CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warna burung merpati penderaan terhadap haiwan

[Copy link]
Post time 2-2-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Seorang peniaga di Tumpat, Kelantan telah mewarnakan bulu burung merpati untuk melariskan jualan.

GEORGETOWN- Tindakan peniaga mewarnakan burung merpati yang digelar sebagai 'merpati pelangi' dilihat sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata, tindakan peniaga di Tumpat, Kelantan itu juga disifatkan sebagai satu bentuk penderaan terhadap haiwan.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengelak ia menjadi ikutan.

"SAM amat tidak menyangka peniaga sanggup berbuat demikian ke atas burung merpati. Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mengambil tindakan terhadap peniaga itu segera.

"Kita membantah tindakan ini kerana ia merupakan keganasan terhadap haiwan. Ini disebabkan, merpati secara semula jadi mempunyai pigmen di seluruh badan mereka.

"Pemilik perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keperluan haiwan mereka mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Meenakshi lagi, meletakkan cat sintetik pada bulu burung merpati akan menjejaskan persekitaran semula jadi kepada haiwan berkenaan.

"Merpati yang dicat tidak berpeluang untuk menyertai merpati lain secara bebas kerana tindakan menyapu pewarna kimia pada bulunya itu akan mengganggu keadaan semula jadi haiwan berkenaan.


"Tindakan segera perlu diambil agar perbuatan ini tidak berterusan. Merpati adalah haiwan yang perlu hidup bebas dalam keadaan persekitaran semula jadi tanpa sebarang gangguan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga burung merpati dan ayam serama di Kampung Kepulau di Tumpat mengambil inisiatif menyembur cat di badan burung terbabit yang kemudian digelar merpati pelangi untuk melariskan jualan.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi memandangkan ramai yang menganggap ia sebagai satu bentuk kezaliman terhadap haiwan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aan-terhadap-haiwan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.472952 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list