CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lapan kluster pendidikan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Lapan kluster pendidikan di Pulau Pinang

Januari 30, 2022 @ 6:54pm



Ada 14 kluster COVID-19 masih aktif di Pulau Pinang. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI



GEORGETOWN: Lapan kluster pendidikan membabitkan kes COVID-19 direkodkan masih aktif di Pulau Pinang, sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin, berkata kluster pendidikan yang direkodkan itu membabitkan pelbagai institusi pendidikan iaitu sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya serta empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah.

Katanya, dua lagi membabitkan institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, kebanyakan pelajar yang dijangkiti COVID-19 ini sudah menerima suntikan vaksin serta pesakit Kategori Satu dan Dua.

"Sehingga semalam, tiada kluster baharu direkodkan di Pulau Pinang dengan 14 kluster masih aktif membabitkan lapan kluster pendidikan, tiga kluster sektor perkilangan, dua kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan," katanya. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.344164 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list