|
Doja Cat
Los Angeles: Penyanyi Doja Cat, 26, disahkan positif Covid-19 selepas beberapa anggota pasukan produksinya dijangkiti wabak itu baru-baru ini.
Doja atau nama sebenarnya Amala Ratna Zandile Dlamini berkata, dia terpaksa membatalkan persembahan kerana harus fokus untuk memulihkan kesihatannya semula.
"Seperti yang mungkin anda semua dengar sebelum ini, beberapa anggota pasukan produksi saya disahkan positif Covid-19. Saya terpaksa membatalkan beberapa persembahan akan datang sebagai langkah keselamatan.
"Malangnya, dengan rasa sedih saya ingin berkongsi bahawa saya disahkan positif juga dan tidak akan dapat beraksi pada persembahan seterusnya untuk iHeartRadio Jingle Ball Tour," katanya.
Penyanyi lagu Woman itu mengakui sangat terkilan apabila tidak dapat bertemu peminatnya buat sementara waktu namun keadaannya ketika ini baik-baik saja.
"Meskipun semangat saya agak jatuh kerana tidak dapat meraikan musim cuti bersama peminat di Philly, DC, Atlanta, dan Miami, saya berada dalam keadaan okay dan tak sabar untuk sembuh serta kembali keluar secepat mungkin.
"Baki siri jelajah dihentikan sebenarnya menampilkan ramai nama hebat, saya harap dapat bersama mereka," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|