CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3321|Reply: 6

Rukun Solat...

[Copy link]
Post time 3-9-2010 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Salam

Semua mengetahui yg rukun solat ada 13 iaitu :

Rukun Solat         

Perkara yang mesti dilakukan dalam solat.   

      

·
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring.

·
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

·
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

·
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah...hinggalah Waladhaallin.

·
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

·
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.

·
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

·
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

·
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

·
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

·
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

·
12. MEMBERI  SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

·
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat.



kalau tidak dilakukan satu diantara 13 ni maka solat kita jadi 0. Yang menjadi persoalan ialah ada pendapat mengatakan kalau kita solat berjamaah andai kita tidak membaca fatihah atau hanya membaca separuh sebab tidak sempat tuan imam dh rukuk, solat kita tetap sah. Pendapat ini keluar dr kawan saya yg mendengar dr kawannya seorang lulusan Al Azhar Mesir. Maka dengan itu ingin saya mengetahui apakah pendapat ini benar. Hujah kawan saya ialah kita dh berjamaah maka kita hanya perlu mengikut tuan imam saja. Harap mendapat maklum balas. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 04:49 PM | Show all posts
Tu sbb ler bila berniat 'makmum' baru imam bleh tanggung jika kita x sempat baca fatihah.
Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 07:44 PM | Show all posts
soalan cam ni bahaya, nanti ada golongan yg cuba ajarkan ko cara solat ikut tafsiran baru ikut pemahaman sendiri, hati2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 12:39 AM | Show all posts
ni mesti kes lambat masuk jemaah imam dh selesai baca surah kedua.....ade setengah pihak kate ikut imam je,mmg betul.....ade pulak yg ckp kene ikut imam jugak tapi kira tertinggal 1 rakaat dan kene tambah lg satu rakaat bila imam dh salam lepas tahiyat akhir....tp, bg kite perkara terbaik yg patut dilakukan ialah jgn berlengah2 sekiranya ingin berjemaah....klu betul2 tak sempat, kira tambah jelh rakaat yg tertinggal....wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 07:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 04:17 PM | Show all posts
Salam

Semua mengetahui yg rukun solat ada 13 iaitu :
Rukun Solat          Perkara yang mesti dil ...
Don Henley Post at 3-9-2010 16:08



Rukun solat tu betul 13.  Ada yang lebih sebab di pecahkan yang 13 tu kepada pecahan kecil.  tapi itu tak membawa apa-apa perbezaan.

Perbezaan pendapat seperti bacaan fatihah tu adalah masaalah perbezaan pandangan antara mazhab yang ada dalil-dalil sahih.  Tak payah ler kita gaduh-gaduh pasal ni.  Sebab nanti ada pula yang cakap pasal duduk tahiyat akhir macamana dan apasal tak sama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2010 09:32 AM | Show all posts
Salam

Ini bukan nya tentang masbuq tapi dia solat jamaah sekali ngan imam takbiratul ihram tapi dia langsung tk baca al fatihah...cuma mengikut saja apa yg imam buat...dan dikira sah solat..

Itu sudah melanggar rukun solat yg 13...fatihah wajib dibaca..

ibnur...boleh tak terangkan lebih lanjut ttg ini...mazhab mana yg boleh itu...nnt senang sikit sy nk memberitahu teman sy...terima kasih bebanyak atas bantuan anda semua..

p/s kita bukannya membincangkan ttg benda2 sunat tp yg wajib dlm solat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046786 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list