CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3756|Reply: 0

Wangian di bawah jambatan

[Copy link]
Post time 18-11-2021 04:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 18-11-2021 04:27 AM

https://fiksyenshasha.com/wangian-dari-bawah-jambatan/


Assalamualaikum semua , lebih 2 tahun aku menjadi pembaca senyap Fiksyen Shasha dan baru sekarang terdetik dalam hati ni nak berkongsi kisah dengan semua pembaca disini. Harap-harap anda terhibur.

Kisah ni berlaku Ketika aku bekerja ni sebuah kilang di Shah Alam, Selangor. Masa ni masih muda belia lagi. Tapi sekarang dah nampak berusia sedikit walaupun senyuman masih manis memikat haha. Rasanya pembaca fiksyen Shasha ni ramai yang muda-muda, jadi panggil pakcik sahaja lah lebih mesra.

Ketika ni kehidupan pakcik boleh dikatakan banyak dihabiskan di atas jalan dan tempat kerja sahaja. Maklum la tinggal di cheras dan berulang alik ke tempat kerja di Shah Alam. Keluar Rumah tepat pukul 6 pagi dan balik dari kilang jam 8 malam dan sampai ke rumah jam 9 malam macam tu. Esok pagi dah nak kena bangkit pukul 5 dan ulang lagi rutin yang sama, Tu la rutin pakcik setiap hari. Manakala hari sabtu dan ahad pakcik banyak menghabiskan masa berehat di rumah, maklum la tenaga dah banyak dihabis pada hari bekerja.

Kerja di kilang ni agak memenatkan, banyak urusan yang kita kena buat sendiri dan banyak masalah yang kita kena selesaikan menggunakan judgment kita sendiri. Kalau ada masalah yang besar tu baru la kita bincang dengan bos minta pandangan dia mcm mana nak selesaikan masalah tu, lepastu kita kena ambil tindakan berdasarkan perbincangan tadi.

Ok, kita terus ke hari kejadian, Seperti hari-hari sebelumnya, pakcik keluar kilang pada pukul 8 malam, maklum la kena jaga orang OT dan lepas tu kerja pakcik kena tutup lampu, kipas dan tutup pintu kilang termasuk off kan compressor di belakang kilang. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah.

Lepas mendirikan solat Maghrib, pakcik terus berjalan ke kereta Viva elite pakcik yang berwarna merah garang tu, jadi kenangan dah kereta pertama pakcik ni. Untuk balik kerumah, pakcik menggunakan federal highway mengarah ke KL dan pakcik ambil susur masuk ke NPE melalui Kampung Dato Harun. Jalan masa ni memang agak sesak sikit. Dahlah letih bekerja, balik letih dengan jalan sesak lagi, itu la cabaran penduduk kota macam pakcik ni.

Pakcik teruskan perjalanan pakcik dengan pemanduan sederhana laju sambil pakcik menyanyi-nyanyi lagu “Sejati” dari wings untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pakcik tak pasang radio, sebab radio kereta pakcik rosak, kedudukan radio kereta viva yang di atas menyebabkan radio mudah rosak disebab panas terik cahaya matahari.

Sampai sahaja di plaza tol pakcik turunkan tingkap kereta pakcik dan pakcik sentuhkan kad Touch N Go pakcik untuk membuat bayaran tol, lepas tu pakcik sambung perjalanan pakcik. Masa ni pakcik tak naikkan lagi tingkap cermin kereta pakcik sebab pakcik rasa segar pula bila kena udara sejuk malam tu. Pakcik pun masih feeling nak nyanyi lagi ni, pakcik sambung dengan lagu “Kerana kau” nyanyian Alleycat hahah.

Lepas tol tu pakcik ambil susur ke kanan dan pakcik kena lalu bawah jambatan, sedang pakcik seronok menyanyi sambil memandu, pakcik tercium bau yang sangat busuk kat bawah jambatan tu. Pakcik pun apa lagi, terus naikkan tingkap sisi kereta pakcik. “ Busuknya” lancar je mulut pakcik menyebut, dengan nada yang jelas walaupun perlahan.

Selang beberapa saat, bau busuk tadi hilang, ye la kan sebab dah tutup cermin tingkap kereta. Tapi yang tak sedapnya bau busuk tadi tu kini berganti dengan bau yang sangat wangi, bau wangi yang pakcik tak pernah bau selama ini. Baunya seakan keluar dari air- cond kereta, sampai tangan pakcik ni bau wangi mcm di celup dalam minyak wangi. Hati pakcik dah tak sedap dah masa ni, bulu tengkuk pakcik dah berdiri. Pakcik dapat rasakan mcm ada orang duduk di tempat duduk belakang.

Masa ni pakcik beranikan diri melihat menggunakan cermin pandang belakang, dua tiga kali pakcik cuba tengok kebelakang menggunakan cermin tu. Alhamdulillah tak nampak apa-apa, tapi bau wangi tadi tak berkurangan pun dan firasat pakcik kuat mengatakan ada sesuatu di tempat duduk belakang, cuma mata kasar pakcik sahaja yang tak nampak, tapi dia ada menumpang. Takkan la sebab dia terhibur mendengar kemerduan suara pakcik sampai dia masuk dalam kereta, adoi la peminat hahah.

Dari nyanyian lagu-lagu, pakcik terus membaca Ayat Kursi sepanjang perjalanan, tak taula tunggang terbalik tak bacaan pakcik. Bila masuk jalan yang gelap makin pakcik kuatkan bacaan Ayat Kursi. Pakcik cuba bertahan. Bau wangi tu masih kuat walaupun pakcik dah berada di depan rumah pakcik. “ Ni kalau dia ikut masuk rumah naya mcm ni”.

Sebelum turun dari kereta tu, pakcik buat muka serius sikit dan pakcik cakap sorang-sorang dalam kereta tu. Bunyinya lebih kurang macam ni la.

“ Kau jangan cuba nak masuk dalam rumah aku, aku tak izin kan, Aku berani kerana benar”

Alhamdulillah tiada gangguan malam tu di rumah pakcik, keesokkan harinya apabila pakcik masuk kedalam kereta Viva pakcik tu, tak ada bau wangi yang macam semalam , semuanya normal

Sekarang ni bila di fikirkan balik, pakcik punya la berani tengok tempat duduk belakang tu banyak kali, kalau la dia tunjukkan diri, tak tau la mcm mana keadaan pakcik masa tu, dan tak tau la macam mana boleh terkeluar ayat “aku berani kerana benar tu”. Hahaha

Pengajaran disini yang dapat pakcik simpulkan. Daripada menyanyi dalam kereta tu, baik la kita mengaji dan berzikir dalam kereta tu sepanjang perjalanan, sekurang-kurangnya amalan kita di catit malaikat, lebih-lebih yang perjalanannya balik kerumah memakan masa lebih sejam macam pakcik ni.


Sekian daripada pakcik…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.361713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list