Edited by boca120879 at 21-7-2022 05:41 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Al Yaman, diceritakan oleh Syu'aib, diceritakan oleh Abu Az Zanad, diceritakan oleh Al A'raj, diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada Allah.
Dan barangsiapa yang berbuat dosa kepadaku, bererti dia telah berbuat dosa kepada Allah.
Dan barangsiapa yang taat kepada pemimpin, bererti dia telah taat kepadaku.
Dan barangsiapa yang berbuat dosa kepada pemimpin, bererti dia telah berbuat dosa kepadaku.
Dan sesungguhnya imam (pemimpin) adalah umpama benteng, di mana orang-orang akan berperang, mengikutinya dan berlindung dengannya.
Maka jika dia memerintah dengan berlandaskan taqwa kepada Allah dan keadilan, maka dia akan mendapat pahala.
Namun jika dia berkata (berbuat) sebaliknya, maka dia akan menanggung dosa."
(Hadith Bukhari no. 2737)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|