CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 0

Kenapa mereka menjadi ‘Tuhan’ – Upiak Isil

[Copy link]
Post time 2-12-2021 03:54 PM | Show all posts |Read mode

UPIAK ISIL

Kenapa mereka menjadi ‘Tuhan’ – Upiak Isil

BARANGKALI nama penyanyi dari seberang yang seorang ini, Upiak Isil tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum.

Baik tua, muda mahupun apa sahaja peringkat umur, pasti akan mengenali wanita berumur 30-an itu dek kerana lagu ‘catchy’ yang pernah tular dalam media sosial satu ketika dahulu.

Mudah tetapi berhantu, lagu berjudul Tak Tun Tuang (Aku Belum Mandi) impak yang diraih menerusi dendangan ala kampungnya ternyata masih terngiang-ngiang dan menjadi siulan ramai.

Lantaran Tak Tun Tuang, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, meraih pengaruh besar dalam industri hiburan Malaysia.

Bagaimanapun, kerjaya nyanyian Upiak bukanlah baharu bermula ketika lagu tersebut tular di rantau ini. Dia sebenarnya sudah mula membina tapak dalam bidang muzik sejak lebih dua dekad lalu.

Dia bahkan telah menyanyi sejak di bangku sekolah menengah lagi iaitu sekitar usia 13 tahun.

Kembara perjalanannya juga bukan mudah seperti yang disangka. Pelbagai onak duri, ranjau tak kurang juga sepak terajang yang terpaksa diharungi.

Kejayaannya untuk mengekalkan dan mengukir nama di luar Indonesia juga tidak mudah dan bukan seperti yang disangkakan.

Jemputan menjayakan persembahan menyanyikan lagu tularnya itu pada pentas Gegar Vaganza (GV) tiga tahun lalu juga antara detik permulaan Upiak perlahan-lahan mencipta namanya di Malaysia.


SEHINGGA kini, Upiak masih tidak percaya dirinya terpilih untuk berentap bersama 13 barisan penyanyi hebat lain dalam GV8.

Takdir, rezeki

Selang tiga tahun, mungkin sudah ditakdirkan rezeki buatnya, Upiak kembali ke pentas ‘persaingan’ GV musim kelapan tahun ini sebagai sebahagian peserta bertanding.

“Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah menyangka diberi peluang sebegini besar untuk bertanding di pentas mega ini.

“Sudah memasuki minggu kedua persaingan, jujurnya saya sikit kurang berpuas hati dengan persembahan sendiri lebih-lebih lagi semasa konsert pembukaan.

“Itu semua disebabkan perasaan gemuruh yang melanda.

“Saya juga akui hilang tumpuan pada malam konsert pengenalan itu kerana sudah lama tidak buat persembahan pentas,” katanya kepada HibGlam usai persembahan baru-baru ini.

Ujar Upiak lagi, dia akan cuba melakukan yang terbaik pada setiap minggu, sekali gus membawa harapan peminat yang mahu melihatnya mara ke pentas akhir.

“Jujur saya amat suka dan cintakan Malaysia dan seronok datang ke sini. Peminat pun sambut kehadiran saya dengan baik. Saya masuk GV8 pun kerana niat nak cari pengalaman.

“Saya boleh menyanyi semua jenis lagu jika diberikan peluang, tetapi kalau boleh janganlah lagu dalam bahasa Inggeris,” katanya seraya tertawa.


HIDUP menjanda, Upiak bagaimanapun mampu berbangga dengan pencapaiannya hingga ke tahap ini.

Konflik keluarga

Meneruskan perkongsian, Upiak yang pernah menghasilkan 19 album lagu-lagu berunsur Pop Minang tanpa berselindung mendedahkan, dia langsung tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai penyertaan dalam GV8.

Akui Upiak yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia itu, dia tiada niat untuk menyorokkan perkara tersebut daripada keluarga, namun lebih selesa membawa haluan sendiri.

“Saya sebenarnya sudah dua bulan tidak bercakap dengan keluarga. Boleh dikatakan kami ada sedikit konflik.

“Saya seorang yang suka berfikir dan tiada apa-apa masalah pun dengan mereka kerana lebih selesa berdiam.

“Kalau saya nak tenang memang kena asingkan diri dan suka buat macam itu. Baru boleh fokus untuk menyiapkan lagu.

“Apa pun, keluarga pasti selalu doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Tegas Upiak, walaupun memilih cara sedemikian dan gemar bergerak sendiri, hubungannya dengan adik beradik dan ibunya masih baik seperti biasa. Tanggungjawabnya sebagai anak dan membantu menyara keluarga tetap berterusan.


MENGAMBIl pendekatan dingin dengan keluarga, Upiak mengakui memang terdapat sedikit konflik antara mereka, namun hubungan silaturahim tidak pernah putus.

Kecewa

Sudah namanya selebriti, pasti tidak lari daripada sebarang kecaman, kritikan dan kutukan waima tidak melakukan kesalahan.

Begitu juga dengan Upiak. Sejak namanya popular di Malaysia, dia tidak dapat lari daripada sebarang komen negatif yang dilemparkan netizen.

Jujurnya, Upiak sedikit kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang amat keterlaluan menghina dan mencercanya dalam media sosial.

“Kenapa ada mereka yang sanggup komen orang sebegitu, umpama ingin menjadi Tuhan dalam hidup saya. Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang aturkan.

“Dalam hal ini, saya memang ambil pendekatan untuk tidak mahu baca sebarang komen dalam Instagram atau mana-mana media sosial.

“Saya jenis orang yang banyak berfikir dan berhati tisu.

“Saya mudah berasa sedih apatah lagi hinaan dan komen-komen negatif yang sentiasa mahu menjatuhkan karier seni saya,” ujarnya sekali gus menamatkan butiran kata.


SEPANJANG pandemik, Upiak bersyukur kerana masih boleh meraih pendapatan menerusi penulisan lirik lagu yang dihantar secara bulanan kepada syarikat rakaman MVM Music Malaysia.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... i-tuhan-upiak-isil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.316919 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list