|
Surah Al Inshirah
atau
Surat Alam Nasyrah
(سورة الشرح)
adalah surat ke-94 dalam
Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat
Makkiyah
serta diturunkan sesudah
Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.Isi KandunganPenegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya. [sunting]
Terjemahan ayatبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. - أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, - وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, - الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu? - وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. - فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, - إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. - فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, - وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. Hubungan surat Alam Nasyrah dengan At TiinDalam surat Alam Nasyrah,
Allah
SWT menjelaskan perintah kepada Nabi
Muhammad
SAW selaku manusia sempurna. Maka dalam surat At Tiin, diterangkan bahawa manusia itu adalah makhluk Allah yang mempunyai kesanggupan baik lahir maupun batin. Kesanggupannya itu menjadi kenyataan bilamana merekamengikuti jejak Nabi Muhammad SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
surah ni jd amalan ank2 saya, sblm masuk dwn exam, time nk mula exam, time stuck dgn soalan susah.
dlm kehidupan seharian pun if they stuck with something bc surah ni.
once my fren ni x blh buka stering lock keta dia. blk dr tuitn ni dh kul 10, panggil husb kwn yg lain bw minyak singer n peralatan lain, stil x blh buka. kwn ni pun dh call ayah dia amb dia tinggl dulu keta kat situ.
then lastly I told all those guys, org lelaki yg sibuk2 hal keta ni kan! so I said meh ank sy try pulak mana tau
I told my 15 years old daughter bc bismillah 3x n surah alamnasyrah. dia pun unlock steering lock tu taraaaaa semua pakcik2 tu heran! terbuka so easily
my fren tanya mcm mana blh buka? oh ini ankkanda ku yg byk amalan baiknya he he korang semua tgn x berkat! kalau ada budak kecik td lg cpt blh buka kut...
ank yg bongsu sy bc kan setiap pg sblm pi sek, bila dh hafal dia bc sendiri. time x hafal tu pg2 biasa kalut , mummy van dh dtg cpt la jampi baby" he he
ms ank no 3 jwb pmr dia stucked byk x gak lg geo x minat langsung! dia kt bc byk kali surah ni pastu teka je alhamdulillah A geo terkejut bangat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”
- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks TT info ni amat berguna |
|
|
|
|
|
|
|
surah ni jd amalan ank2 saya, sblm masuk dwn exam, time nk mula exam, time stuck dgn soalan susah.
sunsuria3 Post at 15-9-2010 12:27 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
setuju.....jadikan amalan untuk kita semua....InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|