CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Kedah] Bayi 10 hari terperangkap dalam banjir

[Copy link]
Post time 4-11-2021 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Bayi 10 hari terperangkap dalam banjir[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 4, 2021 @ 11:49am[email protected]


[size=0.9]
[size=0.9]
[size=0.9]Operasi menyelamat ibu dan bayi yang terperangkap dalam banjir disertai enam anggota menggunakan sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti Pajero. - Foto ihsan Bomba
[size=0.9]
ALOR SETAR: Pasukan bomba menyelamatkan seorang wanita bersama bayinya berusia 10 hari, yang terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Binjai, Mukim Tajar, dinaiki air akibat banjir.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.23 pagi.

Beliau berkata, ibu mangsa berusia 27 tahun dan bayi perempuan yang baru lahir itu dipindahkan ke tempat selamat.

"Pihak bomba dimaklumkan dua beranak itu terperangkap dalam rumah selepas kawasan rumah mereka dinaiki air.

Ibu dan bayi berusia 10 hari yang diselamatkan pasukan bomba. - Foto ihsan Bomba
"Kawasan rumah terbabit dinaiki air setinggi 0.25 meter dan operasi menyelamat dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja.

"Operasi disertai seramai enam anggota menggunakan sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti Pajero," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada jam 10.27 pagi selepas kedua-dua mangsa diserahkan kepada ahli keluarga ke tempat selamat.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list