CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 0

Apabila dua beradik bersatu

[Copy link]
Post time 3-8-2010 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Apabila dua beradik bersatu    Oleh Esme Johari Wahab

2010/08/03
                                      

   
              
DARI awal hingga akhir persembahan,mata peminat khususnya wanita tertumpu kepada kelibat seorang lelakikacak bernama Anuar Zain. Dia melontarkan vokal yang yakin dan lantangbersama sekumpulan pemuzik iringan. Menyaksikan Anuar secara 'live' di pentas, iamembuktikan penyanyi digelar 'Mr Charming' itu bukan sekadar hebatmenyanyikan lagu sendiri. Keunikan mendendangkan pelbagai lagu baladamembuatkan penonton sentiasa memberi tepukan bergemuruh, memancarkan'flash' kamera dan menjerit namanya.

Senario dapat disaksikan menerusi persembahan eksklusif SemuanyaUntukmu di hadapan lebih 1,000 peminatnya di Studio Sri Pentas 2, PlazaAlam Sentral, Shah Alam, Khamis lalu.

Rakaman selama sejamitu akan disiarkan pada Aidilfitri ketiga jam 6 petang di TV3. Tampildengan tiga sut berbeza dan dua daripadanya bersama 'baretta', penyanyibujang 40 tahun itu menyanyikan 19 lagu dalam enam medley diiringiAlwyn Santiago's Band. Lebih unik, Anuar membuat kejutan berduetbersama kakaknya, Ziana Zain menerusi lagu Lara dan Suasana Hari Raya.Lagu raya dia bersama Ellina dulu memang lagu kemestian setiap kaliraya Ziana, yang baru bergelar Juara Mentor 4, menyemarakkan lagisuasana program itu dengan anggun berkerlipan mendendangkan laguDingin. Anuar sempat mengusik kakak kesayangannya itu dengan mengatakanmekap digunakan Ziana lebih berat daripada pakaiannya! Penyanyi masihsingle dan suka merendah diri itu kemudian menyampaikan laguPerpisahan, Ketulusan Hati dan Lelaki Ini.

Antara lagumenyusul sejurus itu adalah Semua Untukmu dengan iringan double bass,biola dan piano sebelum diikuti empat tribute terhadap penyanyitempatan dan antarabangsa diminati Anuar. Lagu berkenaan adalah HanyaKau Yang Mampu nyanyian pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL24), Aizat,Terima Kasih Cinta (Afgan), Jerat (Harvey Malaiholo) dan Fly Me To TheMoon (Frank Sinatra) disusuli lagunya sendiri Sesuci Cintamu. Tidakketinggalan, medley Bila Resah dan Kau Bunga Cintaku. Beberapa medleylagi menyaksikan Anuar membuka persembahan dengan lagu PandanganPertama, Permata dan Suria Siarra.

Tidak cukup itu, dia membawakan Jangan Bersedih Lagu, Mungkin dan Keabadian Cinta.

Menjelaskan pendekatan dan konsep rakaman Semua Untukmu, Anuar berkata,program disusun dengan kelainan melalui pemilihan lagu diberi sentuhanbaru.

"Showcase ini bertujuan memberi kelainan kepadapenonton. Ada lagu perlahan diberi rentak laju dan ada lagu perlahandipercepatkan temponya. "Bagi saya, persembahan berbeza memberikepuasan tersendiri berbanding lagu asal pernah didengar dinyanyikanoleh saya atau penyanyi lain. Sudah menjadi tradisi saya berbuatsesuatu dengan sepenuh hati," kata Anuar yang sudah menyusun beberapaprogram raya seperti Singgah Sahur, Melodi Raya dan Sampaikan khususuntuk peminat.

Mengenai penampilan istimewa Ziana, dia menganggap kakaknya artis serba boleh.

"Walaupun pernah beberapa kali berduet dengan Ziana, Semua Untukmulebih dekat di hati dan lebih istimewa kerana mengingatkan kepadaproses dilalui saya untuk sampai ke tahap sekarang. "Ziana sentiasamenunjukkan minat tinggi terhadap nyanyian atau bidang lain sepertipengacaraan, model, guru vokal dan aktres.

"Paling pentingpersembahan malam ini mampu memberi tahap kepuasan lebih baikberbanding persembahan sebelum ini. Ia juga tanda terima kasih kepadamereka. Saya bangga ada kakak yang sentiasa memberi sokongan," katanya.


Ziana, 42, pula berkata, adiknya itu yang dipanggil Pak Ngah olehanak-anaknya, berkata, dia sering merujuk kepada Anuar untukmendapatkan idea dan pendekatan baru membaiki nyanyian.

"Sejak terbabit dalam nyanyian pada usia 13 tahun, Anuar semakin matangdan sentiasa membaiki persembahan untuk peminat yang sentiasa mahukankelainan. Sikap profesional dimilikinya membuatkan saya bersemangatberganding dengannya. "Setiap kali berada atas pentas bersamanya sayaseperti ada semangat baru hadir tiba-tiba terutama dalam mendapatkan'feel'.

"Bukan saya saja meminatinya malah anak saya, Aimanturut meletakkan potret Anuar dalam bilik tidurnya kerana mengagumi dansayangkan Pak Ngahnya," kata Ziana lagi.

Penerbit danpengarah program itu, Ahmad Shaifulllizam Arshad atau Gbam berkata,penggubahan kebanyakan lagu pilihan Anuar bertujuan memberi nafas barudan mencetus kelainan tidak pernah dipertontonkan.

"Kami yakin persembahan ringkas, tetapi memukau Anuar pasti menjaditarikan utama kepada penonton TV3. Secara keseluruhan, peminatmemberikan respons positif," jelasnya.

Persembahan rakamanturut menekankan penggunaan kesan khas melalui penataan lampu dan empatpaparan skrin 'Light Emitting Diode' (LED) untuk mendapatkan kesanlebih mantap dan moden.

Credit: Hmetro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.221909 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list