CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25650|Reply: 562

Doa solat jemahat pun mau pertikai.....

  [Copy link]
Post time 19-8-2010 11:26 PM | Show all posts |Read mode
UMNO P. Pinang Protes Guna Nama Guan Eng Ganti Agong Dalam Doa Khutbah Jumaat

KEPALA BATAS 19 Ogos – Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
“Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.
Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. – Bernama

Betul ka nih???Kadang2 umngok nih bukan boleh percaya sgt. Tak salah kalo doakan pemimpin............... Terutama khalifah2 umat...
Mungkin org penang boleh verifykan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 12:32 AM | Show all posts



Biarlah lobai2 selekeh nak masukkan doa utk tuan mereka dalam solat. Lepas ni masa sujud boleh niatkan sekali harung. Takbir!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:01 AM | Show all posts
adoi. kalo benar ...apa dah jadi.....?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 07:04 AM | Show all posts

Nama Guan Eng ganti Agong

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.
Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.
“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
“Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja,” tegasnya.
Sementara itu, beliau turut mendedahkan terdapat pihak pengurusan beberapa masjid yang tidak lagi dibenarkan mengutip bayaran sewa bazar Ramadan yang beroperasi di pekarangan rumah ibadat itu sebaliknya kutipan tersebut disalurkan kepada pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ahmad Zahid berkata, tindakan menghalang pengurusan masjid memungut wang kutipan bazar Ramadan terbabit jelas mencampuri pengurusan hal ehwal agama Islam selain dilihat menyalahgunakan dana masjid untuk kepentingan politik.
“Kalau dulu kutipan wang bazar Ramadan disalurkan kepada masjid tetapi kenapa pula sekarang tidak boleh tetapi disalurkan pula kepada pusat khidmat ADUN? Ini dana masjid yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid bukan untuk tujuan politik,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menghadiri majlis-majlis pengagihan wang zakat kepada golongan memerlukan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” katanya.

p/s : si guan eng ni dah masuk islam ke??hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 08:06 AM | Show all posts
ini memang dah melampau...nanti aku contact MPM, Perkasa dan semua NGO melayu....patut berdemo ni...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 08:11 AM | Show all posts
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan  ...
kenari2101 Post at 20-8-2010 07:04



    faith dah bukak thread ni semalam lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2010 02:51 PM | Show all posts
Dakwaan khutbah Jumaat guna nama Guan Eng hanya 'dengar cakap'


2010/08/20

GEORGETOWN: Siasatan awal mendapati tidak berlaku dakwaan kononnya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, disebut dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim, berkata dakwaan seperti itu hanya semata-mata membabitkan 'dengar cakap'. Ini kerana, katanya, semakan ke atas teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) sebulan sekali yang dihantar ke semua masjid, tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. "JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak bagi tujuan itu.

"Malah, peraturan JHEAIPP dengan jelas menyebut jika ada pentadbiran masjid ingin menjemput khatib dari luar, mereka perlu mendapat kelulusan JHEAIPP terlebih dahulu sebelum dibenarkan membaca khutbah," katanya.

Beliau menegaskan tiada seorangpun orang Islam yang waras akan menukar nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng.

"Tidak ada insan yang waras otaknya yang melakukan perkara ini," katanya sambil menambah perkara sedemikian tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana mempunyai kesan yang serius.
Beliau berkata, kerajaan negeri percaya ada pihak cuba mensabotaj kerajaan pakatan pembangkang dengan menyebarkan dakwaan seperti itu.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan beberapa masjid di Pulau Pinang dikesan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Naib Presiden UMNO itu juga dilaporkan mempunyai bukti kukuh dan akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis menerusi Biro Agama UMNO negeri yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:57 PM | Show all posts
so,kalu salah,  guan eng patut saman  UTUSAN  sebanyak RM900 juta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 03:02 PM | Show all posts
utusan?????..enough said!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:02 PM | Show all posts

Dakwaan khutbah Jumaat guna nama Guan Eng hanya 'dengar cakap'

Post Last Edit by kazaraf at 20-8-2010 15:22

Dakwaan khutbah Jumaat guna nama Guan Eng hanya 'dengar cakap'
(Sumber: BHarian Online)

2010/08/20      GEORGETOWN: Siasatan awal mendapati tidak berlaku dakwaan kononnya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, disebut dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim, berkata dakwaan seperti itu hanya semata-mata membabitkan 'dengar cakap'.


        Ini kerana, katanya, semakan ke atas teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) sebulan sekali yang dihantar ke semua masjid, tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
    "JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak bagi tujuan itu.

    "Malah, peraturan JHEAIPP dengan jelas menyebut jika ada pentadbiran masjid ingin menjemput khatib dari luar, mereka perlu mendapat kelulusan JHEAIPP terlebih dahulu sebelum dibenarkan membaca khutbah," katanya.

     Beliau menegaskan tiada seorangpun orang Islam yang waras akan menukar nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng.
   
  "Tidak ada insan yang waras otaknya yang melakukan perkara ini," katanya sambil menambah perkara sedemikian tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana mempunyai kesan yang serius.
  Beliau berkata, kerajaan negeri percaya ada pihak cuba mensabotaj kerajaan pakatan pembangkang dengan menyebarkan dakwaan seperti itu.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan beberapa masjid di Pulau Pinang dikesan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

     Naib Presiden UMNO itu juga dilaporkan mempunyai bukti kukuh dan akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis menerusi Biro Agama UMNO negeri yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.


==================================================

bole ke ckp cmni.. zahid kata ada bukti kukuh beb..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:08 PM | Show all posts
kt suratkhabar kecoh semacam
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:08 PM | Show all posts
tunggu jer laa... owg politik nie komen dulu baru dia nak respone... dia takkan kasi abis..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:08 PM | Show all posts
DAP nak tipu tu, kalau UMNO kata ada, ada la
UMNO mana pernah menipu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:08 PM | Show all posts
to zahid hamidi,baik ko berhenti je jadi monteri pertahanan..ko patut jadi monteri badut je....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:12 PM | Show all posts
Kui kui kui kui kui................

Sana sini nak tunjuk JAGUH aka PEJUANG Oghang Melayu.
Segala gala di keluarkan.................
Yang SAMAR dan yg BOHONG pung jadi laaaaaa

Menteri pung keluarkan kenyataan kat Solat Kabar dan TB.

Sehingga ada forumis Amenogok tegar pung bukak Thread kat cini.

Now nak pi taruh muka kat mana??
Nak duduk dgn si Paderi CI yg tuhannya CARELESS or nak duduk dgn oghang yg gi solat Jumaat selepas khatib membaca khutbah???

Nie sahih time bukak poser nanti, dier nak kena sirap penenang 30 sudu. (refer razhar)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:12 PM | Show all posts
hahah...dia tu memang dah macam badut.....aku kalau tengok dia mesti nak tergelak..malam tengok hamid gurkha jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 03:13 PM | Show all posts
pe kabar kes pitnah teresa kok??..x bg azan kununnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:16 PM | Show all posts
bukan polis lah bro, tapi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim punya kenyataan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:16 PM | Show all posts
aku tak tau la kalu ada manusia yg percaya bulat2 perkara2 bodoh mcm neh......giler ke haper nk ganti nama Agong dgn Guan eng......tak logiklaaa....jgnla emo sgt....lain kali siasat la betui2.....menteri ohh menteri....kan dah memalukan diri........
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:17 PM | Show all posts



Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong
Salhan K Ahmad
Ogos 20, 10
1:25pm


Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.637382 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list