|
Ashraful Alom Saeed atau lebih dikenali sebagai Hero Alom ialah seorang model dan pelakon video muzik Bangladesh.
Dia juga dikatakan merupakan lelaki paling kacak di sana.
Sebelum terkenal seperti sekarang, Hero Alom pernah bekerja sebagai penjual CD dan DVD.
 Kredit foto: Hot Detik
Dia juga terkenal kerana gemar membuat dan memuat naik video di media sosial sehingga dia menjadi bahan jenaka dunia apabila digunakan sebagai meme di media sosial.
Hero Alom, yang sebelum ini gemar membuat video ringkas dengan wanita dan memuat naik di media sosial secara beransur-ansur mendapat jumlah tontonan yang hebat dan menjadi tular pada 2016.
 Kredit foto: YouTube
Kerana kandungan yang diciptanya bersama wanita-wanita inilah menyebabkan dia mendapat jolokan sebagai lelaki paling kacak di Bangladesh.
Sejak itu, popularitinya meningkat, malah artis juga berebut mahu bergambar dengannya.
Difahamkan, Hero Alom telah berkahwin dengan Sumi Akhter dan mempunyai dua anak.
 Kredit foto: Mission90
Dia kemudian bertemu dengan Nusrat, seorang pelakon sebelum lama-kelamaan jatuh cinta dengan wanita itu dan akhirnya mereka berdua bernikah pada 2019 tanpa menceraikan isteri pertama.
Terbaru, dia dilaporkan meminati penyanyi bernama Riya Moni.
Sumber: Murai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|