CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11191|Reply: 25

SERAM : DURJA NINGSUNG [KHAMIS, 9.30pm @ TV3]

[Copy link]
Post time 16-8-2010 08:00 AM | Show all posts |Read mode



AKAN KU JEJAKI HINGGA AKHIR

Dendam yang terpendam di hati menyebabkan roh si mati tidak tenteram walaupun sudah berdekad tahun berlalu. Siapakah sebenarnya Ningsun? Sentiasa menghantui hidup seorang gadis muda tidak kira di mana dia berada. Terbaru di slot Seram, “DURJA NINGSUN” mulai 19 Ogos 2010, setiap hari Khamis, jam 9.30malam.

Membariskan pelakon – pelakon popular tanahair seperti Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel, Abu Bakar Juah, Aida Aris dan Faralyna Idris. Diterbitkan sebanyak 13 episod, DURJA NINGSUN juga menyaksikan kemunculan Siti Sharizah Saifuddin, iaitu Eja kembali beraksi di kaca televisyen selepas berehat sekian lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2010 08:02 AM | Show all posts
Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 12:32 PM | Show all posts
bile dpt tahu pengarah ahmad idham,... hancur luluh jiwa raga
poster bukan main chantek lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 12:36 PM | Show all posts
Reply 3# dino

khenz?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply  dino

khenz?
Syd Post at 16-8-2010 12:36

jd mcm niyang merepek la syd....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 12:46 PM | Show all posts
aida aris jadi ustazah.. i like
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2010 09:48 AM | Show all posts
hahaha...akhir nya aku tahu juga apa yg hantu tu ckp bila iklan seram ni di tayang kan..AKAN KU JEJAKI HINGGA AKHIR....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 01:07 PM | Show all posts
bln2 posa pon ada citer antu ker????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 02:11 PM | Show all posts
satu lg cerita mcm best drp idham.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 02:18 PM | Show all posts
poster mcm gempak...
mcm suster ngesot plaks..sbb nampak ada jururawat
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 03:17 PM | Show all posts
aahla poster gempak..
tp cter klu ahmad idham buat, dah leh agak jalan cerita..
plg best citer kasihku seru..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 05:38 PM | Show all posts
belum boleh celen kekasihku seru kot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 06:11 PM | Show all posts
bln ramadhan ni , cuba la buat ttg malam lailatulqadar ke , ttg kisah org berpuasa ke , ni tak tak hbs2 dgn hantu , setan semua dah kena rantai la , setan manusia je tak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 11:31 PM | Show all posts
wah mesti cite ni best....tajuk pun dah pelik dah...tp kalau seram sgt takut la pulak nak tgk..kalau setakat seram mcm kliwon malam jumaat tu ok la jugak..best tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 02:55 AM | Show all posts
bln ramadhan ni , cuba la buat ttg malam lailatulqadar ke , ttg kisah org berpuasa ke , ni tak tak hbs2 dgn hantu , setan semua dah kena rantai la , setan manusia je tak.
hyazinth79 Post at 17-8-2010 18:11

Setuju sgt. Nasib baik haku boikot crita hantu menerusi slot Seram sempena musim Piala Dunia baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 03:03 AM | Show all posts
bln2 posa pon ada citer antu ker????
chempaka80 Post at 17-8-2010 13:07

Yups. Bukan bulan puasa saja, tapi juga sekitar musim perayaan dan musim Piala Dunia baru-baru ini pun mesti ada cerita hantu juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2010 09:10 PM | Show all posts
tgk iklan mcm menarik.. kene skodeng2 jgk.. esok 1st episod try tgk dulu cemana
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:58 AM | Show all posts
dah tgk td.. best jgk
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 01:41 AM | Show all posts
seram citernya tp tak bleh lawan kekasihku seru..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:34 AM | Show all posts
best so far
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.421821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list