CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

Tontonan sesuai pasangan kekasih - Jennifer Lopez

[Copy link]
Post time 22-2-2022 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Tontonan sesuai pasangan kekasih


ANTARA babak dalam filem berkenaan.
'Sweet!'.

Itu satu perkataan yang dapat saya gunakan untuk menggambarkan filem terbaharu lakonan Jennifer Lopez yang berganding dengan Owen Wilson, berjudul Marry Me.

Pada awalnya, saya menjangkakan bahawa ini adalah filem romantik komedi memandangkan adanya watak yang dipegang oleh Wilson. Namun, itu bukanlah komedi yang keterlaluan seperti yang saya jangkakan.

Secara ringkasnya, Marry Me mengisahkan penyanyi terkenal bernama Kat Valdez lakonan Jennifer yang bakal berkahwin dengan pasangannya yang juga penyanyi terkenal, Bastian.

Namun, tatkala ingin melafazkan janji perkahwinan mereka di acara konsert, Kat diduga apabila video kecurangan Bastian tersebar meluas.

Dalam keadaan penuh beremosi, dia tampil di pentas konsert dan memilih lelaki yang memegang tulisan Marry Me iaitu Charlie Gilbert lakonan Wilson.

Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan tindakan Kat itu membuatkan ramai peminatnya tertanya-tanya sama ada ia adalah satu keputusan yang tepat atau sekadar gimik.


Dari seorang guru, Charlie terpaksa mengadaptasikan kehidupannya kepada seorang individu yang semakin dikenali.

Walaupun pada awalnya, hubungan itu sekadar sebatas perjanjian, lama kelamaan, bibit-bibit cinta mula timbul dan mekar antara mereka berdua.

Dari situ, bermulalah satu lagi episod penuh emosi antara Kat dan Charlie iaitu bagaimana mereka berdua cuba meniti cara hidup masing-masing yang nyata sangat bertentangan antara satu sama lain.

Sejujurnya, ia bukanlah satu filem terbaik. Kalau di kaca TV, saya menganggap ia umpama satu naskhah yang sesuai ditayangkan di saluran seperti Hallmark.

Namun begitu, memandangkan ia bertemakan cinta dan sesuai dengan detik di mana 'mood' Hari Valentine masih lagi dirasakan, saya fikir ia begitu sesuai sekali bagi pasangan bercinta.


'Follow the flow' saja saat anda berada di kerusi pawagam kerana Marry Me tidak akan membuatkan anda terlalu banyak berfikir mengenai apa dan apa yang bakal berlaku dalam babak selanjutnya.

Saya juga yakin, ramai akan berfikiran seperti saya dan menganggap setiap perkembangan babak dalam Marry Me adalah perkembangan yang 'klise' dan sudah boleh diagak.

Lakonan Jennifer juga bukanlah yang terbaik pada pendapat saya memandangkan kita sering melihat lakonannya dalam filem-filem lain antaranya Maid in Manhattan dan filem 'nakal' seperti Hustlers adalah lebih baik.

Namun, yang membuatkan saya gembira adalah pemilihan lagu-lagu nyanyian watak Kat dan Bastian dalam filem ini boleh diberikan pujian.

Di Malaysia, Marry Me ditayangkan di pawagam bermula 10 Februari lalu.

FILEM: Marry Me

PENGARAH: Kat Coiro

PENULIS SKRIP: John Rogers, Tami Sagher, Harper Dill

PELAKON: Jennifer Lopez, Owen Wilson, Maluma, John Bradley, Sarah Silverman

TERBITAN: Noyurican Productions, Perfect World Pictures, Kung Fu Monkey Productions, Belle Hope Productions

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ai-pasangan-kekasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.341463 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list