View: 408|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
'Semoga ada keajaiban buat Aqil Fayyadh'
[Copy link]
|
|
GEORGETOWN: "Memang hancur luluh hati ini bila doktor beritahu rawatan bagi penyakit kanser anak saya sejak dua tahun lalu gagal dan tidak dapat diubati.
"Biarpun doktor menjangka hayatnya berbaki enam hingga 12 bulan, kami tidak mahu menyerah dan berharap semoga ada keajaiban buat anak saya," kata Nor Suziana Azmi, 38.
Nor Suziana berkata, anak ketiganya, Aqil Fayyadh Aswadi, 5, disahkan mengidap kanser 'Left Adrenal Neuroblastoma' yang menyerang buah pinggang, kepala, mata dan kini tulang belakangnya.
Anaknya itu dikesan mengidap penyakit berkenaan pada pertengahan 2020 selepas kerap mengalami demam, kepala semakin membesar, manakala matanya tersembul daripada kelopak.
"Itulah gejala ketara penyakitnya namun kami akur apabila doktor mengesahkan rawatannya gagal selepas melakukan pelbagai pembedahan dan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Aqil Fayyadh seorang anak yang aktif menyebabkan orang ramai tidak menganggap dia sebagai pesakit kanser, namun kami tetap berhati-hati memantau perkembangannya," kata Nor Suziana yang tinggal di Jalan Abi Tok Hashim, Kangar.
Menurutnya, dia dan suami, Aswadi Azmi, 49, yang juga seorang pesawah sudah memenuhi beberapa permintaan Aqil Fayyadh termasuk keinginan mahu bersiar-siar dengan menaiki bas.
"Kini dia kerap mengajak keluarga bercuti di taman tema dan kami hanya membawanya ke lokasi yang terdekat," katanya.
Nor Suziana dan Aqil Fayyad ditemui dalam majlis anjuran Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) di Taman Jajar, Jalan York di sini.
Majlis yang diceriakan dengan pelbagai aktiviti itu dianjur sempena Hari Kanser Sedunia bagi meraikan kanak-kanak pengidap kanser yang baru selesai menjalani rawatan intensif.
Ia dihadiri seramai 40 kanak-kanak pengidap kanser dan yang sudah sembuh berusia antara tiga hingga 20 tahun dari sekitar Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/Nini_sendphoto_1644205040_fayaad_1644215076.jpg)
Nor Suziana Azmi (kiri) bersama anaknya, Aqil Fayyadh Aswadi (kanan), lima tahun, yang mengidap kanser 'Left Adrenal Neuroblastoma' peringkat akhir ketika ditemui di Taman Jajar, Jalan York, Georgetown. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|