View: 2892|Reply: 2
|
Tukang masak Osama kena hukum penjara
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by perang_sivil at 17-9-2010 09:36
2010/08/12GUANTANAMO: Bekas tukang masak Osama bin Laden dijatuhi hukuman penjara 14 tahun, hukuman penjara pertama dijatuhkan sebuah mahkamah di Teluk Guantanamo sejak peralihan kuasa Presiden Barack Obama.
Ibrahim al-Qosi dilaporkan bersetuju membuat kompromi dengan pendakwa menimbulkan kemungkinan beliau menjalani tempoh hukuman lebih pendek atau dihantar ke Sudan.
Sekumpulan juri dengan 10 orang memutuskan hukuman terhadap Ibrahim, 51, yang mengaku bersalah pada Julai lalu memberi bantuan material kepada pengganas.
Juri mengarahkan hukuman itu antara 12 hingga 15 tahun dan memberitahu bahawa lapan setengah tahun tempoh dihabiskan Ibrahim di Guantanamo mungkin akan diambil kira.
Pendakwa dan pembela bersetuju tempoh hukuman antara 12 dan 15 tahun. Juri akan diarahkan hakim untuk mengenakan hukuman mengikut tempoh itu, kata David Iglesias, jurucakap tribunal kementerian kepada AFP.
Dalam bilik mahkamah kedua semalam, pendakwa dan peguam pembela bagi tahanan kedua, Omar Khadr rakyat Kanada menghabiskan pemilihan juri menjelang perbicaraan jenayah perang.
Tujuh pegawai tentera akan mendengar bukti kes terhadap Khadr, yang hanya berusia 15 tahun ketika beliau ditahan di Afghanistan dan didakwa melontarkan sebutir bom tangan ketika satu pertempuran senjata yang membunuh pegawai perubatan tentera Amerika Syarikat pada Julai 2002.
Peguam beliau mengkritik prosiding terhadapnya sebagai dakwaan pertama terhadap seorang askar kanak-kanak dalam sejarah moden. AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Tukang Masak Adolf Hitler berbangsa Yahudi... |
|
|
|
|
|
|
|
tukang masak dan segala konco osama ttp kena.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|