|
Krisdayanti kini bergelar nenek
Krisdayanti memangku cucu pertamanya meluahkan rasa syukur dengan kelahiran Baby A, pagi ini. - Foto IG Krisdayanti
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menimang cucu pertama apabila anak perempuannya, Aurel Hermansyah melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di Rumah Sakit Bunda, Jakarta, hari ini.
Berkongsi berita gembira dalam Instagram (IG), penyanyi lagu Menghitung Hari menyiar semula video dimuat naik menantunya, Atta Halilintar yang memaparkan gambar jari jemari comel cucu sulung yang dipanggil Baby A itu sedang menggenggam tangannya.
"22-2-22 Malaikat hidupku. Selamat anak-anakku, #attaaurel," tulis Atta ringkas.
Menerusi hantaran dalam IG, Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD meluahkan rasa syukur kelahiran cucu sulungnya itu.
"Alhamdulillah, lahir cucu kesayangan kami, cahaya sempurna kami bagi keluarga.
"Selamat kepada yang saya cintai iaitu suamiku, anakanda, Atta dan Aurel, yang saya hormati bapa dan ibu Halilintar, bapa dan ibu Anang Hermansyah, Ashanty dan seluruh keluarga yang berbahagia," luahnya.
Krisdayanti bersama Azriel, Anang dan Ashanty gembira menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka. - Foto IG Krisdayanti
Kapsyen itu mengiringi beberapa keping foto yang menyaksikan KD memangku cucunya itu.
Terdahulu, menerusi hantaran yang dimuat naik, penyanyi jelita ini sempat menziarah Aurel yang juga anak pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah di hospital, beberapa jam sebelum pembedahan dilakukan.
Turut sama, anak lelakinya, Azriel Hermansyah, bekas suami, Anang dan isterinya yang juga penyanyi, Ashanty.
Pada Ogos tahun lalu, Aurel yang mengalami keguguran mengumumkan hamil tiga bulan menerusi perkongsian dalam IG.
Aurel dan Atta yang juga seorang YouTuber mendirikan rumah tangga pada April 2021.
https://www.bharian.com.my/hibur ... kini-bergelar-nenek
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|