CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 1

Bintang ‘Parasite’ Park So Dam umum hidap kanser tiroid

[Copy link]
Post time 14-12-2021 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Park So Dam jalani pembedahan selepas disahkan hidap kanser tiroid.

BINTANG filem Parasite iaitu Park So Dam berkongsi berita duka memaklumkan dia disahkan menghidap kanser tiroid.

Menurut laporan Soompi, Park So Dam didiagnos menghidap penyakit itu selepas melakukan rutin pemeriksaan fizikal.

Pelakon berusia 30 tahun ini juga sudah menjalani pembedahan seperti dinasihatkan oleh doktor.

Dalam pada itu, agensi pengurusan iaitu Artist Company memaklumkan Park So Dam akan berehat buat sementara waktu dan tidak dapat menyertai promosi filem terbaharu berjudul Special Cargo.

"Park So Dam memohon maaf kerana tidak dapat bersama peminat yang menanti premier filem terbaharu... dia tidak dapat menyertai promosi itu tetapi tetap akan memberikan sokongan.

"Park So Dam perlu fokus pada pemulihan sehingga benar-benar sihat dan kami akan melakukan yang terbaik agar dia cepat sembuh. Terima kasih," kata wakil agensi.

Sementara itu, menerusi laman sosial rata-rata peminat terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan semoga Park So Dam bebas daripada kanser secepat mungkin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 09:42 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.141314 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list