CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 5

Pemilik suara Nobita meninggal dunia

[Copy link]
Post time 11-11-2021 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik suara Nobita meninggal dunia


Ota meninggal dunia pada 29 Oktober lalu di Hospital Kanagawa, Jepun, namun, berita kematiannya diumumkan oleh The Theater Echo Theater Company pada 8 November lalu. - Foto AGENSI

KUALA LUMPUR: Pemilik suara bagi karakter Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon iaitu Yoshiko Ota menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan jantung berfungsi pada usia 89 tahun.

Portal NHK melaporkan Yoshiko Ota atau nama sebenarnya, Yoshiko Saka dilaporkan meninggal dunia pada 29 Oktober lalu di Hospital Kanagawa, Jepun, namun, berita kematiannya hanya diumumkan oleh The Theater Echo Theater Company pada 8 November lalu.

Ota adalah pengisi suara pertama Nobita pada 1973. Selain animasi Doraomen, Ota juga meminjamkan suara emasnya untuk watak ikonik animasi lain termasuk watak Leo untuk Jungle Emperor Leo pada 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu no Akko-chan anime (1969) dan Baby Panda untuk Panda! Go, Panda! (1972).


Ota adalah pengisi suara pertama karakter Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon pada 1973. - Foto AGENSI

Dilahirkan pada 25 April 1932 di Hyogo, Ota mula menceburkan diri dalam dunia animasi sebagai pengisi suara pada 1947 di bawah pengurusan, Takarazuka Revue.

Beliau bertemu seorang lagi pengisi suara, Osamu Saka sebelum mendirikan rumah tangga dengannya. Pada 1964, Ota dan Saka mengambil keputusan berpindah ke Tokyo dan menyertai Theater Echo Group di pentas panggung, televisyen dan sebagai pengisi suara.

Sekitar 2016, Ota menjadi penerima Anugerah Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival terhadap sumbangannya dalam dunia animasi. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ita-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah,rindu kartun setiap pukul 7 kat ntv7..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perasan kebanyakan watak budak lelaki utama dalam anime mesti guna suara pompuan. Taktau la kot ada jugak guna suara lelaki kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 16-11-2021 03:41 PM
Aku perasan kebanyakan watak budak lelaki utama dalam anime mesti guna suara pompuan. Taktau la kot  ...

giant tu lah kot yang pakai suara lelaki. ke sebenarnya pompuan jugak pelakon dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 17-11-2021 12:33 AM
giant tu lah kot yang pakai suara lelaki. ke sebenarnya pompuan jugak pelakon dia tu?

Entahlah meols pun tak pasti. Boleh kata citer doraemon banyak guna suara perempuan even watak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:01 PM | Show all posts
upin ipin pun sama kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.169511 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list