View: 1856|Reply: 1
|
Lelaki serah beg berisi kepala manusia
[Copy link]
|
|
Paris: Polis Perancis menahan seorang lelaki yang datang menyerah diri di sebuah balai di pantai Mediterranean dekat selatan negara itu, selepas dia membawa beg berisi kepala individu yang dipenggal dan alat sulit.
"Seorang individu menyerah diri kepada polis di Frejus selepas memotong kepala dan alat sulit lelaki lain," kata polis di wilayah selatan Provence Alpes Cote d'Azur, mengesahkan laporan yang pertama kali diterbitkan dalam akhbar Var-Matin.
Polis dari bandar pelabuhan berdekatan Toulon yang mengetuai siasatan memberitahu AFP bahawa lelaki berusia 38 tahun itu sudah menyerah diri kepada polis pagi ini di Frejus, sebuah bandar Mediterranean yang terletak di antara pusat peranginan mewah St Tropez dan Cannes.
"Dia menunjukkan kepala manusia dan segera dibawa ke ibu pejabat polis sebelum ditahan," kata seorang pegawai polis, yang enggan namanya didedahkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seram betol dgn manusia ginihh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|