CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dua lagi kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 3-2-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Dua lagi kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang

Februari 3, 2022 @ 11:50am



Foto hiasan


BUKIT MERTAJAM: Dua lagi kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang semalam, menjadikan keseluruhan kluster membabitkan pelajar institusi pendidikan dijangkiti COVID-19 yang masih aktif di negeri itu sebanyak 10 ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin, berkata dua kluster baharu itu ialah kluster Jalan Pekan Darat membabitkan pelajar asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya dan kluster Jalan Damai Bukit Mertajam membabitkan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.

"Kluster Jalan Damai Bukit Mertajam mencatatkan 24 kes positif COVID-19 semalam manakala kluster Jalan Pekan Darat pula sembilan kes. Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil beberapa langkah segera bagi membendung penularan wabak itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 15 kluster aktif dilaporkan di Pulau Pinang iaitu 10 membabitkan kluster pendidikan manakala sektor perkilangan dan tempat kerja masing-masing dua kluster serta satu kluster pusat tahanan.

Selain itu, katanya 433 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Pulau Pinang adalah 168,583 kes.

Media sebelum ini melaporkan lapan kluster pendidikan dilaporkan di Pulau Pinang iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya dan empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah, manakala dua lagi ialah institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung. – BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 02:40 PM | Show all posts
tu dia... apa maksudnya tuhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.205949 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list