|
Lata Mangeshkar
Pemergian penyanyi bersuara emas, Lata Mangeshkar, 92, Ahad lalu adalah satu kehilangan besar buat industri muzik di India.
Pemergiannya akibat Covid-19 pada usia 92 tahun itu amat dirasai rakan selebriti, pemimpin negara dan peminat di seluruh dunia yang membesar dengan suara nyanyiannya sepanjang hidup mereka.
Apa yang paling menarik perhatian ialah kisah peribadi Lata yang diketahui umum dia tidak pernah berkahwin.
Menurut laporan media, Lata pernah melalui perjalanan cinta menyakitkan dengan seorang bangsawan India bernama Raj Singh.
Bermula sebagai sahabat baik, mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, impian mereka tidak kesampaian kerana perbezaan kasta.
Menurut sumber, bapa Raj menentang hubungan mereka kerana Lata hanyalah seorang penyanyi.
Walaupun kecewa dengan keputusan bapanya, Raj terpaksa akur melepaskan cinta hatinya itu.
Kesedihan itu dirasai Lata dan dia reda hubungan mereka tidak berakhir seperti diharapkan.
Raj meninggal dunia pada 12 September 2009 pada usia 73 tahun kerana Alzheimer.
Lata Mangeshkar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Breach Candy, Mumbai, akibat Covid-19, Ahad lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|