CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

Hafiz cipta kejutan raih perak sukan menembak

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Atlet menembak negara, Hafiz Adzha ketika beraksi dalam acara 25 meter rapid fire pistol lelaki pada temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi, hari ini. - Foto BERNAMA.

HANOI: Biarpun sudah lima tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa, atlet menembak lelaki negara, Hafiz Adzha menunjukkan beliau masih belum kehilangan taring apabila mencipta kejutan merangkul pingat perak acara 25 meter (m) 'rapid fire pistol' Sukan SEA ke-31, hari ini.

Pada saingan final yang berlangsung di Pusat Latihan Sukan Nasional di sini, Hafiz hanya dipisahkan dua mata daripada membawa pulang emas yang menjadi milik atlet tuan rumah, Thanh Ha Minh selepas mengumpul 27 mata keseluruhan.

Pingat gangsa diraih wakil Thailand Ram Khamhaeng selepas hanya mengumpul 20 mata.

"Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian saya sebab saya saya dah lama tidak menyertai pertandingan luar, ini pertandingan pertama. Saya sebenarnya tidak fokus kepada acara individu sebaliknya untuk berpasukan.


"Tetapi bila acara berpasukan tidak berapa menjadi saya terpaksa memberikan segala-galanya dalam acara ini," katanya yang merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pemberita selepas saingan akhir tamat.

Mengulas mengenai aksinya, Hafiz mengakui amat gementar sepanjang saingan, namun berjaya mengawal perasaan dan tekanan yang diberikan penonton tuan rumah terutama sewaktu pertarungan merebut pingat emas.

"Mungkin kerana tidak cukup pendedahan di luar, apabila lama tidak menyertai pertandingan besar ia membuatkan saya amat gementar. Itu pun saya cuba kawal sebaiknya," katanya.

Sebagai rekod, pada edisi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Hafiz Adzha menamatkan saingan di tempat kelima selepas kali terakhir membuat penampilan di temasya sukan dwitahunan itu pada edisi 2007 di Korat, Thailand dengan meraih masing-masing satu emas (berpasukan) dan gangsa acara individu.

Terdahulu, dalam acara berpasukan, beliau bersama Hasli Izwan Amir Hassan dan Mohd Ridhuan Mohamed menamatkan saingan di tempat keempat selepas mengumpul 1,691 mata keseluruhan.

Emas dimenangi Vietnam yang mengutip 1,706 mata, perak Thailand (1,698 mata) dan gangsa milik Indonesia yang mengumpul 1,710 mata.

Dalam pada itu, pengurus pasukan, Hayati Shamsuri berharap kejayaan hari ini dapat membakar semangat kem negara dalam mencapai sasaran satu emas dan empat gangsa yang ditetapkan.

"Kejayaan Hafiz ibarat pencetus kerana kita sasar hanya gangsa dan bila dapat perak ini satu bonus buat pasukan. Saya berharap momentum cemerlang ini dapat diteruskan barisan atlet yang lain," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... erak-sukan-menembak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.060670 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list