CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6486|Reply: 18

Bolehkah perempuan uzur (haid) 'mengejar' malam lailatulqadar?

[Copy link]
Post time 2-9-2010 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Salam..
Bolehkah perempuan yg sedang uzur dan ditegah membaca quran dan ibadah2 tertentu utk berusaha mencari mlm lailatulqadar?jika ingin bgn di tengah mlm apa yang sebaiknya perempuan yg sedang uzur lakukan kerana tidak boleh membaca quran dan bersembahyang?boleh tlg kongsi pengetahuan? terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 06:40 PM | Show all posts
Salam Shima..


Tidak ada larangan nas/hadis sahih wanita haid tidak boleh melakukan ibadah selain solat n pose. Teruskan mengejar malam lailatul qadar dengan  zikrullah or bacaan quran, mathurat... etc
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 07:31 AM | Show all posts
betul kata bintang tu,boleh berzikir,cuma tak leh bersolat jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2010 08:07 AM | Show all posts
tq.....tapi hanya  berzikir sahajalah kan? tapi kalau bc al-quran masih ditegah kan?sesiapa yg sedang uzur boleh share apa amalan yang anda buat semasa di bulan puasa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 08:20 AM | Show all posts
boleh membaca,mengkaji,mendalami terjemahan dan tafsir al-Quran..

saya bagi tau je,sy sendiri kadang2 tak terbuat pun..,kalau buat pun tidak hari2
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 09:01 AM | Show all posts
hari tu pernah terbaca kalau nak mengelak period time bulan puasa nih byk2 baca ayat alamak dah lupa daaa... nnti sy cari balik!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2010 09:20 AM | Show all posts
1. setiap waktu solat - banyakkan berzikir, bertahmid, tasbih dak takbir dan zikir2 lain yg masyur (boleh rujuk zikir Rasulallah SAW pagi dan petang) - atau google jer..

2. bangun 3pagi dan berzikir - banyakkan Laillahahillallah dan tasbih - subhanallah, alhamdullilah, wala..............allah akbar

3. baca tafsir alquran

juga melakukan kerja2 rumah - seperti memasak utk org sahur/berbuka - mengemas rumah, bersedekah - dgn niat mencari keredhaan Allah pun adalah satu ibadah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 09:27 AM | Show all posts
semalam SEMANIS KURMA - mengucap tentang mengejar Lailaturqadar -

tentang 1st 10days, 2nd 10days and 3rd 10 days(10 malam terakhir)

just nak share - bagaimana nak tahu kita dapat lailatulqadar - ianya datang tak kira kita sedang buat apa - samada tidur, bangun, masak, mengejutkan anak atau sedang beribadah -

bila ianya datang menghampiri - akan terasa dingin satu badan, hati kita rasa bersih, dan perasaan kita akan hiba dan sayu - adakalanya sampai boleh rasa nak menangis - so, bila dtg - ada doa yg dianjurkan seperti yg saya copy dan paste dibawah ini..

Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)

(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

saya cuba besarkan saiz tapi takberjaya - maybe boleh copy and paste dekat word dan besarkan disana.


Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

.. dah ada yg dapat??? -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 10:03 AM | Show all posts
Bacaan dalam ejaan ruminya berbunyi

(( اللَّهُمَّ        إِنَّكَ       عَفُوٌّ،        تُحِبُّ           الْعَفْوَ         فَاعْفُ     عَنِّى ))
Allaahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul-'Afwa Fa'affoo 'annee."
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 03:12 PM | Show all posts
Reply 9# hazel23

trm ksh for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 07:24 AM | Show all posts
salam semua sdri2,

sy ada satu soalan untok sdri2 semua.

semasa sdri2 dibanggunkan diakhirat nanti untok diperhitungkan amal ibadat.
dan tuhan bertanya sdri2 semua...

kenapa sembahyang dan puasa sdri2 semua x pernah cukup.

apa sdri2 nak jawab kat tuhan agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 08:33 AM | Show all posts
Reply 11# ramsys


    boleh ker kita jawab... sebab rasanya terus terima pembalasan jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 10:09 AM | Show all posts
mungkinkah mlm td mlm lailatul qadar? kat tmpt sy up til now 10 am cuaca masih redup bukn nk hujan, matahari malu nk kuar
ask my fren in k Trengganu pun cuaca redup lg, well insyaallah
namun teruskn amalan utk mlm2 terakhir ini.
alhamdulillah msjid Kami adakn qiam di mlm2 terakhir ni smpi 530am.
alhamdulillah x ngantuk

utk wanita yg haid byk sgt amalan yg anda blh lakukan, jgn sia2kan masa yg sedikit ni

alhamdulillah cuti sek dh mula
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 10:22 AM | Show all posts
Reply 11# ramsys


    x faham sgt soalan ni? solat x cukup sbb uzur or sengaja tinggl? time uzur solat x perlu ganti
tp posa wajib diganti time uzur? x cukup kat mana lg?

infact pahala puasa kita blh dpt lbh Dari puasa sebuln dgn Cara menjamu org berbuka, kita akn dpt pahala org yg kita beri mkn utk berbuka td sama byk dgn pahala org tu sendiri insyaallah

sbb tu kat rmh sy bila edarkn Surat nk sponsor majlis berbuka or moreh sy cpt2 booking date utk berbuka, org yg x tau amb moreh mayb sbb cost bli mknn tu less than utk berbuka, x perlu siapkan 3 course meal plus kuih kuih, tapi pahalanya mrk x nmpk. sy tgk yg moreh penuh dah berbuka stil kosong, waktu awal Ramadhan dulu la now penuh semua dh.

boleh juga masak Dan hntr ke rmh2 ank yatim or sek tahfiz. masaklah apa yg termampu kuih ke kurma saje ke, asalkn ikhlas mencari keredhaan ilahi, bab pahala ni urusan Allah jua. blh juga hntr kuih ke rumah jiran2 sblm berbuka

wallahulam
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:20 PM | Show all posts
salam,

boleh ker kita jawab... sebab rasanya terus terima pembalasan jer..

