CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

Atlet golf di Sukan Sea membanggakan negara

[Copy link]
Post time 19-5-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode

AN Sri Mohd Anwar Mohd Nor. -FOTO NSTP

Hanoi: Di sebalik cabaran akibat pandemik Covid-19 dalam mempersiapkan pemain, Persatuan Golf Malaysia (MGA) mengakui mereka sangat gembira dapat membawa pulang dua emas yang diraih di Sukan Sea Vietnam.

Menurut presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, kekurangan pembiayaan dan jadual bertembung dengan saingan peringkat kolej di Amerika Syarikat (AS) berjaya diharungi dengan meraih kejayaan.

"Di sebalik semua rintangan berkenaan MGA berjaya berpegang teguh dan menyumbang empat pingat secara keseluruhan termasuk dua emas yang mengejutkan ini," katanya.

Anwar berkata, bahawa mereka tidak akan berasa selesa dan berpuas hati dengan kejayaan yang diraih malah terus bekerja keras untuk mempromosikan serta membangunkan sukan berkenaan di Malaysia.

"Sasaran kami selepas ini adalah di Sukan Asia yang terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 di China. Kami akan menggunakan masa yang terluang ini untuk melatih pemain yang sudah dikenal pasti beraksi di temasya berkenaan.

"Tahniah kepada pemain yang mencatatkan kejayaan besar di Sukan Sea begitu juga dengan pengurus pasukan, Teoh Piek Kee dan pembantunya, Shairul Erwin Samsudin di atas sumbangan serta kepimpinan mereka," katanya.

Sementara itu Ervin Chang yang berjaya meraih dua emas dalam acara perseorangan dan berpasukan lelaki, mengakui menjadi impiannya untuk meraih emas buat Malaysia dalam sukan golf dan ia berjaya ditunaikan.

"Memenangi emas buat kali pertama untuk Malaysia adalah di luar jangkaan saya. Terima kasih kepada ibu bapa saya, MGA, MSN (Majlis Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan penaja kerana sentiasa menyokong impian saya yang membolehkan saya berada di sini sekarang. Emas ini untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Penantian 21 tahun negara untuk merangkul semula pingat emas dalam acara golf berpasukan lelaki berakhir apabila mengalahkan Thailand 2-1 pada aksi final di Sukan Sea Hanoi semalam.

Walaupun Thailand diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi acara berkenaan, pasukan golf lelaki negara tidak goyah dan mempamerkan aksi mantap untuk memastikan pingat emas milik Malaysia.

Ahad lalu Ervin menyumbang emas individu selepas menang dalam aksi playoff tiga lubang menentang pemain Indonesia, Amadeus Christian Susanto.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... membanggakan-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046501 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list