CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4199|Reply: 1

Aktiviti erat hubungan keluarga

[Copy link]
Post time 28-2-2022 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Aktiviti erat hubungan keluarga


AKTIVITI berkhemah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. - FOTO Google

TREND berkhemah bersama ahli keluarga kini menjadi satu fenomena selepas kelonggaran diberikan untuk merentas negeri dan melakukan aktiviti rekreasi.

Lihat sahaja di media sosial, ramai dalam kalangan warganet berkongsi aktiviti mereka berkhemah bersama keluarga terutama pada setiap hujung minggu.

Perunding Keibubapaan Noor Afidah Abu Bakar berkata, trend berkhemah ini sebagai satu amalan yang sangat sihat untuk kesihatan dan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual.

"Kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 dalam Journal of Experiential Education menunjukkan bahawa aktiviti perkhemahan keluarga memerlukan corak keibubapaan yang baik dan menitikberatkan hubungan kekeluargaan.

"Apa sahaja aktiviti yang memerlukan pembabitan semua ahli keluarga akan membawa manfaat kepada hubungan kekeluargaan, termasuklah berkhemah. Bukan sahaja keseronokan, malah kesukaran dan cabaran juga dapat membentuk perkaitan yang utuh antara ibu bapa dan anak sekiranya ia ditangani dan diuruskan dengan baik.

"Peluang untuk bertukar angin dan merasai suasana luar yang berbeza dari suasana dalam rumah dengan pepohonan hijau, sungai, laut, bukit bukau dan sebagainya, baik untuk menenangkan fikiran serta memikirkan semula hala tuju sebagai sebuah keluarga," katanya.

Mengulas lanjut, melalui aktiviti berkhemah ini juga kita dapat melihat bagaimana setiap ahli keluarga termasuklah anak-anak kecil memikul tanggungjawab yang sesuai usia bagi menjayakan aktiviti perkhemahan keluarga.

"Agihan tanggungjawab seperti membina khemah, mencari kayu dan daun kering untuk menyalakan unggun api, memasak, menyediakan makanan, mengemas khemah, membersihkan kawasan dan mengawal keselamatan dapat mewujudkan rasa kebersamaan, resilien selain kerjasama antara ahli keluarga," katanya.

Selain dari hubungan kekeluargaan, kesedaran sebagai satu komuniti atau anggota masyarakat juga dapat dipupuk melalui aktiviti berkhemah di tapak perkhemahan awam dan membabitkan keluarga lain sama ada yang dikenali atau tidak.

"Rasa kebersamaan sebagai satu komuniti ini amat baik untuk dipupuk dalam diri ibu bapa dan anak-anak melalui kerjasama membersihkan kawasan, berkongsi atau bertukar-tukar bahan mentah yang dimiliki dan juga melalui perbualan, senyuman malah bantuan yang dihulurkan jika diperlukan oleh 'jiran' di tapak perkhemahan," katanya.




IBU bapa memainkan peranan penting untuk mendedahkan kanak-kanak dengan alam sekitar dan aktiviti luar. - FOTO Google


KANAK-KANAK berpeluang melakukan banyak perkara baru. - FOTO Google

Menurutnya, kanak-kanak mendapat banyak kebaikan terhadap perkembangan dirinya hanya dengan berada di luar rumah dan berinteraksi dengan alam sekitar terutamanya pada awal usia.

"Perkhemahan dapat mengembangkan minda, menggalakkan kanak-kanak mencuba pelbagai aktiviti, mencapai matlamat yang baru, mengambil risiko bersesuaian dalam persekitaran yang terkawal dengan sokongan ibu bapa," katanya.

Jelasnya, menurut Richard Louv dalam bukunya 'Last Child In The Woods: Saving Our Children From Nature-Deficit Disorder' apabila kanak-kanak berada di luar dan berinteraksi dengan alam sekitar, semua deria mereka diaktifkan.

"Kanak-kanak tenggelam dalam alam yang lebih luas daripada memikirkan mengenai diri mereka sendiri ataupun memikirkan mengenai skrin televisyen, komputer, atau gajet sahaja. Kanak-kanak melihat, mendengar, menyentuh dan juga merasai alam di sekeliling mereka.

"Interaksi dengan alam sekitar juga memberi peluang supaya otak dan pemikiran kanak-kanak 'diperbaharui.'

Inilah yang menjadikan mereka berupaya untuk memberikan tumpuan dan fokus yang lebih baik kemudiannya.

"Menurut Louv lagi, kanak-kanak yang kekurangan interaksi dan pendedahan kepada alam mengalami kecelaruan disebabkan kekurangan pendedahan kepada alam," katanya.

Tambahnya ketika berkhemah, kanak-kanak perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi seperti keadaan tapak perkhemahan yang tidak selesa, cuaca yang tidak menentu, begitu juga keperluan sendiri yang tidak tertunai.

"Kanak-kanak juga perlu belajar untuk membebaskan diri dari kehidupan yang dipenuhi dengan skrin dan peralatan canggih memudahkan urusan seharian selama ini.

"Pengalaman yang sebegini tidak mudah diperolehi di mana-mana, terutamanya bagi kanak-kanak moden era digital pada hari ini. Ia membina ketahanan diri dan mental, skil sosial, keyakinan diri dan memupuk skil penyelesaian masalah pada kanak-kanak," katanya.


DAPAT membentuk kemahiran baru. - FOTO Google

Noor Afidah berkata, berkhemah dapat menjadi platform pembelajaran yang tidak formal bagi kanak-kanak.

"Belajar tidak semestinya memerlukan kerusi, meja, papan putih dan alat tulis sahaja. Pembelajaran bagi kanak-kanak boleh berlaku di mana-mana sahaja dan dalam pelbagai bentuk dan aktiviti.

"Antara aktiviti yang boleh dijalankan termasuk mengenali alam semula jadi, bermain layang-layang, bermain permainan berpapan, melukis dan memerhatikan bintang pada sebelah malam," katanya.

Katanya, dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mendedahkan kanak-kanak kepada alam sekitar dan aktiviti luar.

"Mereka perlu keluar dan menikmati alam sekitar bersama-sama dengan anak-anak. Jika ibu bapa sendiri tidak rajin dan hanya suka berkurung dalam rumah atau hanya suka keluar ke pusat membeli-belah sahaja, maka anak-anak juga tidak berminat untuk keluar meneroka selain lebih suka mengadap skrin seperti mana ibubapa.

"Sediakan aktiviti yang sesuai dan disukai oleh semua anak.

Wujudkan antisipasi dalam diri anak sebelum aktiviti perkhemahan dan membuat persediaan bersama-sama agar mereka merasa tertunggu-tunggu," katanya.

Secara keseluruhan, aktiviti berkhemah memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka, bermain, menjadi kreatif, berimaginasi dan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan.

"Ia juga boleh menjadi platform untuk memupuk kemahiran hidup, berdikari dan penyelesaian masalah. Semua kemahiran ini tidak boleh diperolehi melalui pendidikan formal semata-mata.

"Dengan kemudahan, peralatan dan infrastruktur yang ada dan mudah diperolehi kini, ibu bapa seharusnya mengambil peluang ini untuk menjadikan perkhemahan sebagai aktiviti keluarga.

"Pada masa sama juga pastikan kebersihan kawasan perkhemahan dan alam sekitar ketika dan selepas berkhemah kerana kelestarian alam sekitar juga perlu dipelihara agar kebaikannya dapat dinikmati oleh generasi seterusnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... t-hubungan-keluarga

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rancangan nk pi pulau persendirian dgn family...lepas musim ribut dan lepas spm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.487477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list