CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Pulau Pinang] 34 kesan tikaman pada badan wanita dibunuh suami

[Copy link]
Post time 5-2-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode
34 kesan tikaman pada badan wanita dibunuh suami
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 05 Februari 2022


Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman disyaki ditikam suaminya yang dijumpai sudah tidak bernyawa di kawasan flat kediaman mereka di Paya Trubong pada Jumaat. - Foto Bernama, gambar kecil: Saravanan


GEORGETOWN - Polis mengesahkan terdapat 34 kesan tikaman pada badan wanita yang disyaki dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Solok Paya Terubong di sini pada Jumaat.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, perkara itu disahkan hasil daripada bedah siasat yang dilakukan Hospital Pulau Pinang di sini pada Sabtu.


"Daripada laporan bedah siasat yang diterima terdapat 34 tikaman di badan si mati," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Sabtu.


Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah flat selepas dia disyaki membunuh isterinya dalam kejadian di Solok Paya Terubong di sini.


Saravanan sebelum ini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.38 pagi selepas polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki berusia 54 tahun di kawasan koridor pangsapuri berkenaan.


Menurutnya, penemuan mayat isterinya hanya disedari kira-kira jam 12 tengah hari selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan pintu rumah anaknya terkunci dari dalam.


"Selepas membuka pintu dengan kunci pendua, wanita itu menemui anaknya dalam keadaan terbaring berlumuran darah atas tilam dalam salah satu bilik.


"Pemeriksaan yang dilakukan oleh forensik mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher dan paha wanita berusia 46 tahun berkenaan" katanya.


Saravanan berkata, hasil siasatan polis mendapati wanita itu merupakan isteri kepada lelaki yang ditemui mati di kawasan koridor flat terbabit pada sebelah pagi.


Katanya, pasangan itu yang bekerja kilang di Bayan Lepas dipercayai berselisih faham sebelum wanita tersebut disyaki ditikam oleh suaminya sebelum lelaki itu nekad terjun daripada flat berkenaan.


Tambah beliau, siasatan di rumah terbabit tidak menemui sebarang unsur pecah rumah dan polis berjaya menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anita-dibunuh-suami
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038518 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list