Tuhan tu maha adil. ada dosa yg anggota badan kita yg jawab dan ada dosa kita yg kena jawab.

x faham sgt soalan ni? solat x cukup sbb uzur or sengaja tinggl?

yg tinggal tu dah gerenti kena punya.
yg kata uzur ni, adakah ianya benar2 dikecualikan  dari sembahyang dan puasa???
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:33 PM | Show all posts
harap anda semua berhati2,ada yg beraliran anti hadis cuba menyebarkan fahaman mereka,salah satunya mewajibkan solat ketika perempuan uzur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 01:46 PM | Show all posts
malam semalam at my place  tenang jer tau..pagi tadi redup je jugak hmmmay be ....hmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:50 PM | Show all posts
tempat sy kul 3,4 pagi hujan lebat sangat,pagi tadi cuaca redup jer,matahari pun lambat keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 04:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by fedorae at 4-9-2010 16:23
Salam..

Bolehkah perempuan yg sedang uzur dan ditegah membaca quran dan ibadah2tertentu utk berusaha mencari mlm lailatulqadar?jika ingin bgn ditengah mlm apa yang sebaiknya perempuan yg sedang uzur lakukan keranatidak boleh membaca quran dan bersembahyang?boleh tlg kongsipengetahuan? terima kasih..
shima85 Post at 2-9-2010 18:07


Banyak perkara yg saudari boleh buat sebenarnya...

Allah Maha Adil, Lailatul Qadr ini bukan hanya untuk mereka yang tidak ada haidh seperti
golongan lelaki dan wanita yang tidak 'datang bulan' sahaja. Golongan 'uzur' juga boleh berbuat demikian.


Antara tuntutan yg sering diketengahkan bila datangnya Malam Berkat tersebut, adalah dengan banyak berzikir.
Aisyah RH bila bertanya kepada baginda rasul, apa yg patut dibuat pada tersebut jika bertemu, Rasulullah menjawab, banyakkan berzikir dan meminta ampun serta bertaubat seperti ayat yg disertakan oleh forumer di atas...

Bagi yang hafizah (penghafaz al-Quran wanita), mereka boleh mengalunkan bacaan tersebut sepanjang masa jika mereka memerlukan untuk berbuat demikian, ditambah dengan niat utk berzikir. Ini menurut pendapat ulama kontemporari, Ibn Al-Uthaiymin.

Zikir2 lain boleh juga diamalkan seperti:

1. La Ilaaha Illallah (lebih 100x atau lebih)

2. Selawat ke atas baginda nabi, keluarga dan sahabat sekelian (lebih 100x atau lebih)

3. La Ilahailla Anta. Subhaanaka Inni Kuntu Minadh Dzholimin (lebih 100x atau lebih)
    (Doa nabi Yunus, rujuk QS Al-Anbiya' : 87)

4. Astaghfirullahal Adzhiim. Allazhi Lailaaha Illahu wal Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaih
    (atau pendeknya, Astaghfirullahal Adzhiim, Wa Atubu Ilaih) ~ 100x atau lebih

5.  Allahumma Innaka 'Afuwwul Kariim, Tuhibbul Afwa, Fa'afu'anni (100x atau lebih)

6.  ATAU kalau dah biasa beramal dgn Ruqiyyah Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat
     dan/ATAU Al-Manziil dan/ATAU Al-Ma'thuraat, boleh dilakukan...

Selain tersebut di atas, apa2 jua amal soleh seperti menelaah/mentadabbur tafsir al-Quran atau kitab al-Hadith
dan kitab-kitab (buku) Islam yg lain, boleh juga dilakukan, itupun jika anda berkesempatan utk melakukannya
dalam waktu yang singkat itu..

Perlu dinyatakan di sini, malam al-Qadr itu berlaku bermula dari masuknya waktu maghrib dan berakhir sebelum
terbit Fajr. Kita boleh melakukan apa2 ibadat khusus dan umum dalam tempoh ini. Tidur yang disertakan dengan wudhu'
dan berniat utk berqiamullail juga dianggap ibadah...Dan utk buat semua dalam satu malam, kita tak akan mampu...

Cukuplah sekadar terdaya dan mengikut kemampuan diri sendiri.

Sedikit utk ditekankan, ibadat pada malam al-Qadr ini adalah kemuncak padahamba-Nya yang beramal tanpa penat jemu dan sentiasa istiqamahmelakukannya saban hari dan sepanjang tahun...bukan kepada mereka yangingin mengambil kesempatan sahaja seperti hanya menumpu (pulun) padasatu-satu masa dan satu malam sahaja baru hendak beribadat.


Allah MAHA Mengetahui....

~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078178 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list