CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 5

Rihanna pun ada jerawat belakang badan

[Copy link]
Post time 13-2-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode

RIHANNA kini hamil anak sulung hasil perkongsian hidup dengan rapper, A$AP Rocky.

Rihanna pun ada jerawat belakang badan

KINI sarat hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan rapper A$AP Rocky, penyanyi ternama global Rihanna membuktikan tidak setiap inci tubuhnya sempurna serba-serbi.

Hadir bersama Rocky dalam satu acara jenama fesyen miliknya, Fenty Beauty dan Fenty Skin di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty mula menampakkan perubahan saiz badan seorang ibu mengandung.

Biarpun perut semakin memboyot, pelantun lagu Diamond itu tetap tampil menawan dan tidak pernah gagal membuat ramai terpegun dengan gaya fesyen eksentriknya.

Tidak malu menayang cela di badannya, Rihanna, 34, turut dipuji kerana jujur dengan diri sendiri apabila jerawat di belakang badannya menjadi perbualan ramai peminat dalam Twitter.

“Jerawat di belakang badan Rihanna sangat menakjubkan kerana membuktikan bahawa dia juga seorang manusia.

“Yay, akhirnya saya ada sesuatu perkara yang sama dengan Rihanna.

“Saya sebelum ini berasa sangat malu dan risau dengan masalah jerawat belakang badan tetapi melihat Rihanna juga ada masalah sama membuatkan saya berasa lebih baik. Rihanna sangat-sangat cantik.”

Demikian antara ciapan yang ditinggalkan peminat tentang cela atau ketidaksempurnaan pada tubuh diva pop dunia itu iaitu jerawat di belakang badan.


RIHANNA (kanan) dan kekasih, A$AP Rocky tidak sabar bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Kini menanti cahaya mata sulung, Rihanna juga menunjukkan perubahan fizikal lain iaitu badan ramping yang dahulunya menjadi idaman ramai kian bertemu ‘realiti’ selari dengan fasa menjadi seorang ibu.

Terdahulu sekitar awal Februari, tidak lagi menjadi rahsia apabila Rihanna mengesahkan dirinya sudah hamil anak pertama dan bapa kepada anak itu adalah Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers, 33.

Waktu itu, buat pertama kalinya, Rihanna berkongsi kepada umum fizikal dirinya yang kini memboyot sedang hamil walaupun membisu seribu bahasa. Penampilan terbaharu bersama ‘baby bump’ dirakamkan di Bandaraya New York. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... wat-belakang-badan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Buruk nya ko pakai baju cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 08:39 AM | Show all posts
while ramai org dok ckp pregnant Rih is fashiuunn... i tetap nampak perut dia mcm thor gumuk pakai seksi..

huduh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu pulak tengok dok tayang perut gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 02:06 PM | Show all posts
Rihanna ni ada minda yang indah. Jadi pengasas fenty pon boleh siapkan range foundation yang besar untuk semua org. tjk body yang boyak selamba je. i like her. Motivation quote die pon meyakinkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 14-2-2022 02:06 PM
Rihanna ni ada minda yang indah. Jadi pengasas fenty pon boleh siapkan range foundation yang besar u ...

I like her. Kalau tgk interview dia pun nampak dia ni high confidence and suka tgk dia jawab apa yg dia nak jawab tanpa selindung selindung dhgn reporter. And dia sgt bangga dgn country dia Barbados.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060627 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list