CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

[Kedah] Mayat lelaki di perhentian bas

[Copy link]
Post time 6-11-2021 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki di perhentian bas[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - November 6, 2021 @ 5:03pm[email protected]



Mayat yang ada kesan cedera ditemukan terbaring di perhentian bas - Foto NSTP/Ihsan pembaca



SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di perhentian bas Jalan Lencongan Timur berhampiran Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat ditemui orang awam yang kemudian menghubungi polis jam 11.05 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati mangsa ada kesan lebam di mata kanan serta calar di kaki dan siasatan lanjut mendapati mangsa pernah dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim Isnin lalu.

"Mangsa diberikan rawatan di hospital terbabit kerana mengalami kecederaan di kepala, lebam mata serta turut menerima jahitan di bawah mata sebelum dia dibenarkan keluar wad Khamis lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Adzli berkata, mangsa datang semula ke hospital hari ini kerana mahu mendapatkan rawatan akibat sakit lutut dan pemeriksaan lanjut dengan pihak HSAH terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat dipukul.

"Bagaimanapun, hasil semakan lanjut tiada sebarang laporan polis dibuat mangsa berhubung kes pukul terhadapnya.

"Pemeriksaan mendapati mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Taman Mutiara Skudai, Johor dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Katanya, ujian COVID-19 akan dilakukan terlebih dahulu sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036343 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list