakan bini dia. Depa dapat 4 anak dipanggil Telchines. Apollodorus sebut, Tartaros ni tempat di mana Ouranos (langit) buang anak-anak dia, Cyclopas n Titanos. Tartaros jugak tempat Gaia suruh Zeus cari sekutu untuk bantu dia lawan Titanomachia.

Hades jadi hakikat kepada kematian dalam mitologi Greek, tapi nama Tartaros pulak menunjukkan dewa ni ada beberapa tebiat lain lagi. Dalam kisah2 awal, Tartaros jadi tempat kurungan bagi dewa2 yang kalah. Misalnya puak2 Titan dilaknat masuk Tartaros lepas kalah perang dengan 12 dewa Olympus. Titan dijaga oleh Hekatonkheires yang berdiri atas pagar tembaga. Bila Typhoes kalah perang dengan Zeus pong, dia kena baling masuk dalam Tartaros juga.

Zaman2 kemudian, Tartaros jadi tempat seksa pendosa pulak. Tartaros nak macam neraka lah walupong bukan betol2 neraka. Worang jahat akan kena laknat roh dia masuk Tartaros. Roh worang baik akan dirahmat berkati masuk Elysiom. Bila seorang hero nama Aeneas melawat dunia bawah, dia dapat lihat seksaan yang dialami oleh puak2 Titan, Tityos, Otus, Ephialtes, n Lapiths dlm Tartaros. Dalam Tartaros, ada pengadilan dibuat oleh Rhadymanthos untuk worang2 penjenayah dan jahat masa hidop n kadar hukuman kena diterima. Stengah kisah2 merujuk pengadilan dalam Tartaros sebut Minos, abang kepada Rhadymanthos atau dua2 sekali yang bg pengadilan pd masa yang sama bersama dengan seorang juri lagi nama Aekas.

Konsep Tartarus ni, dalam ajaran Hristos pong ada. Falsafah Greek sangat berpengaruh bg worang yg ikot Hristos n Judaism di Iskandariah (Alexandria). Depa guna ilmu2 ni untuk lawan worang2 Greek tegar xmau beriman dengan Hristos n yang worang Yahudui mereka ada sebab2 len juga incorporate falsafah Greek mungkin sebab pengaruh luaran susah nak mengelak pertembungan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:38 AM | Show all posts
Aku semenjak main game siri God of War, banyak yang aku pelajari tentang mitos Deiti-deiti Greek Purba ini.

Sejarah Kratos ada tak Genot?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:37 PM | Show all posts
kratos tu man made god je...last2 mati jugak..tapi tak masuk tempat hades la pasal dalam god of war 3 semua dewa olympus dah mati kena tibai kratos!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 05:07 PM | Show all posts
Kratos

Kratos (Kekuatan) anak Pallas n Styx. Pallas bapak kepada Kratos ni sejenis Titan. Styx mak kepada Kratos anak kepada Oceanus. Oceanus ni sejenis Protogenoi n Titan. Lambang personifikasi bagi kekuatan. Nak kata Kratos ni sejenis Heroe Hemothoi pon bukan juga, lebih condong nak ke jenis Daemones. Kratos ada adik beradik nama Nike (Jaya), Bia (Kuasa), n Zealos (Ketekunan).

Stengah mitologi kata Kratos ni sejenis Titan (anti-gods). Kratos dikatakan menambat Prometheus (fikiran ke depan) atas perintah Hephaestos, anak kepada Zeus n Hera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2010 10:56 PM | Show all posts
camne lak ngn aries, god of war? (aries ke ares?..aku rasa achilles sebut 'aries' dlm filem troy)

potong sket..greek gods ni karut je sebenarnya..tak payah percaya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:33 AM | Show all posts
wah topik yg best.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2010 10:16 PM | Show all posts
Dewa2 Olympia

Zeus

Lepas kalahkan Titans, depa gulingkan Titans dan menguasai gunung Olympus. Yang utama adalah Zeus yang menguasai langit. Zeus mengalahkan bapa Cronus. Kemudian dia undi dengan sedara2 dia Hades n Poseidon. Zeus menang undian dan dia jadi dewa Agung kawal langit n ujan.   

Sapa2 bagi murka sama dia, akan kena panah petir. Dia menikah dengan Hera tapi popular jugak dia ada banyak hubungan sulit. Sapa2 yang menipu atau langgar sumpah, akan kena hukum dengan dewa Zeus. Selain jaga hujan, dewa Zeus kumpul awan n membuat petir2. Dia menjadi wakil kepada dewa keadilan n pengasih, melindungi orang2 lemah dan menghukum orang jahat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 10:26 PM | Show all posts
Poseidon

Dia jadi dewa lautan, pelindung air. Poseidon adik beradik dengan Zeus. Lepas undian dibuat, Poseidon dapat undian jadi dewa lautan. Nelayan2 Greece semua puja Poseidon. Bini Poseidon namanya Amphitrite cucu kepada Oceanus.

Satu ketika, Poseidon jatuh hati dengan Demeter. Demeter ni dewi tanaman n pertanian. Nak mengelakkan Poseidon, Demeter buat syarat2 pelik macam buat haiwan yang paling lawa ada dalam dunia ni. Jadi nak tarik perhatian Demeter, Poseidon buat kuda yang pertama atas dunia. Stengah rowayat orang Greece, kata percubaan pertama Poseidon x berjaya tapi lahir macam2 jenis haiwan pulak. Masa Poseidon cipta kuda tu, dia dah tak minat dah kat Demeter.

Kat tangan Poseidon digambarkan ada Trisulo. Trisulo tu boleh bagi gegar dunia n benda2 lain. Dalam hierarki kuasa Poseidon yang ke-2 utama. Poseidon ada perangai  buruk juga, suka bertengkar. Selalu jadi pertengkaran dengan dewa2 lain bila dia hendak cuba rampas bandar2 dewa lain.


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 03:00 PM | Show all posts
genot..nk lagi!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.373372 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list