CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir Kedah kini 932 orang

[Copy link]
Post time 4-11-2021 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir Kedah kini 932 orang[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 4, 2021 @ 6:00pm[email protected]


Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah membantu seorang warga emas, Supiah Musa, 70, yang menghadapi masalah kesihatan selepas kawasan kediamannya dinaiki air disebabkan limpahan air dari Sungai kedah yang menjejaskan beberapa buah rumah sejak empat hari lalu ketika tinjauan di Taman Tanjung Bendahara, Alor Setar, hari ini. - foto BERNAMA




ALOR SETAR: Fenomena air pasang sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kota Setar dinaiki air, sekali gus menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat.

Jumlah mangsa kini seramai 932 orang daripada 262 keluarga di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini, setakat jam 4 petang tadi.

Satu lagi PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di daerah Kota Setar yang menempatkan 69 mangsa daripada 21 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata ia menjadikan tujuh PPS di daerah Kota Setar manakala Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu kekal dengan dua PPS.


Jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah itu meningkat kepada seramai 524 mangsa daripada 156 keluarga.

"Keseluruhan mangsa banjir di daerah Pendang pula seramai 281 mangsa daripada 73 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan PPS Dewan Cenderawasih.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir di dua PPS di daerah Pokok Sena masih kekal 47 mangsa daripada 14 keluarga.

"Mangsa banjir di Kubang Pasu menurun daripada 100 orang kepada 80 orang yang ditempatkan di dua PPS. Jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan air pasang besar yang berlaku bermula hari ini hingga 7 November," katanya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063738 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list