|
JENNIFER Lawrence
Los Angeles: Pelakon Jennifer Lawrence, 32, dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya hasil perkahwinan dengan suami, Cooke Maroney, 37.
Menurut portal hiburan TMZ, pemenang Anugerah Academy itu melahirkan bayinya di sini, namun butiran jantina serta tarikh sebenar kelahiran tidak didedahkan.
Berita kehamilan pelakon filem The Hunger Games terbabit mula tercetus pada September tahun lalu selepas dilihat keluar dengan perut sudah membesar.
Sejurus itu, wakil pengurusan Lawrence tampil mengesahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata sulungnya.
Sumber terdekatnya mendedahkan pelakon itu sudah lama berhajat membina keluarga. Akhirnya dia bertemu Maroney sebagai jodoh terbaiknya.
Pasangan terbabit berkahwin pada 19 Oktober 2019 di Rhode Islands dalam majlis yang cukup intim yag hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Hanya sekitar 150 tetamu diundang dan antara yang hadir ialah Adele, Cameron Diaz, Emma Stone, Amy Schumer, Ashley Olsen dan Kris Jenner.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|