CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang harap pindaan dua RUU dimuktamad sebelum PRU15

[Copy link]
Post time 4-2-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang harap pindaan dua RUU dimuktamad sebelum PRU15
| | 04 Februari 2022


Chow Kon Yeow


GEORGE TOWN - Pulau Pinang berharap kerajaan Pusat memuktamad pindaan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dan Rang Undang-Undang Had Jawatan Perdana Menteri Dua Penggal sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu perlu diambil bagi menjamin kestabilan politik dalam negara.


"Dua perkara ini mesti dibentang dalam sidang parlimen akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas Majlis Agihan Peket Makanan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.


Perkara itu telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 Sept 2021.


Mengulas lanjut, Chow berkata, Pulau Pinang tidak memerlukan pilihan raya negeri kerana kerajaan negeri itu telah dibentuk daripada Dewan Undangan Negeri yang kukuh melalui Pilihan Raya Umum ke-14.


Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan ke atas pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada minggu depan.


Katanya, pihak berkuasa tempatan diarah meneliti perjanjian yang ditandatangani bagi melihat tahap pematuhan dalam pengurusan tapak pelupusan sebelum kerajaan negeri membuat pembentangan cadangan tindakan bakal dikenakan selepas meneliti batasan undang-undang. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tamad-sebelum-PRU15
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.095391 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list