Edited by Tinot7 at 4-11-2021 08:29 PM
https://fiksyenshasha.com/highway-pedas-linggi-negeri-sembilan/
iols kopipes. kalau dah ada benang, momod sila katup. tengkiu.
Tq admin FS sudi siarkan lagi kisah yang aku pernah lalui. Piza datang nak becerita lagi heheheee. Kali ni aku nak bercerita tentang kejadian di highway PEDAS LINGGI. Aku dengan seorang kawan aku Azie, kami memang selalu buat kerja outstation bersama, cuti pun bersama. Kami berdua memang ada sedikit kelebihan boleh melihat mahluk halus. Tapi aku kadang2 saja. Azie memang hijab dia terbuka dari umur 4 tahun. Dia memang selalu nampak macam2 mahluk berbanding aku.
Ada one day, kami bertolak dari Johor ke KL waktu malam. Macam biasa la aku drive malam tu. Sambil drive atas highway Pedas Linggi, Azie bercakap dengan aku. “Piza.. Kau kat area ni jangan bawa laju2 sangat, macam2 cerita kat sini aku dah dengar”. Aku pun tanya kat Azie, ” Cerita apa weiiiii” Azie jawab “Ishhhh dah malam laaa. Besok siang aku cerita laaaaa”. Aku pun angguk kepala kata, ok. Sebab aku memang faham Azie. Kalau dia cakap esok, esok jela aku tunggu ceritanya.
Setel buat kerja di Kl, kami balik ke Johor. Dalam perjalanan aku dengan Azie bercerita pasal hal semalam, kali ni Azie yang drive. Aku tanya ke Azie, “Kenapa semalam kau tak nak cerita pasal highway tu??”. Azie pun jawab ” ko tau tak, kat situ banyak eksiden. Punca eksiden sebab para pemandu selalu nampak ada lelaki tua, berbaju putih melintas atas highway. Untuk mengelak dari terlanggar orang tua tu, para pemandu pun mengelak. Time mengelak tu la sebenarnya pemandu dah terbabas eksiden ke mana2. Sebenarnya orang tua tu tak wujud, benda tu saja kacau, nak bagi kita hilang fokus time tengah drive. Tu sebab tu, aku tak bagi ko laju2 semalam. Benda tu suka muncul tiba2″.
Aku pun mengiyakan cerita Azie. Masa tu perjalanan kami dah sampai area highway Pedas Linggi. Jam pukul 12 tengahari. Cuaca di luar hujan panas. Kami tukar borak topik lain pulak. Tengah borak tu aku rasa kereta yang aku dengan Azie naik macam berat je, macam mendak. Walaupun aku tak drive tapi aku dapat rasa berat. Aku tengok meter kereta, meter gerak setakat 30KM, aku tengok kaki Azie pulak. Aku tengok kaki dia dah tekan pedal minyak sampai bawah. Bermakna dia dah tekan minyak tu sampai habis. Tapi yang aku pelik, kenapa meter baru 30KM pergerakannya?
Aku bercakap dengan Azie, ” ko ada rasa something tak? Aku rasa kereta ni macam berat, padahal kita berdua je” Then Azie pun jawab, ” Aku pun rasa berat, dah habis aku tekan minyak tapi tak laju2 jugak”.
Aku pun cakap lagi dengan Azie ” aku rasa bukan kita berdua dalam ni”. Bila aku cakap macam tu, Azie sempat toleh ke belakang. Terus Azie cakap dengan aku “Patutla berat, ‘dia’ ada kat belakang”.
Aku toleh ke belakang nampak apa korang tau?? Bagus cikpon duduk kat tengah2 mengadap depan, mata merah, rambut kusut masai. Aku dah terkejut masa tu. Azie suruh aku baca ayat kursi. Terus aku baca ayat kursi dalam hati. Azie pun baca doa dalam hati.
Kereta masih berat, benda tu tak pergi lagi. So kami pun bincang, macam mana nk halau benda ni keluar dari kereta. Kereta dah mendak sangat ni. Azie pun bagi idea, “nanti kalau kau nampak tempat rehat, bagitau aku. Kita stop situ sekejap”. Dan kami pun teruskan perjalanan. Nampak je tempat rehat yang ada tandas awam, kami masuk berhenti situ sekejap dalam 20 minit.
Sambil berhenti kereta disitu, Azie bersuara, “Jangan ganggu kita orang tau, kita orang tak ganggu kau, ko balik ye. Kita orang pun nak balik juga” dan aku pun menyampuk ” kau baliklah rumah kau, jangan kacau kita orang berdua”. Agak2 dah 20 minit berlalu, kami teruskan perjalanan semula. Barulah kereta rasa ringan dan perjalanana rasa normal semula.
Aku sendiri tak sangka time hujan panas pukul 12 tengahari benda ni boleh datang masuk dalam kereta. Nak join la tu, dengar kisah seram aku dengan Azie pasal highway pedas linggi tu. Betul2 kat pedas linggi dia dok dalam kereta kami. Padahal kat ats dashboard tempat duduk belakang ada senashkah Al-Quran kat situ.
Takdenya benda tu nak takut, kalau kita letak je Al-Quran kat situ tapi tak baca. Masuk je dia dalam kereta. Sama juga dengan yasin. Kalau kita tak baca tiada function. Benda2 ni semua tak takut pun. Oklah, thank you kepada semua sudi baca kisah seram, dari aku Piza. Nanti next tima kisah yang lain pulak ye. Wait for me.
|