CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guru takmir di Pulau Pinang terima sagu hati RM750

[Copy link]
Post time 8-4-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Guru takmir di Pulau Pinang terima sagu hati RM750
| | 07 April 2022


MAINPP memberikan sagu hati RM750 kepada setiap guru takmir di negeri itu sempena Ramadan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. Foto hiasan


KEPALA BATAS - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memberikan sagu hati RM750 kepada setiap guru takmir di negeri itu sempena Ramadan dan akan dibayar sebelum Aidilfitri.


Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, pihaknya memperuntukkan sejumlah RM159,000 untuk sagu hati kepada 212 guru takmir berkenaan.


"Semoga pemberian sagu hati ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban perbelanjaan guru-guru takmir bersama ahli keluarga mereka pada Ramadan dan seterusnya meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Ijtimak dan Iftar Jamaie Guru Takmir Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.


Turut hadir, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Roslan Said.


Ahmad Zakiyuddin berkata, MAINPP turut memperuntukkan RM500,000 setiap tahun bagi pembiayaan pelaksanaan program, aktiviti dan kursus keilmuan kepada guru takmir di negeri itu dalam usaha meningkatkan kemahiran ilmu dalam kalangan mereka.


Beliau berkata, Jakim pula menyediakan peruntukan sagu hati bagi membayar elaun sagu hati mengajar kepada setiap guru takmir dengan bayaran elaun RM100 bagi setiap sesi mengajar atau maksimum sembilan kali mengajar iaitu menyamai RM900 sebulan.


"Saya berharap semua guru takmir di Pulau Pinang dapat menyertai semua kursus dan program yang dianjurkan sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Ini antara usaha MAINPP meningkatkan lagi ilmu mereka," katanya.


Sementara itu, Roslan berkata, Jakim bersetuju menambah sebanyak 49 kuota perjawatan bagi guru takmir di Pulau Pinang menjadikan jumlah 261 orang di negeri ini. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ima-sagu-hati-RM750
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.662953 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list