View: 5496|Reply: 9
|
Misteri dan seram bekas kubu British di Batu Maung
[Copy link]
|
|
Misteri dan seram bekas kubu British di Batu Maung
kubu yang hancur dibom oleh tentera Jepun masih boleh dilihat oleh pengunjung di Muzium Perang Pulau Pinang di Batu Maung, Pulau Pinang. - Foto Muhammad Suhaib Mohd Shapiee
BAYAN LEPAS: Muzium Perang dekat Batu Maung di sini, menyimpan pelbagai lipatan sejarah termasuk kekejaman tentera Jepun ketika menjajah Tanah Melayu ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Dibina pada 1930 dan mula beroperasi pada 1937, kubu rahsia yang turut menempatkan tapak meriam antipesawat dan kemudahan bawah tanah ini mampu menampung sehingga 1,500 anggota tentera pada suatu masa.
Kedudukan strategiknya di puncak bukit Batu Maung setinggi 75 meter dari aras laut, memainkan peranan penting sebagai pusat operasi tentera British ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu.
Selepas kewujudannya selama 86 tahun, kompleks kubu yang dianggap sebagai peninggalan sejarah asal terbesar di Malaysia ketika ini, masih kukuh dan kini beroperasi sebagai muzium bagi tatapan pengunjung.
Pengurus Muzium Perang Batu Maung, Johari Shafie, berkata kubu itu direka anggota British Royal Engineers dan menggunakan banduan hukuman mati dari penjara koloni Empayar British sebagai buruh utama.
PINTU masuk ke Muzium Perang Pulau Pinang. - Foto Muhammad Suhaib Mohd Shapiee
Katanya, selepas siap dibina dengan perbelanjaan berjumlah STG42 juta (RM216 juta), semua banduan yang terbabit dalam pembinaan kubu itu dibunuh bagi mengelak penyebaran maklumat tentang kewujudan kem itu kepada musuh.
"Muzium ini adalah artifak asli sebenar yang dijadikan muzium bagi menceritakan semula apa yang berlaku ketika peperangan antara British dan Jepun, malah pengunjung boleh merasai sendiri suasana merangkak melalui terowong bawah tanah.
"Kebanyakan struktur bangunan ini masih kekal asli termasuk beberapa bahagian simen dan cat asal berwarna hijau yang digunakan ketika pembinaannya," katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.
Difahamkan, banduan yang menjadi buruh pembinaan mengambil masa hampir tujuh tahun bagi menyiapkan kubu seluas kira-kira lapan hektar termasuk membina terowong bawah tanah, pejabat perisikan, pusat logistik, stor peluru, dewan, pejabat, saluran angin, ruang meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan dispensari.
Pada 1942, kubu pertahanan itu jatuh ke tangan tentera Jepun selepas pertempuran sengit membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British bersama askar Punjab, Gurkha dan Melayu di kawasan sekitarnya.
BANGUNAN yang digunakan oleh pegawai tentera British di Muzium Perang Pulau Pinang di Batu Maung, Pulau Pinang. - Foto Muhammad Suhaib Mohd Shapiee
Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu berkenaan sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih dua tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Sejak itu, pelbagai kisah misteri dan seram dilaporkan menyelubungi persekitaran kawasan muzium terbabit termasuk bayangan anggota tentera tidak berkepala, suara wanita merintih dan kelibat banduan, yang pernah diseksa di kem itu.
Johari berkata, muzium itu kini menyimpan lebih 100 artifak sejarah termasuk terowong bawah tanah yang menjadi laluan tentera British melarikan diri ketika diserang tentera Jepun.
"Selain itu terdapat juga artifak lain seperti peta lokasi pengeboman, kesan tembok yang terkena letupan bom, pusat tahanan, berek tentera dan senjata yang digunakan ketika peperangan.
"Kesan kekejaman tentera Jepun yang menjadikan kem ini sebagai pusat tahanan juga masih ada menyebabkan ada pengunjung yang lemah semangat akan menjadi terlalu takut," katanya.
Selepas terbiar selama 60 tahun, kem rahsia itu dibuka semula mulai 2002 menjadikannya sebagai kompleks ketenteraan terbesar di Asia Tenggara yang dibuka kepada kunjungan orang ramai.
