CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beradik hidap penyakit distrofi otot usaha cari rezeki

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Dua beradik hidap penyakit distrofi otot usaha cari rezeki  Zuhainy Zulkiffli - April 9, 2022 @ 9:00am  [email protected]




Mohd Yassin Packer Mohd (kanan), 30, dan Norfarhana, 26, yang menghidap penyakit genetik distrofi otot bersama ibu, Sarifah Bee Abdul Jabar, 58, di gerai jualan buah di Bukit Dumbar, Georgetown. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli




GEORGETOWN: Walaupun hanya mampu menggerakkan jari dan leher berikutan penyakit genetik distrofi otot dihidapi, ia bukan penghalang kepada dua beradik di Bukit Dumbar di sini, mencari pendapatan sendiri.

Hasil jualan buah Mohd Yassin Packer Mohd, 30, dan Norfarhana, 26, sejak 10 tahun lalu itu mampu memberikan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Mohd Yassin berkata, mereka menghidap penyakit berkenaan ketika masing-masing berusia lapan tahun dan keadaan itu menyebabkan kedua-duanya tidak dapat menamatkan persekolahan.

Katanya, dia hanya sempat menduduki ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum keadaan kesihatan bertambah buruk yang menyebabkan mereka hanya mampu duduk di atas kerusi roda atau baring.

"Pada usia 19 tahun, saya pernah menjadi sukarelawan membantu kerja melukis di rumah kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) selama sebulan sebelum mengambil keputusan berniaga.

"Kini saya dan adik sudah 10 tahun mengusahakan gerai jualan buah-buahan dengan bantuan peralatan yang diperoleh daripada Program 1Azam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

"Saya mempunyai impian mahu mempunyai gerai buah lebih selesa yang dilengkapi dengan kemudahan asas selain ingin menubuhkan pusat khas bagi membantu rakan senasib," katanya ketika ditemui, di sini.

Menurut Norfarhana, mereka menaiki kerusi roda elektrik ke gerai jualan buah terletak 200 meter dari rumahnya seawal jam 9 pagi hingga petang.

Katanya, buah-buahan itu dibersihkan dan dipotong ibunya, Sarifah Bee Abdul Jabar, 58, sebelum dijual pada harga serendah RM2 setiap satu.

"Setiap hari kami hanya duduk di atas kerusi roda di pondok itu dan berikutan tidak boleh mengangkat tangan, pelanggan akan mengambil sendiri buah yang mahu dibeli.

"Kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap serta sudah maklum dengan keadaan kami dan dengan jualan itu, dapatlah kami meraih pendapatan sehingga RM1,000 sebulan namun bergantung kepada keadaan cuaca.

"Itu sudah cukup daripada duduk sahaja di rumah dan mengharapkan ihsan orang ramai malah dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ayah (Mohd Packer Osman, 59) yang bekerja di pusat cuci kereta," katanya.

Sementara itu, Sarifah Bee yang juga suri rumah berkata, tiada apa yang dapat dilakukan Mohd Yassin dan Norfarhana termasuk mandi atau mengurus diri.

Katanya, mereka menghentikan operasi jualan pada Ramadan sebelum kembali selepas Aidilfitri.

"Adakalanya kami sekeluarga bersiar-siar menaiki kereta namun hanya sebentar kerana mereka tidak boleh duduk bagi tempoh lama berikutan tulang pinggul yang tidak stabil.

"Saya reda dengan penyakit mereka yang sudah tidak boleh diubati dan berharap orang ramai memberi sokongan kepada golongan OKU supaya mereka tidak berputus asa serta menjalani kehidupan dengan baik," katanya.

Terdahulu keluarga berkenaan ditemui ketika menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang Mohd Arshad Abdul Rahman yang menyampaikan sumbangan.

"Berikutan tidak berniaga sepanjang Ramadan, kita bantu mereka dengan wang sebagai perbelanjaan bagi menyambut Aidilfitri selain merancang mendapatkan gerai yang lebih selesa kepada dua beradik itu," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.260027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list