View: 3695|Reply: 0
|
Bersendirian didampingi jin, Nenek Kebayan
[Copy link]
|
|
Bersendirian didampingi jin, Nenek Kebayan
Rasanya semua pernah dengar nama nenek kebayan ni. Masa kecik-kecik dulu, mungkin ada yang pernah kena momok-momokkan dengan nenek kebayan.
Nenek kebayan ni selalu digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat tua, belakangnya membongkok dan mempunyai wajah yang kulitnya berkedut.
Tapi nenek kebayan ni sebenarnya manusia ataupun hantu?
Menyendiri di hutan
Dikatakan nenek kebayan ni sebenarnya adalah manusia dan bukannya hantu atau makhluk ghaib.
Nenek kebayan biasanya akan menyendiri dalam kawasan yang jauh di pedalaman terutamanya kawasan hutan. Dia buat macam tu sebab mengamalkan ilmu hitam untuk dapatkan kuasa.
Jadi, bila dah jauh daripada masyarakat, senanglah dia nak buat aktiviti sihirnya.
Suka tolong orang
Katanya zaman dulu, nenek kebayan ni selalu dijadikan sebagai penjaga keselamatan sebahagian keluarga raja dan pembesar. Nenek kebayan juga suka tolong orang dalam masyarakat kampung dan dia juga adalah seorang bidan, bomoh serta pawang.
Dikatakan orang zaman dulu kala suka guna bantuan jin dalam upacara perubatan dan nenek kebayan juga sebegitu. Jadi tak peliklah kalau nenek kebayan ni boleh hidup lama walaupun tinggal bersedirian dalam hutan sebab ada makhluk lain bersama dengannya.
Makan daging mentah
Kalau orang-orang tua dulu suka makan ulam-ulaman untuk kekal awet muda dan remaja, lain pula bagi nenek kebayan yang gemar makan daging mentah dan darah.
Katanya nenek kebayan makan sebegitu sebab terpaksa kongsi makanan dengan makhluk yang mendampinginya.
Zaman pun dah berubah dan makin maju, kepercayaan nenek kebayan ni dah makin pudar dalam masyarakat. Tapi ada yang mengatakan di rantau Nusantara mungkin masih ada nenek kebayan yang tinggal dalam hutan bersama jinnya.
Jadi, ada sesiapa ke yang nak masuk hutan? Kalau nampak tetiba nenek tua, silalah jalan terus, kang tak memasal jadi makanan nenek kebayan.
Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/b ... -jin-nenek-kebayan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|