INFO:
- Muzium Perang, Batu Maung dianggap muzium paling berhantu di Asia
- Dibina pada 1930 dan siap tujuh tahun kemudian
- Dianggap sebagai kubu pertahanan British terkuat di Asia Tenggara
Sumber:https://www.bharian.com.my/bhplu ... itish-di-batu-maung
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah pegi sini 2 kali tak silap tahun 2010 dulu... masa tu ada sorang forumer banyak menulis pasal ke angkeran war museum ni.... masa pegi tu tak der orang pun hanya sy & family... kena pulak cuaca mendung... memang suspen jugak... bukan sekadar takut entiti tapi kena hati2 takut ular sbb kawasan sangat lembap |
|
|
|
|
|
|
|
vibe dia mmg seram sejuk je, tapi best la...
aku penah masok sebab main paintball je dlm tu, balek sakit peha...hahaha
naik turun bukit.... |
|
|
|
|
|
|
|
mana skeez.. ni muzium ko pegi dah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kat tiktok ramai ckp war museum ni creepy , ada yg balik tu dmm, ada yg tgh jln2 bau kemenyan. Adoi ada yg first hand experience ke? I Xpernah pergi lagi kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
pernah pegi. dlu ada forumer pernah citer pengalaman dia masuk war muzium ni. seriouly ada kawasan dlm muzium ni blh buat meremang bulu roma. try la klu nk rasa ke angkeran tempat ni. msh terbayang lagi kat mata ni patung pompuan kat bilik tu. seram. wlupun tau itu patung je |
|
|
|
|
|
|
|
betul2. sbb baca citer dia la trs terjoin forum ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang creepy walaupun ramai org. I pergi jumpa 2 grup rombongan *1grup tu dalm 3-4 org). kami jalan jarak2.samapi kat bangunan yg mcm dlm post #1 tu, terasa creepynya. sbb situ la tempat tahanan kena kurung.
rasa aura tak best...mcm ada gema bunyi padahal takde apa pun.
kita akan rasa mcm kita berada di zmn tu. I baca ayat kursi je sepjg jln dlm tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 15-12-2021 10:27 AM
bukan war muzium, tapi dulu aku penah join satu ekspedisi jelajah pulau jerejak. pulau jerejak ni dulu sebenarnye berpenghuni ye, siap ada sekolah lagi tu, ada balai polis, ada hospital kusta. empangan pun ada. aku pegi beramai-ramai jadi takdela seram sangat. trail tu akan melalui beberapa bangunan tinggal, antaranya penjara yang dibina pada 1930. burhanuddin al-helmi penah dipenjarakan kat sini zaman2 sblm merdeka dulu. ni antara barang2 yang kami jumpa dalam penjara tu. sorry la gambar ni aku screenshot dari insta aku je.
FYI, mmg bangunan ni takde orang jaga dah semak samun pun. penjara tu pun gelap je mungkin sbb faktor dalam hutan kot. tapi sebab pegi ramai2 mmg tak rasa seram sangat, tapi kalau pegi tak ramai tu, erm aku rasa seram gak.
pulau jerejak ni pun banyak kubur sbnrnye. guide pun ckp jgn memandai-mandai nak keluar dari laluan karang terpijak kubur. dan kubur tu pun bercampur-campur. ada satu kubur cina ni tepi jalan je, siap ada plak. guide tu cakap kubur tu masih ada waris yang datang melawat, tu dulu kubur seorang nurse cina yang keje kt hospital kusta, bila meninggal dikuburkan kat situ je. dulu pesakit kusta ni memang akan diasingkan tu yang diletak kt pulau jerejak tu.
2 contoh aku letak tu sebenarnya kubur-kubur tu rapat je. kirenye sebelah kiri aku kubur kristian, sebelah kanan tu kubur orang islam. kubur India aku tak jumpe pulak tapi kemungkinan mayat mereka dibakar ikut upacara dan abunya dikembalikan kepada waris. kat sini pun ada memorial tentera rusia jugak. katenye mmg kedutaan rusia yang buat memorial tu dan maintain tiap2 tahun. ni aku gambar google je, tp memorial ni dah lawa dah siap ada tempat duduk lg
sorry ye TT aku hijack thread ko. tapi nak highlight la penang ni mmg tempat yang ramai orang terkorban, antara paksi yang terlibat jugak sejak perang dunia pertama. tapi malangnye, pulau jerejak ni nak dibangunkan, jadi berkemungkinan tempat2 aku cakap ni memang lepas ni akan dirobohkan. skrang ni pun kat situ macam ada kilang dan jeti sikit. yang resort pulau jerejak tu kat area lain, nk naik kene ikut depan queensbay. yang aku ni masuk ikut depan kawasan kilang bayan lepas.
kawan aku yg juga guide utk trip ni kata, diorang ada explore lagi jerejak ni dan jumpa satu logo polis atas tanah yang besar gak la. gambar sat gi aku try mintak. also dikatakan kat jerejak tu ada meriam, tp ni diorg masih lg nak menjejak meriam tu. apa2 hal nnt aku apdet kat sini
Hapdet : bukan logo polis,tapi penjara
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 15-12-2021 09:45 AM
bukan war muzium, tapi dulu aku penah join satu ekspedisi jelajah pulau jerejak. pulau jerejak ni du ...
best nya...dpt first hand experience |
|
|
|
|
|
|
| |
|