CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 6

[Pulau Pinang] Sotong goreng mahal: Pelanggan sudah mohon maaf

[Copy link]
Post time 25-11-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 25-11-2021 10:51 AM

Sotong goreng mahal: Pelanggan sudah mohon maaf

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.



Georgetown: Pengusaha restoran nasi kandar di Lebuh Campbell di sini, sudah menerima permohonan maaf daripada pelanggan yang membeli dua sotong goreng berharga RM100 di restoran berkenaan.



Permohonan maaf itu dihantar pelanggan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, selepas kejadian itu tular di media sosial.



Pengarah restoran, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, berkata, pelanggan wanita itu mendakwa hanya memuat naik gambar resit dan sotong goreng berkenaan di Instagram Story, semalam, tanpa sebarang keterangan.



Namun, pelanggan terbabit mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggung jawab membuat salinan skrin sebelum menularkannya dengan menulis keterangan tidak benar.



"Pelanggan itu memaklumkan gambar berkenaan turut dikongsi menerusi Facebook individu itu dan di tag kepada kira-kira 70 kenalannya sebelum tular.



"Pelanggan itu menghantar pesanan kepada saya bagi beri penjelasan sebenar selain mengaku tahu akan harga hidangan sotong goreng berkenaan.



"Selain itu, pelanggan berkenaan turut meminta saya supaya memuat naik perbualan berkenaan supaya orang ramai mendapat penjelasan sebenar," katanya ketika dihubungi hari ini.



Menurut Riyaaz, berikutan itu pihaknya menerima permohonan maaf daripada pelanggan berkenaan kerana dia tidak berniat bagi menjatuhkan reputasi restorannya.



"Namun, kami sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap individu yang bertindak membuat salinan skrin serta menulis keterangan yang boleh menjejaskan nama restoran ini," katanya.


Disiarkan pada: November 24, 2021 @ 9:46pm


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 11:49 AM | Show all posts
nak tgk jgk muka pelanggan tu yer...mn tau otak dia ade dlm ke luar kepala dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:23 PM | Show all posts
yes ambil je tindakan pd penyebar tu,
yg kau pun satu, perlu ke resit pun nak upload gambar,
ni kalau tak untuk jemput mengumpat berjemaah, mesti untuk riak kau mampu makan sotong berharga 100..
yg tukang screenshot pulak jenis takde life, suka buat content..
ei geramnya aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 02:55 PM | Show all posts
gatal sangat nk upload dah kenapa. kan dah viral.
tak pasal2 mamak tersebut disoal siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi siapa yg salah sebenarnya ni?

org yg viral kan ke

atau tuan empunya resit

atau tuan kedai makan

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:12 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 25-11-2021 03:06 PM
jadi siapa yg salah sebenarnya ni?

org yg viral kan ke

nk salahkan tuan kedai semua pun dah tau mamak jual mahal zaman berzaman.skrg antara pembeli dgn penyebar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2021 04:52 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 25-11-2021 03:12 PM
nk salahkan tuan kedai semua pun dah tau mamak jual mahal zaman berzaman.skrg antara pembeli dgn p ...

dah lah sekarang ni


semua pon kena viral



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046184 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list